Anxiety Disorder : Kenali Tanda-tanda Dan Cara Mengatasinya

Perasaan bimbang atau risau sekali-sekala adalah normal dalam hidup seseorang. Namun, Anxiety Disorder atau gangguan kebimbangan boleh mengganggu aktiviti harian dan perhubungan. Ia adalah sejenis penyakit mental di mana pesakit merasa risau atau cemas yang keterlaluan dan berterusan.  



Para penyelidik masih tidak dapat merungkai sebab sebenar yang menyebabkan Anxiety Disorder ini. Ia seperti penyakit mental yang lain, berpunca daripada gabungan beberapa perkara termasuklah perubahan di dalam otak, tekanan daripada persekitaran dan gen keturunan. Ia boleh berlaku dalam  kalangan ahli keluarga dan dikaitkan dengan kerosakan pada saluran dalam otak yang mengawal ketakutan dan emosi. 



Walaubagaimanapun, dengan rawatan, ramai orang boleh menguruskan perasaan tersebut dan kembali menjalani kehidupan yang memuaskan.


Ikuti kisah penghidap Anxiety Disorder ini. Adakah anda pernah mengalaminya?

TESTIMONI SOFIAN MOHAMAD
[ANXIETY DISORDERS - BAGAIMANA AKU MENGATASINYA?]


"Aku dah lama amalkan makan supplement ni sejak umur 20an. Lebih kurang 18 tahun mcm tu. Dulu aku ambil Spirulina, minyak ikan dan vitamin C setiap hari. Sebulan sekali aku detox badan untuk 3 hari. Kalau first time buat detox buat 7 hari ye...Masa tu tak kenal Shaklee so aku detox guna brand Y.
Maybe tu muka dan badan awet muda kot. Kalau travelling gi mana-mana memang orang akan ingat budak baru nak masuk U walapun dah jadi bapak budak. 😊😊😊.
Di awal 20an aku dah dapat kerja yang baik (swasta) coz takde rezeki ngan gomen. Setiap tahun aku dapat kenaikan pangkat dan berpindah ke Company lain untuk meluaskan pengalaman aku. Bebanan kerja semakin berat. Yes...aku masih amalkan supplemen tapi dalam masa yang sama aku dah create new bad habits dalam kamus hidup aku.
Aku menjadi perokok tegar dan selalu skip makan. Coz masa aku banyak terluang dalam kapal terbang traveling dan jumpa clients...aku always skip my meals. Hidup aku hanya bergantung kepada air putih. Nescafe jadi makanan harian aku. Dalam 1 hari aku boleh minum 12 gelas nescafe 3 in 1 just to keep me awake sebab masa kerja aku tak sama dgn org kat ofis. Org kat ofis cuma kerja jam 8 hingga 5. Aku kerja 24 jam dan tidur 2 jam sehari sebab aku terpaksa respond to colleagues and clients mengikut time zone mereka.
I love and enjoy my works to the limits tapi dalam masa yg sama aku rosakkan sistem kekebalan tubuh badan aku secara perlahan2.
Rezeki aku dalam pekerjaan memang baik tapi bebanan semakin bertambah sehingga sampai satu tahap tu, aku rasa terlalu stress dan amik keputusan untuk kerja di kampung halaman.
Alhamdulillah aku dapat kerja di tempat sendiri. Masih travelling to oversea tapi tak sekerap dulu. Sebulan sekali macam tu. Kesihatan aku masa ni tengah merosot. Supplemen aku makan on and off tak konsisten macam dulu. Sehingga lah aku jatuh sakit pada Dec 2014.
1st time kena attack tu jantung aku sakit bebenar, nafas tersekat, berpeluh, tangan kaki sejuk, muka pucat, masa tu ingat masa dah tiba. Rasa menyesal tak spent banyak masa bersama keluarga. Menangis dlm hati minta Allah panjangkan umur agar dapat menebus kekurangan yg aku buat untuk diri aku dan keluarga.Terus masuk emergency ward. Lepas masuk drip, baru badan kembali normal. Masa tu doktor syak kena gastrik coz ujian darah dan ecg normal.
Sejak kejadian tu hidup aku berubah 360 darjah. Hampir setiap hari aku di serang benda yg sama. ER gomen dan swasta dah jadi rumah kedua aku. Nak bawa kereta pun aku tak mampu. Pergi tempat crowded atau solat jumaat memang aku kena serang.
Doktor dah habis idea apa penyebab sakit ni. 1 hospital swasta ni terang-terang tolak aku and refer my case pergi gomen hospital. Mereka cuma cakap kena GERD. Tapi nape sampai nak pengsan atau rasa nak mati setiap kali kena serang? Org lain pun ada GERD tapi tak lah sampai pengsan2 gitu.
Aku ketandusan petunjuk. Dalam masa yg sama ada juga yg cakap aku kena santau atau gangguan jin.
Then, aku pun pergi rawatan alternatif. Bab mandi dan minum air tu jgn sebut, naik kembung perut minum air. Jangan pikir aku tak percaya benda ghaib atau sihir sebab Allah dah bagitau kita ni tak bersendirian. Tapi takde perubahan.
Aku memang syak yang aku ada penyakit GERD coz cara hidup aku di masa lampau memang berkaitan. PENGSAN DAN TAKUT 24 JAM. Ini yg aku ingin cari jawabannya. Kenapa???
Aku masih kerja tapi ambil cuti tapi since aku punya masa kerja fleksible dan boleh kerja kat rumah, aku mula menjadi pengikut Mr. GOOGLE secara berjemaah. Aku spent berjam-jam setiap hari utk cari petunjuk tentang penyakit aku.
Aku mula lebihkan masa utk berzikir utk ketenangan dan memperbaiki solat aku untuk diberi petunjuk. Hehehe...mesti ada yg cakap selama ni tak solat ke??? Solat memang buat tapi kita sebagai manusia memang khilaf. Kadang-kadang solat tu hanya untuk cukupkan fardu kita sebagai Islam tetapi rukunnya, tertibnya, bacaannya semua kena perbaiki. Itulah yg aku tengah usahakan.
Alhamdulillah Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Masa Google info awal Januari 2016 (masa ni aku dah setahun sakit dan berat badan turun dibawah paras underweight sebanyak 16 kg), aku menemui 1 blog member Shaklee pasal Anxiety Disorders.
Punyalah syok aku baca mengalah kan ambik exam kat U dulu. Semua tanda-tanda anxiety tu ada pada aku. Setelah baca blog tu aku buat review semua blog kat website pasal anxiety termasuk dari doktor professional seperti Dr. Zubaidi.
Majority mengesyorkan ambik Vit B-Complex, minyak ikan Omega 3, magnesium untuk rawatan Anxiety Disorders.
Selepas aku buat percaturan sendiri, aku ambil keputusan mencuba supplemen ni tetapi which brand?
Dalam masa setahun aku sakit memang aku dah cuba apa saja produk yg disyorkan termasuk cap ayam, kilang belakang rumah atau yg branded. You name it. Memang aku dah cuba. Setahun sakit tu aku dah spent almost 50K utk bil hospital dan beli produk2 alternatif.
Lepas aku buat keputusan nak mencuba produk Shaklee, aku google blog cari distributor Shaklee.
Aku amik Set Anxiety dan lepas 3 bulan pertama amalkan set ni, aku dah tak makan ubat hospital lagi dan Alhamdulillah tahap kesihatan aku bertambah baik. Aku teruskan pengambilan produk Shaklee sampai masa aku menulis entry ni.
Anxiety Disorders aku tetap ada coz penyakit ni ambik masa juga nak kasi sembuh tapi sekurang-kurangnya aku bersyukur aku dah boleh nikmati balik kehidupan aku yang lalu dan sujud syukur Allah beri aku peluang untuk jaga kedua puteri aku dan ibu bapa aku. Sekarang ni dah masuk setahun lebih penyakit takde menyerang selepas amalkan set ni."


Tanda-tanda Masalah Anxiety Disorder


1. Sukar Fokus

Menghadapi kesukaran menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara yang penting dan kadang-kala fikiran menjadi kosong


2. Rasa Takut Yang Melampau

Berasa gelisah, cemas, takut dan bimbang yang berlebihan terhadap perkara kecil seolah-olah perkara tersebut terlalu serius. Contohnya kerisauan sedikit kekotoran pada seluar seperti risau tidak memakai seluar.


3. Tidur Terganggu

Bila mengalami sesuatu masalah, pesakit akan rasa sukar melelapkan mata atau tidak mendapat tidur yang memuaskan kerana terlalu memikirkan masalah yang kecil


4. Mudah Lelah

Pesakit menjadi mudah penat dan lelah kerana otak menggunakan tenaganya memikirkan masalah yang dibimbanginya.


5. Panik

Rasa panik yang berlebihan sangat berbahaya kepada pesakit Anxiety Disorders. Apabila timbul perasan panik dan cemas, jantung akan berdegup lebih kencang, sesak nafas boleh berlaku. Pesakit juga mungkin berpeluh dengan banyak dan rasa tidak selesa akibat panas .


6. Terlalu Pentingkan Kesempurnaan 

Pesakit yang mengalami masalah ini akan rasa sangat risau dan bimbang jika sesuatu kerja tidak dijalankan dengan sempurna atau kerjanya belum siap sehingga perlu melakukannya berjam-jam atau berulang kali .



Jenis-Jenis Masalah Anxiety Disorders 


1. Gangguan umum

Secara umumnya, pesakit merasa risau akan perkara kecil dengan berlebihan.


2. Gangguan Kebimbangan Sosial

Perasaan sangat bimbang apabila perlu berdepan dengan orang lain, terlalu malu, risau dihakimi dan sukar untuk bercakap dengan orang lain. 


3. Gangguan Panik

Sering panik dan tidak dapat mengawal perasaan ketika panik. Pesakit akan merasakan serangan yang berulangkali dan cuba mengelakkan tempat di mana serangan panik berlaku.

4. Fobia

Terlampau takut pada sesuatu perkara sehingga menghantui kehidupan. 

Rawatan Dan Terapi

Pesakit Anxiety Disorder ini selalunya akan dirawat melalui kaedah psikoterapi, ubat-ubatan atau kedua-duanya sekali. 


Psikoterapi - Terapi perbualan yang dijalankan oleh orang yang mempunyai kepakaran khusus dalam Anxiety Disorder

Terapi Tingkah Laku Kognitif (Cognitive Behavioral Therapy - CBT) - Terapi untuk mengajar cara berfikir berkelakuan dan bertindak terhadap sesuatu yang dibimbangkan

Kumpulan Sokongan Bantuan Diri - Kumpulan sokongan yang membantu pesakit berkongsi masalah dan membantu diri sendiri

Teknik Pengurusan Stress - Belajar cara mengurus stress dengan lebih berkesan

Perubatan - Ia lebih kepada mengurangkan simptom Anxiety Disorder

Antidepressant - Membantu mengurangkan masalah tekanan perasaan

Supplemen - Membantu mengawal perasaan dengan membekalkan nutrisi pada badan

Encik Sofian berusaha mengatasi masalah Anxiety Disorder beliau dengan mengambil supplemen Shaklee. Sekiranya anda ingin berbuat seperti beliau, jangan segan untuk hubungi saya :

Bazilah
012-6830069
ID : 1251677

Atau boleh terus membeli di bawah :