Tingkatkan Tenaga Dan Elakkan Keletihan Dengan CoQTrol Plus Shaklee

11:28 PM 0 Comments A+ a-

Sekiranya anda dapati diri anda lemah dipertengahan hari, menahan diri untuk terus berjaga sepanjang hari, lesu tidak bermaya, atau sekadar letih, maka sudah tiba masanya untuk anda berubah! Nasib baik, ada cara yang mudah untuk menghilangkan keletihan dan kepenatan serta menambah tenaga anda. Pastinya dengan produk keluaran terbaru Shaklee, CoQTrol Plus yang diperbuat daripada bahan semulajadi.


Image result for active run man


Formulasi baru CoQTrol Plus Shaklee mengandungi 100 mg Coenzyme Q10 (CoQ10), Resveratrol dan Tocophenol. Untuk penyerapan yang lebih optimum, ia juga dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun. Nak tahu bagaimana ia bertindak? Baca dengan lebih lanjut.


Bagaimana CoQTrol Plus Shaklee Bertindak Dalam Meningkatkan Tenaga?


CoQTrol ini adalah kombinasi CoQ10 dan polifenol. Dalam sel kita terdapat mitokondria dan DNA. Asas kita adalah sel. Sel akan menghasilkan tisu. Tisu menghasilkan organ dan organ membentuk sistem


Apa itu CoQ10? 

CoQ10 bertindak seperti "spark plug" dalam mitokondria sel. Ia adalah komponen utama dalam pembentukkan tenaga di dalam sel. Ia terdapat di dalam mitokondria, pusat penjanaan tenaga bagi sel. CoQ10 terdapat banyak pada sel-sel otak, hati dan juga jantung. Ia akan menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang dapat digunakan oleh badan kita sepanjang hari. 





Kenapa CoQ10 penting? 


Apabila semua sel dapat menjana lebih tenaga, keseluruhan fungsi tubuh akan bertindak dalam paras yang optimum dan membolehkan anda menjalankan aktiviti dengan lebih cergas dan cerdas. CoQ10 bukan sahaja untuk tenaga yang berpanjangan, tapi ia juga membantu meningkatkan kekuatan otot dan mempercepatkan proses penyembuhan luka atau kecederaan. Ia boleh membantu melancarkan peredaran darah, meningkatkan kesuburan, menambahkan kecantikan kulit dan memperkasakan daya ingatan. 

Kajian menunjukkan bahawa CoQ10 boleh membantu meningkatkan kekuatan dan jisim otot dengan menambahkan bilangan otot yang menjana tenaga dan kekuatan. Ia juga bertindak sebagai antioksidan yang boleh membantu mengurangkan kerosakan oksidasi pada sel otot.

CoQ10 menyediakan kesan regeneratif dalam tisu yang rosak dengan menggalakkan perkembangan sel, pembaikan tisu dan proses oksigenasi tisu. Ini sangat membantu dalam meningkatkan proses penyembuhan luka. CoQ10 juga telah dibuktikan dapat bertindak sebagai anti radang dalam penyembuhan luka. 


Bagaimana polifenol dan CoQ10 bantu tingkatkan tenaga? 



Polifenol bertindak dalam meningkatkan jumlah mitokondria. Umpamanya polifenol membantu menghasilkan banyak kilang mitokondria dalam sel. CoQ10 pula adalah pekerja kilang yang sangat ramai dalam setiap kilang mitokondria berkenaan. Kombinasi keduanya mampu meningkatkan tenaga dengan lebih efektif. 




CoQTrol Shaklee Menyokong Gaya Hidup Yang Aktif

Terdapat beberapa kajian yang dibuat ke atas kelebihan CoQ10 dalam pelbagai golongan dewasa, daripada para atlit yang aktif berlatih dan bersukan kepada merkea yang ingin mengekalkan kesihatan jantung dan kekal sihat. Keputusan kajian menunjukkan bahawa CoQ10 membantu mereka yang aktif dan menggalakkan penghasilan tenaga sel pada tahap yang terbaik. 

Hasilnya, jantung anda akan mengepam darah dengan lebih efisien, anda boleh berjalan atau berlari dengan lebih laju dan anda akan menjadi lebih peka dan fokus. 

Oleh kerana CoQ10 adalah asas dalam penjanaan tenaga dalam tubuh, ia bukan hanya berfungsi untuk membekalkan tenaga, malah membantu mengekalkan penghasilan tenaga. Apabila sel menghasilkan lebih tenaga, badan akan menggunakan tenaga yang tinggi dan berkualiti dan ini dapat meningkatkan stamina badan. Ini dapat meningkatkan kesihatan secara keseluruhan menjadikan anda lebih bertenaga dan dapat menjalankan lebih aktiviti dalam sehari. Secara asasnya, jika sel kita sihat dan bertenaga, banyak masalah kesihatan dapat kita atasi, dengan izinNya. 


Mengapa kita perlu ambil supplemen CoQ10 sedangkan badan boleh menghasilkannya sendiri?


Walaupun badan kita boleh menghasilkan CoQ10 sendiri, malangnya paras CoQ10 akan berkurang dengan pertambahan usia. Keupayaan badan untuk menghasilkan CoQ10 akan mula menurun bermula dari umur 20 tahun dan semakin ketara pada umur 40 tahun.

Graf menunjukkan penurunan kadar CoQ10 mengikut umur untuk sel hati, jantung, buah pinggang dan paru-paru

Pengambilan CoQ10 sehari untuk badan beroperasi secara optimum adalah 100 mg, bersamaan 1 kapsul CoQTrol. 

Untuk mendapatkan jumlah yang sama, anda perlu makan sebanyak 100 sudu besar minyak Canola, 3.3 kg kacang tanah, 3 kg daging merah dan 100 cawan brokoli rebus. Mampukah anda?


Walaupun kita boleh dapatkan sumber CoQ10 daripada pemakanan harian kita, atas banyak faktor, jumlahnya adalah tidak mencukupi. 





Apatah lagi jika seseorang mengambil ubat kolesterol statin, ia mampu mengurangkan sehingga 40% kandungan CoQ10 di dalam badan. Kerana ini lah, anda perlu mengambil CoQ10 tambahan. Tambahan pula, pengambilan satu kapsul sehari sudah mencukupi dan sangat memudahkan kerja anda. Anda mungkin terlalu sibuk dan kepenatan untuk memikirkan bagaimana untuk meningkatkan tenaga badan anda.

Dapatkan CoQTrol Plus sekarang! Hanya dengan satu klik sahaja.


Atau anda boleh hubungi saya, 

Bazilah 
012-6830069
ID : 1251677