APA PERLU ANDA BUAT JIKA TERKANDAS DALAM BANJIR?

APA PERLU ANDA BUAT JIKA TERKANDAS DALAM BANJIR?

Musim tengkujuh di Pantai Timur sudah mula mencapai tahap maksima. Kami kongsikan beberapa tips jika anda terkandas dalam banjir.


1. Bertenang

Supaya tidak berlaku kemalangan jiwa, pastikan anda dan ahli keluarga anda bertenang.   Banyak kes berlaku apabila mangsa panik dan tidak tahu nak buat apa.


2. Periksa berapa orang terkandas

Kira berapa ramai ahli keluarga anda yang terkandas. Ini membantu memudahkan agensi kerajaan dan sukarelawan membuat anggaran semasa datang membantu.

3. Periksa stok makanan dan minuman

Apabila terkandas, pastikan anda mempunyai stok makanan dan air bersih sementara menunggu bantuan sampai.

4. Bawa barang perlu sahaja

Bantuan akan datang dan anda hanya perlu bawa barang penting sahaja.  Prioriti adalah nyawa.

5. War- war kan keadaan anda

Pastikan agensi kerajaan berkaitan dan sukarelawan tahu keadaan semasa anda. Maklumkan status anda kepada jiran tetangga dan  keluarga. Mesej dalam group whatsapp, facebook, buat panggilan kepada pihak Bomba dan Penyelamat.

Pesanan ini dibawa oleh iBantu IKRAM Pahang.


Boleh rujuk kepada wakil iBantu melalui nombor yang tertera di bawah.

Ketua Operasi :
Dr Nazli ‭01110716089

Penyelaras Pusat Operasi

Haji Samsudin ‭0199892180
Mohd Najib 0123530638
Dr Fitri ‭0179569055

Sekian terima kasih.
DR NAZLI
Ketua Operasi i-Bantu Ikram Pahang