Bagaimana Membuatkan Business Anda Sebagai Peluang Untuk Beramal?

Ketahuilah bahawa ramai manusia berada di dalam kerugian, melainkan orang yang beramal soleh,  berpesan-pesan dengan kebaikan dan berpesan-pesan dengan kebenaran. Ini adalah maksud dalam surah A-Asr, di mana Allah bersumpah dengan masa. 



Dalam hidup ini, kita perlu pastikan semua yang kita lakukan mendapat redha daripada Allah dan menjadi ibadah, supaya hidup kita lebih diberkahi. Ini termasuklah dalam berniaga, sama ada ketika bersendirian (secara online) mahupun ketika berhadapan dengan pelanggan. Sikap peniaga yang jujur, amanah dan mengikut syariah sangatlah penting. Dan peluang yang besar untuk berniaga sambil beramal dan mendapat pahala (insyaAllah) ini saya dapat melalui perniagaan Shaklee yang saya lakukan. 


Bagaimana Business Shaklee Membantu Untuk Lebih Beribadah Dan Beramal?



1.  Sebarkan Kebaikan

Apabila anda ingin berniaga barangan Shaklee, anda perlu menyebarkan kebaikan produk Shaklee kepada orang ramai. Apa sahaja kebaikan yang kita sebarkan kepada orang lain, dan orang lain mendapat manfaat darinya merupakan ibadah, jika betul niatnya. Yang paling penting, adalah sebarkan kebaikan yang betul dan jujur dalam perniagaan. Allah tentu akan memandu dan membantu. 


2. Bantu Orang Lain

Orang yang dalam kesusahan tentu akan bergembira apabila kita dapat membantunya menyelesaikan masalahnya. Membantu memudahkan urusan seseorang juga termasuk dalam memberi manfaat kepada orang lain. Dalam konteks Shaklee, anda berpeluang membantu menyelesaikan masalah kesihatan pelanggan, dengan kehendakNya. Barangan Shaklee yang telah menjalani kajian klinikal dan bersumberkan alam semulajadi seharusnya membawa kita lebih dekat kepada Pencipta yang menciptakan alam semulajadi. 


3. Menjadi Mentor

Ilmu yang bermanfaat kepada orang lain merupakan salah satu daripada 3 amalan yang akan membantu kita setelah kita meninggal dunia. Anda sebarkan ilmu yang bermanfaat kepada orang ramai di luar sana baik melalui lisan semasa berniaga offline. mahupun secara tulisan pada Facebook, Instagram dan Blog boleh menjadi amal yang membantu anda kelak. 

Semua peluang beramal ini saya boleh dapat melalui business Shaklee ini. Apatah lagi jika anda menjadi mentor kepada anak didik Shaklee anda, dan membantu mereka untuk mendapatkan pendapatan dengan cara yang betul. Sudah tentu peluang beramal itu lebih banyak. Dan semoga pahalanya juga berterusan, selama mana si penerima ajaran mengamalkannya. 


4. Business Yang Boleh Diwarisi

Apa yang lebih menarik mengenai business Shaklee ini adalah, anda boleh mewariskan business ini kepada anak kandung anda untuk mereka meneruskan legasi anda. Oleh itu, buatlah business ini dengan bersungguh-sungguh, agar anak cucu anda juga mendapat manfaatnya. Bukankah anak anda lebih berhak mendapat manfaat daripada business ini? Dan semoga dengan didikan menjadi anak-anak soleh solehah dapat membantu anda di akhirat kelak.


5. Perbanyakkan Sedekah

Percayalah, bahawa apa yang anda sedekahkan itulah sebenarnya harta yang akan membantu anda kelak. Business Shaklee ini memungkinkan untuk anda mendapat keuntungan dari segi wang ringgit dan pelbagai bonus lain. Inilah peluang untuk anda bersedekah jariah membantu meringankan beban orang di luar sana dari segi kewangan. 

Dan saya rasa sangat bertuah Allah pertemukan saya dengan jalan ini kerana setiap hari ada sahaja aura positif yang saya dapat daripada group Shaklee saya. Mereka sangat tekankan untuk perbanyakkan bersedekah, dan amalan-amalan rohani lain. 


6. Peluang Menunaikan Umrah

Setelah join Shaklee, baru saya tahu yang Shaklee Malaysia ada menawarkan intensif pakej umrah kepada mereka yang layak secara percuma. Bukan tidak boleh jika mahu pergi menunaikan umrah dengan duit sendiri daripada sumber lain, tapi apabila diberi ganjaran sebegini oleh Shaklee, memang terasa sangat hasil titik peluh sendiri di samping berpeluang mendekatkan diri kepada Allah. Ini membuatkan saya lebih yakin dengan jalan ini.


7. Hidupkan Sunnah Nabi

Kita seringkali dengar bahawa 9 per 10 daripada rezeki datangnya daripada perniagaan. Dan inilah apa yang saya sedang usahakan. Apabila berniaga Shaklee ini, kebergantungan kepada Allah itu lagi lebih (bagi saya lah). Walaupun kita dah berusaha, tapi jika belum rezeki kita, kita tidak akan dapat. Berniaga membuatkan kita lebih dekat dengan Sunnah Nabi. Berniaga membuatkan kita dapat mengenal pelbagai ragam manusia. Dan itu sebenarnya adalah peluang untuk kita berdakwah kepada mereka, sunnah yang paling besar untuk kita lakukan. 


Walaupun banyak lagi manfaat dan peluang beramal ibadah yang boleh didapati daripada business Shaklee ini, saya rasa cukuplah saya kongsikan setakat ini sahaja dahulu. Apa yang penting, kita amalkan apa yang kita dah belajar, insyaAllah. 

Saya sangat terkesan dengan perkongsian dari rakan Shaklee saya, di mana kita perlu menepis segala hasutan syaitan yang membisikkan untuk kita jatuh. Buang segala yang negatif dan berkawanlah dengan mereka yang positif.

Sudah tentu, apa sahaja perniagaan yang kita lakukan, kita perlu memilih rakan yang betul yang membawa kita lebih dekat kepada Allah. Pilihlah upline yang betul untuk memimpin anda membuat perkara yang betul. 

Jika anda memilih saya, anda boleh hubungi saya 

Bazilah
012-6830069
ID : 1251677