Benarkah Gigi Patah Masa Mengandung? Ketahui Punca Dan Cara Atasinya

Tahukah anda, setiap ibu hamil berisiko kehilangan giginya? Gigi boleh patah setiap kali mengandung kerana kalsium penting untuk perkembangan bayi, terutamanya untuk pertumbuhan tulang dan gigi bayi. Dari mana bayi nak dapatkan kalsium? Tentunya dari ibunya. Ibu yang tidak mendapatkan keperluan kalsium yang mencukupi semasa hamil menyebabkan gigi menjadi mudah rosak dan berkemungkinan patah. Jadi di sini, akan saya kongsikan cara menghilangkan sakit gigi dan mengelakkannya dari patah ketika mengandung. 


https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=8954216173569133707#editor/target=post;postID=1513411358061460752
Mahukah gigi anda seperti ini? [kredit]

Punca Kerosakan Gigi


Sebelum itu, eloklah kita ketahui apa lagi yang mempengaruhi kerosakan gigi sehingga menyebabkannya berisiko untuk patah.

1. Perubahan hormon.

Ketika hamil, perubahan paras hormon boleh mempengaruhi emosi, tabiat dan kesihatan ibu. Morning sickness pada awal trimester seperti rasa loya dan muntah-muntah boleh sebabkan pembersihan gigi kurang berkesan apabila plak (selaput bakteria) melekat pada permukaan gigi. 

2. Abaikan kesihatan gigi

Gigi ibu lebih cenderung untuk rosak apabila ibu mengabaikan kesihatan gigi seperti menggosok gigi dan menjaga kesihatan mulut. Gigi dan mulut yang tidak dibersihkan dengan baik menyebabkan plak masih terlekat pada gigi, dan semakin banyak plak, semakin tinggi risiko untuk gigi yang lain juga rosak.


3. Tidak menjaga pemakanan

Pemilihan makanan semasa mengandung juga sangat mempengaruhi tahap kesihatan gigi ibu. Terlalu kerap makan makanan yang manis apabila dikatakan mengidam sebenarnya boleh mengundang bahaya sekiranya tidak dikawal dengan baik. Contohnya, apabila si ibu 'mengidam' untuk makan coklat atau manisan. Selain mengundang masalah kencing manis semasa kehamilan, gigi juga boleh sakit, rosak dan mudah patah.

Selain itu, kurangnya pengambilan susu dan sumber kalsium juga menyebabkan gigi menjadi kurang padat dan mudah patah. 


Kesan Buruk Tidak Menjaga Gigi Semasa Hamil


1) Menjejaskan kesihatan anak

Apabila sakit gigi, ibu cenderung untuk lebih memilih makanan tertentu yang mungkin kurang khasiat nutriennya berbanding keperluan harian ibu Akibatnya, anak yang dilahirkan juga berisiko untuk mendapat kurang berat badan dan tidak cukup bulan. 

Masa yang amat genting untuk si ibu meningkatkan pengambilan makanan untuk kesihatan gigi adalah bermula dari minggu ke-5 kerana gigi anak terbentuk seawal minggu kelima kehamilan. 

2) Karies gigi

Antara tanda karies gigi adalah gigi berubah warna, gigi berlubang, kesakitan atau rasa ngilu, sukar mengunyah makanan, makanan melekat di celah-celah atau di dalam gigi dan nafas berbau. 

3) Penyakit gusi

Antara tanda awal penyakit gusi adalah gusi kelihatan merah dan bengkak, gusi mudah berdarah apabila memberus gigi atau tersentuh, dan nafas berbau. Pregnancy gingivitis ini juga berlaku disebabkan perubahan hormon. Akibatnya, gigi menjadi sakit dan sukar untuk makan.


Cara Atasi Masalah Gigi Ketika Mengandung


Kesihatan pergigian ibu hamil boleh dikekalkan sekiranya para ibu mengamalkan perkara berikut :

1. Menjaga kebersihan mulut.

- Berus gigi setiap hari minimum dua kali terutamanya selepas makan dan sebelum tidur.

- Gunakan ubat gigi berfluorida untuk menguatkan gigi dan mengelakkan kerosakan.

- Tidak berkongsi berus gigi kerana penyakit juga boleh berjangkit melalui bulu berus gigi yang tercemar.

- Gunakan flos untuk mengeluarkan sisa makanan dan plak di celah-celah gigi setiap hari terutamanya sebelum tidur.

2. Mendapatkan pemeriksaan pergigian di klinik

- Pemeriksaan dan rawatan asas untuk ibu mengandung adalah percuma di klinik-klinik pergigian kerajaan dengan membawa kad atau rekod pemeriksaan kesihatan kehamilan. Jadi, ibu bolehlah mendapatkannya di sana.

- Selain itu, ibu boleh juga mendapatkan nasihat dan rawatan pergigian di klinik swasta.

- Pemeriksaan ini amat perlu bagi mengelakkan keadaan gigi menjadi lebih teruk lagi, kerana semua ibu yang mengandung mempunyai risiko kehilangan gigi ini.

3. Makan secara sihat

- Semasa mengandung, ibu sering mengidam pelbagai jenis makanan dan kerap mengunyah. Oleh itu, ibu perlu ambil makanan yang seimbang dan bijak memilih makanan yang kurang gula. Perbanyakkan makan makanan bersumberkan kalsium seperti susu dan kacang soya bagi menguatkan gigi.

4. Ambil supplemen Ibu Hamil Shaklee

- Di dalam Set Mengandung Shaklee, terdapat lengkap segala nutrien yang diperlukan oleh ibu hamil. Tetapi di sini, saya hanya akan kongsikan supplemen Shaklee yang baik untuk kesihatan gigi sahaja iaitu Vitalea, ESP dan Ostemarix.

Vitalea
Ia merupakan multivitamin yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh seseorang, terutamanya ibu hamil. Ia juga mengandungi kalsium dan vitamin D untuk kesihatan gigi.

ESP
Ia merupakan sumber protein yang rendah kandungan glisemik index (GI), bermaksud glukos dan tenaga ditukarkan secara perlahan-lahan. Ia membuatkan ibu lambat lapar dan boleh mengelakkan ibu mengambil makanan yang manis yang boleh merosakkan gigi. Selain itu, ia  juga mempunyai sumber kalsium yang bagus untuk kesihatan gigi. Lebih baik lagi, riboflavin di dalamnya mengelakkan si ibu dari mengalami loya dan muntah-muntah, lantas menggalakkan ibu lebih menjaga kesihatan gigi.

Ostematrix
Ia mengandungi sumber kalsium yang paling tinggi di antara produk-produk Shaklee yang lain. Sebiji tablet  Ostematrix mengandungi 250mg kalsium. Di samping itu, ia mengandungi kalsium dan magnesium yang membantu badan menyerap kalsium dengan lebih baik, lantas menguatkan gigi dan mengelakkan gigi daripada rosak.


Ikuti pula testimoni pengguna Shaklee ketika hamil ini..






Yakinlah, yang kesihatan anak yang dilahirkan berkait rapat dengan kesihatan ibu semasa mengandung. Pemakanan dan penjagaan perlu diberi perhatian yang lebih, meliputi penjagaaan kesihatan pergigian yang baik dan pengambilan supplemen penguat gigi. Jangan sangka perkara sekecil ini tidak penting, kerana hanya dengan tidak mengendahkan kesihatan gigi juga boleh memudaratkan bayi.

Maka, apa yang anda boleh lakukan?

Tempah supplemen anda sekarang!
Anda mampu selamatkan gigi dan bayi anda!


Boleh hubungi saya, Bazilah di :

WhatsApp/Call/SMS : 012-6830069
Instagram : towardsqualitylife
Fb Page : Towards Quality Life
Blog : towardsqualitylife.blogspot.com