Anjalkan Kulit Muka Elakkan Kulit Kendur @ Saggy Dengan Selamat

Semakin hari, usia semakin bertambah. Kulit pun bertambah kendur @ saggy, membuatkan seseorang lebih tua dari usia. Semestinya anda inginkan kulit muka yang lebih anjal tetapi bebas bahan kimia berbahaya dan yang penting selamat. Mari ikuti tips di bawah. 


1. Elakkan terkena pancaran matahari

Pendedahan yang berlebihan kepada matahari menyebabkan kulit semakin berkerut dan kendur terutamanya pada bahagian muka dan leher. Ia tidak menyebabkan kerosakan kepada kulit secara langsung, tetapi berlaku seiringan dengan pertambahan usia. Jadi, dengan mengurangkan pendedahan kepada cahaya matahari boleh mengurangkan berlakunya kulit kendur atau saggy.

2. Gunakan pelembap dan krim lebih kerap

Pastikan kulit muka sentiasa lembap untuk mengelakkan kemunculan kedutan dan kulit kendur. Lebih baik sekiranya krim pelembap yg digunakan mengandungi vitamin A dan vitamin C. Elemen ini manly menegangkan kulit muka di samping mengelakkan kulit kendur atau sagging.

3. Dapatkan rehat yang secukupnya

Kata-kata yang menyatakan badan kita perlukan rehat bukan hanya terhad kepada organ dalaman, malah termasuklah kulit. Kebanyakan orang dewasa terutamanya wanita tidak mendapat rehat yang cukup setiap hari. Menurut American Dermatological Association, tidur yang cukup secara menelentang mampu mengelakkan muka yang kendur.

4. Makan makanan berkhasiat

Pemakanan memainkan peranan yang penting dalam memastikan kesihatan kulit terjaga. Amalkan diet yang sihat dan berkhasiat seperti memakan makanan yang kaya dengan asid lemak omega-3 contohnya badam, makanan laut dan ikan untuk mengelakkan kulit kendur. Selain itu, avocado, flaxseed dan coklat gelap yang kaya dengan flavanoids juga sangat bermanfaat untuk kulit.

5. Kerap bersenam

Senaman anaerobik boleh memberikan kesan positif terhadap muka kerana ia mampu menjadikan kulit muka terhindar daripada kekenduran dan kedutan. Kolagen, atau tisu penghubung di bahagian bawah lapisan luar kulit akan berkurang dengan pertambahan usia, dan ini yang menyebabkan kulit semakin kendur dan berkedut. Senaman bukan hanya boleh meningkatkan kandungan kolagen, malah menguatkan otot leher yang memandu kepada kulit yang lebih t dan mengelakkan kulit kendur.

6. Berhenti merokok.

Merokok mempunyai bahan kimia berbahaya yang mendorong kepada kekenduran kulit, selain risiko mendapat pelbagai penyakit. Merokok juga memusnahkan vitamin C dalam badan, antara sumber yang menggalakkan penghasilan kolagen, agen penegang kulit. Oleh itu, elakkan merokok jika mahu kulit yang tidak kendur.



Bagaimana Shaklee Boleh Membantu Anjalkan Kulit Muka Elakkan Kulit Kendur @ Saggy?

A) Dari Dalam

1. Collagen Powder Shaklee




30% daripada protein badan kita terdiri daripada kolagen yang berfungsi menyambungkan sel kulit kita, kekalkan elastisiti kulit kita dan pastikan ikatan bahagian dalam dan luar kulit kita kekal kuat.

Menurut Assistant Professor Dermatology dari University of Pittsburgh dan Pengarah Cosmetic Surgery & Skin Health Center, selepas umur 20 tahun, badan kita menghasilkan 1% lebih kurang kolagen dari tahun sebelumnya. Pengurangan penghasilan kolagen ni la yg sebabkan munculnya garisan2 halus, kedutan, kulit yg kendur, kusam dan semakin kering.

Jadi, pengambilan Collagen Shaklee powder ini dapat membantu menambah kandungan kolagen dalam badan seterusnya memastikan kulit semakin anjal kerana tidak lagi kendur. Diperbuat daripada khazanah alam semula jadi seperti ekstrak biji Camelia Japonica, Pfaffia, kekerang, kolagen ikan, Lactobacillus acidophilus, vitamin B dan C menjadikan Shaklee Collagen Powder lebih mudah diserap oleh badan dan membantu melembapkan lagi kulit.

2. Vivix





Vivix yang kaya dengan polifenol merupakan antioksidan yang bertindak sehingga ke peringkat sellular DNA memperbaiki sel, menambah tenaga sel dan melambatkan penuaan sel. Baca dengan lebih lanjut mengenai khasiat vivix di sini.

Pengambilan vivix secara konsisten membantu menjadikan kulit lebih awet muda, lebih anjal dan mengelakkan dari kulit kendur atau saggy.

3. Sustained Release Vita C Plus




Mengandungi 500 mg kandungan vitamin C yang terkenal untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Vitamin C membantu mempercepatkan penghasilan kolagen dalam badan agar kulit lebih anjal dan tegang.

Formulasi sustained release pada Vita C Plus Shaklee ini memastikan vitamin C yang larut air dirembeskan secara perlahan-lahan secara optimum, sesuai dengan keperluan sistem badan. Apabila penyerapan yang optimum berlaku, kesan yang positif boleh didapati dengan lebih cepat.

Penggunaan ketiga-tiga produk untuk dalaman ini memastikan kesan keanjalan kulit boleh diperolehi dalam masa yang singkat secara semulajadi.

B) Dari luar

Rangkaian Youth Skin Care


Istimewanya produk kecantikan kulit YOUTH ini berbanding lambakan produk di pasaran adalah ia mengambil masa selama 8 tahun untuk dikaji secara terperinci bagi memastikan ia betul-betul berkesan dengan cepat tetapi selamat. Ia sedang dalam usaha mendapatkan 8 paten, di mana tiada satu pun syarikat lain yang boleh membuat produk sepertinya.

Ia bebas 2500 bahan kimia berbahaya dan 1500 bahan cemar yang kebanyakannya terdapat dalam skincare produk lain. Tidak terdapat unsur haiwan di dalam produknya, bahkan 100% vegan dan bebas gluten.

100% ujian klinikal yang dijalankan mendapati ia berkesan menjadikan kulit lebih muda, malah 2/3 daripada mereka yang diuji mendapati kulit mereka 10 tahun kelihatan lebih muda. Ia juga kaya dengan nutrien anti penuaan yang berupaya menganjalkan kulit dan mengelakkan dari kulit kendur.


Kesimpulannya, penjagaan dalaman dan luaran amat penting bagi memastikan keanjalan kulit yang lebih optimum. Yang paling penting adalah anda mendapatkan produk berkualiti yang terbukti benar-benar selamat, walaupun diambil dalam satu jangka masa yang panjang.

Hubungi saya segera untuk mendapatkan produk ini sekarang, atau ingin bertanya dengan lebih lanjut.

Bazilah
012-6830069
ID : 1251677