Atasi Gastrik Secara Semulajadi

7:53 AM 0 Comments A+ a-

Gastrik adalah gejala yang menyebabkan perut kita tidak selesa dan sakit. Ia terjadi kesan daripada limpahan asid penghadaman yang berlebihan di dalam perut. Mereka yang mengalaminya tentu tahu betapa sakitnya rasa sakit perut akibat gastrik. Terdapat pelbagai rawatan di luar sana untuk merawat gastrik, tetapi saya ingin berkongsikan cara yang semulajadi untuk mengatasi gastrik menggunakan supplemen Shaklee.

[kredit]


Sebelum itu, eloklah kita kenal dahulu tanda-tanda atau simptom-simptom gastrik, iaitu :

1) Sakit pada uluhati
2) Rasa mual, loya dan ingin muntah
3) Perut berangin dan berbunyi-bunyi
4) Kerap sendawa
5) Kerap buang angin

Itu adalah simptom awal pesakit gastrik. Bagi mereka yang mempunyai gastrik pada tahap yang lebih kronik, tanda-tandanya adalah seperti :

1. Najis berwarna hitam
2. Muntah berdarah

Awas sekiranya anda berada di tahap ini, kerana ia boleh menyebabkan ulser yang berdarah, dan boleh menyebabkan seseorang mengalami anemia sehingga pengsan akibat kehilangan darah. 


Apakah yang menyebabkan gastrik? 
Antara puncanya adalah :

1. Tabiat pemakanan yang tidak sihat.
2. Gemar melambatkan waktu makan 
3. Tidak mengambil sarapan pagi
4. Gemar makan makanan yang pedas
5. Gemar makan makanan yang masam dan berasid. Ini akan lebih menggalakkan aktiviti asid HCl.
6. Makan ubatan yang boleh menghakis dinding usus, termasuklah ubat tradisional yang tidak diketahui kandungan sebenarnya
7. Stress, kerana ia boleh menyebabkan aktiviti asid hidroklorik di dalam usus menjadi aktif.
8. Jangkitan kuman
9. Faktor genetik

Untuk mengatasi gastrik secara semulajadi, saya menyarankan agar anda mengambil Set Gastrik Shaklee bagi memenuhi keperluan nutrien badan anda.

Bagaimana Set Gastrik Shaklee dapat membantu pesakit gastrik?


1. ESP

Kandungan Glisemik Indeks (GI) yang rendah pada ESP boleh membantu pesakit gastrik merasa kenyang lebih lama kerana makanan ditukarkan kepada glukos dan tenaga secara perlahan-lahan. Ia juga mempunyai kandungan kalsium yang bersifat alkali dan boleh meneutralkan asid di dalam perut. Di samping itu, bekalan protein  dari ESP sangat penting bagi membaiki tisu-tisu usus yang telah rosak


2. Ostematrix

Ostematrix membekalkan sumber kalsium yang dapat meneutralkan keasidan perut. Kandungan vitamin D dan magnesium di dalam Ostematrix juga membantu kalsium diserap dengan optimum oleh badan. Oleh itu, pesakit gastrik akan kurang berasa sakit atau tidak berasa sakit lagi.


3. B Complex

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, antara punca gastrik adalah stress. Pengambilan B Complex boleh membantu menghilangkan stress dan mengurangkan rasa sakit. 


4. Peppermint Ginger Plus

Manfaat utamanya adalah mengeluarkan atau 'memecahkan angin' yang terdapat di dalam perut. Dengan itu, rasa sebu dapat dikurangkan dan memberikan rasa yang lebih selesa kepada pesakit gastrik. Selain itu, Peppermint ginger plus bertindak dalam menghilangkan rasa loya, mual dan ingin muntah. 

Dapat memberi rasa selesa kerana dia dapat membantu menghilangkan rasa sebu dan 'memecah angin' yang terperangkap dalam perut. Juga dapat menghilangkan rasa mual dan loya dengan segera.


Testimoni pengguna Shaklee untuk masalah gastrik






Jangan biarkan sakit gastrik berlarutan hingga ke tahap yang lebih membahayakan. Bertindak segera sebelum terlambat..


Boleh hubungi saya, Bazilah di :

WhatsApp/Call/SMS : 012-6830069

Instagram : towardsqualitylife

Fb Page : Towards Quality Life

Blog : towardsqualitylife.blogspot.com