Cara Hilangkan Parut Chicken Pox Yang Lama


Parut Chicken Pox yang lama kadangkala membuatkan kita berasa kurang yakin dengan keterampilan diri, terutamanya jika perlu berdepan denga orang. Apakan lagi jika kulit penuh dengan parut. Muka yang dahulunya cantik licin kini tidak lagi, akibat parut Chicken Pox. 


Image result for chicken pox images in men

Cacar air, nama lain bagi chicken pox adalah penyakit berjangkit yang berpunca dari virus Varicella-zoster. Ia menyebabkan kegatalan akibat ruam di seluruh badan. Chicken pox selalunya tidak serius, lebih-lebih lagi jika berlaku kepada kanak-kanak. Namun, ia boleh menjadi lebih teruk pada orang dewasa terutamanya lelaki. Ini kerana ia boleh meninggalkan parut yang lama sekiranya tidak diatasi segera. 


Tips Agar Parut Chicken Pox Tidak Menjadi Semakin Teruk



1. Elakkan menggaru

Antara simptom seseorang terkena chicken pox adalah demam, sakit kepala, sakit belakang, sakit tekak dan ruam disebabkan cecair yang muncul pada kulit. Namun, simptom yang paling teruk adalah kegatalan yang timbul bersama ruam tadi. Cuba sedaya upaya untuk tidak menggaru bahagian yang gatal kerana jangkitan bakteria boleh merebak dan akan meninggalkan kesan parut akibat luka menggaru.


2. Gunakan krim 

Krim yang mengandungi fungsi melegakan kegatalan sangat membantu mengelakkan seseorang daripada menggaru bahagian yang gatal. Gunakan krim yang boleh membantu penyembuhan luka dengan lebih cepat.


3. Pakai sarung tangan

Kadangkala mustahil untuk mengelakkan seseorang dari menggaru kawasan yang gatal, lebih-lebih lagi ketika sedang tidur. Anda boleh mencuba tips memakai sarung tangan ini untuk mengelakkan kesan menggaru menjadi lebih teruk. Pastikan kuku dipotong agar sentiasa pendek.


4.  Bersihkan diri dan mandi dengan sabun antibakteria

Mandi dengan sabun yang ada kandungan antibakteria mampu mengelakkan seseorang mengalami kegatalan akibat jangkitan bakteria. Badan akan menjadi lebih segar dan fikiran tidak mudah terfokus untuk menggaru. 


Cara Hilangkan Parut Chicken Pox Yang Lama Menggunakan Produk Shaklee


Shaklee mempunyai rangkaian produk yang baik untuk kesihatan kulit termasuklah untuk masalah parut Chicken Pox yang lama. Antara produknya adalah :

1. Vita E Complex

Ia mengandungi kandungan vitamin E yang kaya dengan antioksida dan bertindak sebagai agen yang membantu mengurangkan kesan parut. Selain dimakan, vitamin E Shaklee yang dalam bentuk kapsul ini boleh juga dipecahkan dan disapu pada bahagian parut untuk kesan yang lebih cepat. Lebih kerap vitamin E disapu pada parut, lebih cepat kesan parut akan hilang.

2. Energizing Soy Protein (ESP)

Protein soya dari ESP boleh membantu memperbaiki tisu-tisu kulit dan menggantikannya dengan tisu kulit yang baru. Ini akan membantu kulit yang penuh parut diganti dengan kulit baru yang lebih cerah, cantik dan sihat. Perlu diingatkan agar parut mengambila masa juga untuk sembuh sepenuhnya. Jadi, penggunaannya secara kerap dan konsisten sangat membantu untuk parut pulih dengan lebih cepat. 

3. Sustained Release Vita C Plus

Ia mengandungi kandungan vitamin C yang bersifat antioksida dan membantu kulit menghasilkan kolagen. Vitamin C menyekat penghasilan pigmen oleh kulit dan ini akan menyebabkan kulit menjadi lebih cerah.  

4. Herbal cream

Krim ini mengandungi ekstrak sage, horse chestnut, yarrow dan rosemary. Sifatnya yang dingin dan bermentol memberikan fungsi menghilangkan kegatalan pada kulit penyebab parut menjadi semakin parah. Sage merangsang pembaharuan sel kulit dan bersifat antiseptik untuk mengelakkan kehadiran bakteria. Kandungan horse chestnut di dalamnya juga membantu mengurangkan kesan parut chicken pox.


Saksikan Bagaimana Shaklee Membantu Pengguna Ini Menghilangkan Kesan Chicken Pox





Sekiranya masalah parut akibat chicken pox masih lagi merisaukan anda, jangan hanya biarkan. Bertindaklah segera..

Hubungi saya, Bazilah di 012-6830069 untuk maklumat lanjut.