Kelebihan Buat Business Shaklee Yang Tiada Pada Business Lain

Zaman sekarang yang mencabar ini sangat memerlukan seseorang untuk buat business bagi menampung keperluan harian. Bagi mereka yang masih tercari-cari perniagaan apa yang ingin dibuat, anda boleh memikirkan untuk menyertai Shaklee kerana pihak Shaklee memberikan banyak kelebihan kepada para pengedarnya. 



Di sini saya sertakan apa yang anda boleh dapat dengan membuat business Shaklee.


Manfaat Busines Shaklee


1. Faedah Khas

Bagi seorang Pengedar Bebas Shaklee atau Shaklee Independent Distributor, anda layak untuk membeli produk Shaklee pada harga ahli yang jauh lebih murah. Produk Shaklee sudah sememangnya berkualiti tinggi dan telah diuji secara klinikal. Jadi, apabila dapat membeli dengan harga ahli sudah tentu dapat jimat berganda.

2. Untung Runcit

Bila disebut mengenai business, sudah tentu semua orang inginkan keuntungan. Apa yang menariknya, Shaklee menyediakan untung runcit yang agak tinggi, 15-25%.

3. Bonus Peribadi

Apabila seseorang membuat jualan melebihi 150uv pada sesuatu bulan, dia berpeluang mendapat bonus peribadi pada pertengahan bulan berikutnya. Lebih banyak jualan, lebih banyak bonus yang akan diperolehi berdasarkan peratus kelayakan. Peratus maksimum yang boleh diperoleh adalah sebanyak 21% daripada jualan.

4. Berpeluang Naik Pangkat

Shaklee juga ada menawarkan peluang untuk setiap orang naik pangkat apabila cemerlang dalam perniagaannya. Contohnya, apabila seseorang telah mencapai jualan 3000uv pada sesuatu bulan, dia akan naik pangkat kepada Supervisor Shaklee. Dengan ini, lebih banyak peluang untuk dia lebih maju dalam business dan mendapat pelbagai kelebihan lagi.

5. Bonus Kepimpinan

Apabila seseorang pengedar menaja pengedar lain, dia layak mendapat bonus kepimpinan sekiranya jumlah jualannya melebihi jualan tajaannya. Namun, jika tajaan bawahnya membuat jualan lebih tinggi daripadanya, dia tidak layak mendapat bonus kepimpinan ini. Sememangnya business Shaklee ini business yang adil.

6. Program Insentif

Bonus Insentif Shaklee akan ditawarkan kepada Coordinator yang layak sebagai insentif dan ganjaran untuk prestasi perniagaan yang cemerlang. Terdapat bonus insentif khas tambahan sebanyak 0.5%, 1% dan 1.5% bagi Coordinator ke atas yang efektif.

7. Program Subsidi Kereta

Shaklee juga komited menghadiahkan usaha dan kejayaan anda dengan anugerah wang tunai bulanan. Pemimpin Jualan yang layak dalam program ini boleh menggunakan anugerah wang tunai ini untuk membeli kereta idaman mereka dan menikmati simbol kejayaan yang berprestij. 


8. Program Konvensyen

Apabila seseorang telah mencapai pangkat Supervisor, dia akan mendapat mata kredit untuk Program Konvensyen Shaklee yang menawarkan latihan, pengiktirafan peribadi, motivasi dan pelbagai keseronokan lain. Dari sini juga, mereka berpeluang berkenalan dengan rakan yang lain dan boleh berkongsi kisah perniagaan masing-masing.

9. Program Penajaan Antarabangsa

Shaklee juga telah memulakan Program Perkhidmatan ke seluruh dunia dan ini memberikan anda peluang untuk memperluaskan lagi perniagaan anda ke peringkat global menerusi Program Penajaan Antarabangsa. 

Beribu-ribu barisan tajaan telah melepasi sempadan antarabangsa dan menikmati faedah pendapatan yang semakin meningkat.

10. Mendapat Pengiktirafan

Dalam Shaklee, mereka yang cemerlang akan diberi pengiktirafan peribadi dalam penerbitan Shaklee, majlis penganugerahan dan konvokesyen Shaklee. Semua ini tak lain tak bukan sebagai tanda penghargaan atas segala kejayaan yang telah ditempa.

Menarik bukan, faedah-faedah yang ditawarkan? 

Lebih menarik lagi jika anda mendaftar keahlian Shaklee dengan saya. Saya mempunyai kumpulan yang sangat supportive dan saling menarik untuk bangun. Terdapat ramai mentor-mentor hebat dalam kumpulan saya yang telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang perniagaan Shaklee ini. Mereka tidak lokek ilmu mengajar dari sekecil-kecil perkara mengenai business hingga sebesar-besarnya. Kami bagaikan satu keluarga yang besar.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai kami, sila hubungi saya, Bazilah di 012-6830069. Saya sedia membantu anda semua, InsyaAllah..