Tips Kulit Cantik Dari Dalam Dan Luar Secara Selamat

7:24 AM 0 Comments A+ a-

Semua orang inginkan kulit yang cantik, dan sentiasa mencari penyelesaian terbaik untuk mendapatkan kulit yang licin, berseri, sihat, glowing dan tanpa kedutan. Untuk kecantikan kulit yang lebih berkesan dan optimum, seseorang perlulah menjaga apa yang masuk dalam badan dan apa yang disapu pada luaran. 



Ikuti tips yang akan saya kongsikan di bawah untuk mendapatkan kulit yang cantik dari dalam dan luar, serta yang penting, selamat! Tidak guna jika anda kelihatan cantik tapi hanya sementara, kerana produk yang anda gunakan tidak selamat digunakan dalam jangka masa yang lama.


Tips Kulit Cantik Dari Dalam Dan Luar Secara Selamat



1. Detoksifikasi

Kulit anda mencerminkan kesihatan anda secara menyeluruh. Ia adalah organ terbesar badan, dan juga organ 'penghapusan'. Toksik yang banyak di dalam badan boleh menyebabkan kulit luar kita kelihatan kurang cantik.

Oleh itu, amat perlu untuk kita detoks badan untuk mendapatkan kesihatan dan kecantikan yang optimum. Untuk menyahtoksik :

  • Minum air panas dengan limau setiap pagi
  • Elakkan makanan yang diproses dan  makanan segera yang mengandungi bahan kimia
  • Perbanyakkan makanan yang organik seboleh mungkin
  • Bersenam, tetapi bukan secara berlebihan
  • Makan makanan yang kaya enzim
  • Ambil probiotik
  • Makan makanan bersumberkan tumbuhan
  • Minum banyak air dan elakkan kafein berlebihan
Picture of Glowing Green Smoothie


2. Suburkan

Kulit anda perlu disuburkan dengan memerhatikan apa yang anda makan.

  • Kekalkan makanan berasaskan tumbuhan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang
  • Makan makanan dari pelbagai warna
  • Kurangkan protein haiwan, tetapi jika anda makan protein haiwan, pastikan ia dijaga secara organik
  • Makan makanan yang kaya dengan asid lemak omega-3 seperti chia seed, walnut dan sayuran hijau.
  • Kurangkan pengambilan gula halus


3. Bersihkan

Untuk kulit yang cantik, sangat penting untuk pastikan kulit sentiasa bersih. Kebanyakan orang menggunakan pembersih muka yang bersifat menghakis lapisan lembap kulit dan menjadikannya kusam. Gunakan pembersih muka yang lembut pada kulit.


Bagaimana Produk Shaklee Boleh Membantu?


A) Dari Dalam

1. Shaklee Collagen Powder



Diperbuat daripada khazanah alam semula jadi seperti ekstrak biji Camelia Japonica, Pfaffia, kekerang, kolagen ikan, Lactobacillus acidophilus, vitamin B dan C menjadikan Shaklee Collagen Powder lebih mudah diserap oleh badan dan membantu melembapkan lagi kulit.


Kajian menunjukkan penggunaan Collagen Powder Shaklee selama 8 minggu menjadikan struktur kulit menjadi bertambah baik.

2. Vivix



Vivix yang kaya dengan polifenol merupakan antioksidan yang bertindak sehingga ke peringkat sellular DNA memperbaiki sel, menambah tenaga sel dan melambatkan penuaan sel. Baca dengan lebih lanjut mengenai khasiat vivix di sini.

Pengambilan vivix secara konsisten membantu menjadikan kulit lebih awet muda dan kelihatan lebih cantik.

3. Sustained Release Vita C Plus




Mengandungi 500 mg kandungan vitamin C yang terkenal untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Vitamin C membantu mempercepatkan penghasilan kolagen dalam badan membuatkan kulit nampak lebih anjal.

Formulasi sustained release pada Vita C Plus Shaklee ini memastikan vitamin C yang larut air dirembeskan secara perlahan-lahan secara optimum, sesuai dengan keperluan sistem badan. Apabila penyerapan yang optimum berlaku, kesan yang positif boleh didapati dengan lebih cepat.

Penggunaan ketiga-tiga produk untuk dalaman ini memastikan kulit kita menjadi bertambah cantik seperti yang diidamkan.

B) Dari luar

Rangkaian Youth Skin Care


Istimewanya produk kecantikan kulit YOUTH ini berbanding lambakan produk di pasaran adalah ia mengambil masa selama 8 tahun untuk dikaji secara terperinci bagi memastikan ia betul-betul berkesan dengan cepat tetapi selamat. Ia sedang dalam usaha mendapatkan 8 paten, di mana tiada satu pun syarikat lain yang boleh membuat produk sepertinya.

Ia bebas 2500 bahan kimia berbahaya dan 1500 bahan cemar yang kebanyakannya terdapat dalam skincare produk lain. Tidak terdapat unsur haiwan di dalam produknya, bahkan 100% vegan dan bebas gluten.

100% ujian klinikal yang dijalankan mendapati ia berkesan menjadikan kulit lebih muda, malah 2/3 daripada mereka yang diuji mendapati kulit mereka 10 tahun kelihatan lebih muda. Ia juga kaya dengan nutrien anti penuaan yang berupaya menganjalkan kulit dan mengelakkan dari kulit kendur.


Kesimpulannya, penjagaan dalaman dan luaran amat penting bagi memastikan kulit sentiasa tampak cantik dan yang penting selamat. Dapatkan produk berkualiti yang terbukti benar-benar selamat, walaupun diambil dalam satu jangka masa yang panjang.

Hubungi saya segera untuk mendapatkan produk ini sekarang, atau ingin bertanya dengan lebih lanjut.

Bazilah
012-6830069
ID : 1251677