Makanan Untuk Jantung Lelaki Yang Sihat

7:09 PM 0 Comments A+ a-

Sakit jantung merupakan penyakit utama rakyat Malaysia, terutamanya lelaki. Ramai lelaki yang meninggal dunia akibat serangan jantung berbanding penyakit kanser yang lain. Walaubagaimanapun, risiko serangan jantung boleh dikurangkan dengan makan makanan yang berkhasiat untuk jantung dan mengelakkan makanan yang diproses, selain tidak merokok dan bersenam. 



Dikatakan makanan yang sihat dapat mengurangkan sehingga 82% risiko terkena sakit jantung dan mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat dapat mengurangkan risiko kematian akibat sakit jantung sebanyak 66%. 



Makanan Untuk Jantung Lelaki Yang Sihat



Makanan yang mengandungi fitonutrien dikatakan baik untuk jantung yang sihat dan membantu tubuh bekerja dengan lebih baik. Antaranya adalah :


1. Kekacang

Amalkan makan kacang sekurang-kurangnya 3 kali seminggu contohnya seperti kacang merah. Ia juga mengandungi kandungan serat dan air yang membantu anda kenyang lebih lama dan mengelakkan anda dari mengambil makanan yang tinggi kalori di samping mempunyai fitonutrien yang baik untuk jantung.


2. Bijirin

Menggantikan bijirin seperti gandum, jagung dan beras merah sebagai sumber karbohidrat utama dapat menurunkan risiko penyakit jantung kerana ia mempunyai protein, serat, antioksidan, vitamin B dan mineral seperti zink, magnesium dan zat besi.


3. Epal

"An apple a day takes your doctor away"
Epal mengandungi quercetin dan pektin yang sangat baik untuk jantung. Ia dikatakan berkesan dalam mengurangkan 'kolesterol jahat' dalam badan dan membantu mengawal paras gula dalam darah. Terdapat kajian yang mendapati pengambilan 1-2 biji epal sehari dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. 


4. Bawang putih

Bawang putih bertindak menggantikan garam dalam memberi rasa masin pada masakan. Pengambilan garam yang minima dapat mengurangkan risiko mendapat sakit jantung dan strok. Had  pengambilan garam harian seseorang adalah tidak melebihi 6 g atau 2400 mg natrium sehari. Bagi mereka yang telah pun mempunyai risiko sakit jantung, mereka tidak boleh mengambil natrium melebihi 1500 mg sehari.


5. Anggur 

Buah anggur dikatakan berpotensi mencegah penyakit jantung dan tekanan darah tinggi kerana mengandungi serat dan quercetin yang melindungi darah daripada tersumbat. 


6. Buah Beri

Buah-buahan beri seperti strawberry, blueberry, rasberry dan blackberry kaya dengan serat dan antioksidan yang berkhasiat dalam menurunkan risiko mendapat serangan jantung. 


Inginkan Cara Mudah Mendapatkan Makanan Untuk Kesihatan Jantung?

Shaklee mempunyai produk makanan tambahan yang berkhasiat dan mudah diambil untuk mengekalkan kesihatan jantung agar dapat mengurangkan risiko terkena sakit jantung terutamanya untuk lelaki. 


1. Vivix




Kandungan utamanya adalah Muscadine grape, Elderberry, purple carrot dan polygonum cuspidatum yang mengandungi kandungan antioksida yang tinggi. Kuasa antioksidannya lebih kuat berbanding vitamin C dan vitamin E. Anggur muscadine yang digunakan terbukti mengandungi 40 kali ganda lebih tinggi kandungan antioksida berbanding anggur biasa. Antioksidan ini membuatkan vivix mampu mengelakkan lipoprotein berkepekatan rendah (LDL) atau kolesterol jahat daripada dioksidakan oleh radikal bebas. 

Kandungan polifenol yang tinggi di dalam vivix juga mengelakkan penggumpalan platelet dan sel-sel darah yang berisiko menyumbat saluran kecil pada jantung. Selain itu, vivix membantu meningkatkan vasodilatasi dengan menggalakkan pengeluaran nitrik oksida yang membantu salur darah mengendur dan melancarkan pengaliran darah. 


2.  CoQTrol Plus

Ia mengandungi Polifenol yang bertindak meningkatkan kuantiti mitokondria Dan Coenzyme Q10 yang sangat penting untuk meningkatkan penghasilan tenaga pada mitokondria. Jumlah CoQ10 adalah sangat tinggi di sel jantung kita. Jadi, pengambilan CoQ10 penting untuk melancarkan peredaran darah dalam badan.

Antara kelebihan CoQ10 yang lain adalah menguatkan otot jantung, melancarkan peredaran darah, mengurangkan risiko masalah jantung dan membantu menambah tenaga bagi mereka yang mengambil Statin, sejenis ubat kolesterol.




3. Omega Guard

Ia mengandungi asid lemak Omega 3 yang sangat penting untuk kesihatan jantung. Dalam banyak kajian yang dijalankan, ada penemuan yang membuktikan EPA (Eicosapentaenoic Acid) dan DHA (Docosahexaenoic Acid) dalam Omega 3 membantu dalam mengurangkan risiko terkena penyakit jantung, iaitu dengan cara melancarkan peredaran darah dan mengekalkan rentak jantung.

Omega 3 boleh membantu mengatur tekanan darah yang baik. Tekanan darah yang tinggi boleh memberi tekanan pada salur darah. Kesannya membebankan jantung untuk bekerja lebih kuat. Jadi Omega 3 berperanan untuk membantu.

Omega 3 juga membantu meningkatkan ‘kolestrol baik’ (HDL) dan mengurangkan paras ‘kolestrol jahat’ (LDL) dan triglisride. Ini dapat melancarkan lagi fungsi jantung.

Selain itu, ia boleh bertindak sebagai anti keradangan di mana keradangan (inflamation) pada badan boleh merosakkan salur darah dan menyebabkan penyakit jantung dan strok.



Kesihatan adalah yang paling penting berbanding harta dan wang ringgit. Tanpanya, kita tidak dapat hidup dengan baik. Oleh itu, laburkanlah sedikit dari bahagian wang anda untuk kesihatan yang baik.

Anda boleh membeli supplemen dengan klik butang di bawah :


Atau anda juga boleh hubungi saya, 

Bazilah
012-6830069
ID : 1251677