Tips Hilangkan Jerawat Yang Teruk Dari Dalam

8:51 PM 0 Comments A+ a-


Jerawat seringkali menyebabkan kita rasa tidak yakin dengan diri, lebih-lebih lagi untuk berdepan dengan orang lain. Wanita terutamanya, amat risau jika timbul walau sebiji jerawat di muka. Tidak salah untuk risau, kerana cantik itu indah, dan semua orang sukakan kecantikan dan keindahan. Yang jadi masalah jika jerawat hanya ditutup dengan mekap tebal atau menggunakan produk yang mengandungi bahan merbahaya. Ditakuti kulit akan menjadi bertambah teruk dan lebih sukar untuk dirawat. 


Image result for cause of severe pimple


Sebaiknya, masalah jerawat yang teruk diatasi dari dalam, dari akar umbi lagi. Jadi, sangat penting untuk kita ketahui apakah punca yang menyebabkan berlakunya jerawat ini, agar ia sukar untuk hadir kembali. Umpama masalah air paip yang bocor. Kalau nak atasi masalah ini bukan hanya dengan menyumbat ruangan yang bocor, sebaliknya tutup dan baiki punca bekalan air itu agar masalah tidak berulang.

Di sini, saya akan kongsikan bagaimana cara ataupun tips untuk menghilangkan dan mengatasi masalah jerawat yang teruk ini. Tetapi, mari kita kenali dulu apa yang menyebabkan punca jerawat berlaku.


Punca Jerawat Timbul


Jerawat berlaku apabila liang-liang pada kulit terperangkap dengan minyak, kulit mati, atau bakteria. Setiap liang pada kulit adalah pembukaan kepada folikel. Folikel terdiri daripada rambut dan kelenjar sebaceous (minyak). 

Kelenjar minyak mengeluarkan sebum (minyak), yang bergerak ke atas rambut, keluar dari liang, dan masuk ke dalam kulit. Sebum menjadikan kulit anda lembap dan lembut. Jerawat boleh disebabkan oleh satu atau lebih daripada masalah dalam proses pelinciran ini. 


Ia boleh berlaku apabila :

  • Terlalu banyak minyak dihasilkan oleh folikel
  • Sel-sel kulit mati terkumpul di dalam liang kulit
  • Bakteria tumbuh di dalam liang kulit


Kesemua masalah ini menyumbang kepada perkembangan jerawat. Jerawat muncul apabila bakteria tumbuh di dalam liang yang tersumbat dan minyak tidak dapat melepaskan diri. 

Antara faktor risiko berlaku jerawat :

1. Perubahan hormon

Terutamanya semasa datang bulan dan mengandung. Golongan remaja juga kerap didatangi jerawat kerana hormon berubah ketika akil baligh.

2. Pemakanan 

Diet yang tinggi kandungan gula dan karbohidrat seperti kerepek dan roti. Makanan yang berminyak juga boleh menyebabkan jerawat.

3. Genetik

Ibu bapa yang mempunyai masalah jerawat berpotensi mempunyai anak yang ada masalah jerawat juga.

4. Ubat

Pengambilan ubat tertentu seperti pil perancang kehamilan atau kortikosteroid. Produk kosmetik yang tertentu juga boleh menjadi punca jerawat. 


Tips Atasi Jerawat


1. Bersihkan kulit terutamanya muka setiap hari menggunakan sabun yang lembut untuk menghilangkan minyak dan kotoran berlebihan.

2. Kerap mencuci rambut dan elakkannya dari terkena muka.

3. Gunakan barangan kosmetik yang berasaskan air atau pastikan dilabelnya tertulis "noncomedogenic" (bukan penyumbat liang).

4. Tidak memicit jerawat, kerana ia akan menyebarkan bakteria dan minyak yang berlebihan ke kawasan lain. 

5. Tidak menyentuh bahagian muka kerana tangan berisiko mempunyai banyak bakteria. 

6. Cuci muka dua kali sehari.

7. Elakkan barangan kosmetik berasaskan minyak.

8. Bersihkan kulit terutamanya muka dengan teliti sebelum tidur.

9. Makan makanan yang sihat. Perbanyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. 

10. Elakkan dari tekanan atau stress dan bertenang selalu. 



Hindari Jerawat Dari Dalam Dengan Membekalkan Nutrisi Yang Sihat


Pemakanan yang sihat bukan sahaja menyihatkan, malah boleh mencantikkan kulit dan mengelakkan dari terjadinya jerawat. Selain itu, pengambilan supplemen semulajadi yang penuh nutrien tertentu akan membantu kesihatan kulit contohnya pengambilan vitamin C, E, B complex dan kolagen.


Rangkaian produk Shaklee yang membantu masalah kulit terutamanya jerawat yang teruk adalah :

1. Sustained Release Vita C Plus 

Membekalkan vitamin C yang terkenal dengan kelebihannya untuk kecantikan kulit. Vitamin C membantu merangsang pembentukan kolagen dan membantu mendapatkan kulit yang lebih cerah dengan menyekat pembentukan pigmen.

2. Energizing Soy Protein (ESP)

Protein soya dari ESP membantu merangsang pembentukan semula kulit, mengurangkan kedutan, mengembalikan radian kulit, mempercepatkan penyembuhan luka dengan membaiki tisu yang rosak dan mengurangkan kesan parut. 

3. Vita E Complex

Kandungan vitamin E di dalamnya berfungsi sebagai antioksidan yang membantu penyembuhan tisu. Vitamin E juga bagus untuk membantu mengurangkan kesan parut pada kulit. 

4. GLA Complex

Membantu menstabilkan hormon badan manusia di mana ketidakstabilan hormon menjadi antara penyebab terjadinya jerawat. 

5. Garlic 

Bertindak sebagai antibiotik semulajadi yang bertindak melawan bakteria, punca masalah jerawat.

6. Alfalfa Complex

Berfungsi membuang toksin dalam badan yang menjadi penyebab masalah jerawat.

7. Collagen Powder

Kandungan kolagen di dalamnya membantu melindungi kulit dari kering dan mengekalkan kelembapan kulit. Ia juga membantu mengekalkan elastisiti semulajadi kulit dan memperlahankan kehadiran kedutan. Kolagen sememangnya amat terkenal dengan kecantikan.

8. Vivix

Ia mengandungi kandungan antioksida yang sangat tinggi untuk membantu 'merawat' masalah kulit dari dalam. Vivix bertindak melindungi dan membaiki sel DNA di mana ia membantu mencerahkan dan mengurangkan pigmentasi serta mengurangkan bintik penuaan. 



Saksikan Kesan Penggunaan Produk Shaklee Ke Atas Pengguna Yang Mempunyai Masalah Jerawat Yang Teruk Ini..





Sekiranya masalah jerawat yang teruk masih lagi menghantui anda, jangan biarkan ia melarat. Bertindak segera!

Hanya klik di sini untuk membeli..

Image result for beli sekarang

Ingin membeli dengan lebih murah? Daftar ahli sekarang..


Image result for daftar sekarang

Perlukah saya mengambil kesemuanya?
Hubungi saya untuk khidmat nasihat. Saya sedia membantu..

Bazilah
012-6830069