Cabaran Menjadi Usahawan Berjaya Dan Cara Mengatasinya


Setiap perkara dalam hidup tentu ada cabarannya sendiri. Hatta duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa sahaja pun ada cabaran untuk menghadapi kebosanan, apa kan lagi seorang usahawan yang ingin berjaya. Lebih membimbangkan, sekiranya usahawan itu terpaksa menanggung kesusahan sendirian tanpa bantuan. Jangan jadi seperti saudara di dalam video ini. Mari kita saksikan belenggu yang melanda saudara ini akibat terperangkap dengan beban perniagaannya sebelum ini. 






Cabaran  Menjadi Usahawan Berjaya Dan Cara Mengatasinya

1. Tiada matlamat perniagaan

Cabaran atau masalah utama seorang ahli perniagaan yang ingin menjadi usahawan berjaya adalah tidak mempunyai matlamat atau target yang jelas ke mana ingin membawa perniagaan mereka. Ibarat seorang pemandu kereta yang tidak tahu ke mana destinasi yang ingin di tuju, maka dia hanya memandu ke mana-mana sahaja. Silap haribulan, boleh berlaku kemalangan pula. Maka, mulai sekarang, set kan matlamat dan target masing-masing dalam perniagaan ini.


2, Tiada perancangan yang jitu

Sekiranya seorang usahawan sudah mempunyai target yang jelas dalam perniagaannya, cabaran kedua adalah apabila dia tidak membuat perancangan yang teliti untuk mencapai matlamat tersebut. Ingat pepatah Inggeris, "If you fail to plan, you plan to fail". Jadi, perancangan yang sangat teliti perlu dibuat oleh setiap usahawan yang ingin berjaya dan perlu sentiasa menyemak sama ada adakah tindakan yang dilakukan selari dengan perancangan dan matlamat perniagaan.


3. Tiada ilmu perniagaan 

Kata-kata tuntutlah ilmu hingga ke negara China sangat bertepatan walau di dalam perniagaan. Sentiasa perbaharui ilmu mengenai perniagaan dan janganlah menganggap diri sudah cukup ilmu. Sentiasa mencari melalui pelbagai medium yang ada. Ilmu perniaagaan ini termasuklah ilmu pemasaran, ilmu tentang produk mahupun ilmu rohani. Semuanya penting bagi memastikan seseorang menjadi usahawan yang berjaya. Maka, jangan pernah jemu untuk mencari ilmu baru, mahupun memperbaharui ilmu yang pernah tahu. Walaupun kita merasakan ilmu tersebut seperti sudah kita tahu, namun mungkin kita ditakdirkan untuk mendapat kembali ilmu tersebut kerana kita belum betul-betul mengamalkannya. 


4. Tiada motivasi dan bimbingan

Setiap seorang dari kita tidak boleh hidup bersendirian, apakan lagi seorang usahawan. Rakan yang ramai bukan sahaja penting untuk kita meluaskan empayar perniagaan, malah penting sebagai sistem sokongan terutamanya apabila kita di landa masalah. Carilah seberapa ramai kenalan, terutamanya yang positif dan berjaya, kerana anda akan terdorong untuk ke arah itu juga. 


5. Takutkan persaingan

Setiap usahawan perlu cakna bahawa persaingan yang sihat adalah perlu untuk kita lebih perbaiki diri memberi yang lebih baik dan berusaha dengan lebih keras untuk menghadapinya. Tetapi, jangan sehingga memudaratkan pesaing kita, kerana setiap usahawan itu ada rezekinya sendiri yang telah ditetapkan. Yakin dengan perkara ini. Sentiasa positif bahawa pesaing kita wujud untuk kita menjadi lebih baik. 



Apa yang saya buat untuk menghadapi cabaran-cabaran ini?


Sebagai seorang usahawan Shaklee, saya diajar untuk meletakkan matlamat dalam perniagaan Shaklee saya. Kenapa saya memilih untuk mengusahakan perniagaan Shaklee ini? Saya selalu diingatkan akan perkara ini dan ia sangat membantu untuk memastikan saya sentiasa berada pada landasan yang betul. 

Seterusnya, saya diajar untuk membuat garis masa (timeline) bila saya akan mencapai matlamat tersebut. Ini sangat membantu melorongkan perbuatan saya selari dengan matlamat itu. Ia juga membantu saya merancang apa yang perlu dilakukan untuk mencapainya. 

Di dalam kumpulan, kami sentiasa diajar dengan ilmu-ilmu baru dan diingatkan dengan ilmu lama untuk lebih memperbaiki diri. Ilmu ini bukan hanya berkaitan perniagaan dan produk, malah juga ilmu rohani dan sokongan motivasi. Walaupun saya banyak mendapat ilmu ini melalui atas talian (online), namun pihak Shaklee sendiri ada menyediakan ceramah-ceramah dan program di cawangan-cawangannya untuk ahlinya mendapatkan ilmu sambil beramah mesra.

Dengan selalu berhubung dengan rakan-rakan seperjuangan seperti ini, saya mendapat motivasi, sokongan dan bimbingan yang berterusan. Sudah tentu ada ketikanya saya merasa lemah dan seperti sudah patah semangat. Tetapi apabila sentiasa mendapat sokongan, masalah itu dapat ditangani. Mereka adalah sebenarnya pesaing saya, tetapi mereka juga banyak memberikan panduan dan bimbingan. Persaingan secara sihat inilah yang perlu kita amalkan agar kita sama-sama dapat menjadi usahawan yang berjaya.  

Saya simpati dengan mereka yang ditakdirkan mendapat musibah daripada perniagaan yang diusahakan. Namun, percayalah bahawa gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya. 

Sekiranya anda ingin agar saya membimbing anda dalam perusahaan yang saya usahakan sekarang, jangan ragu-ragu untuk menghubungi saya. Saya tidak menjanjikan bulan bintang, tetapi saya yakin jika anda berusaha sehabis baik, insyaAllah kejayaan itu pasti di tangan anda!

Selamat Menuju Kejayaan!

Bazilah
012-6830069
ID : 1251677