Rahsia Penyusuan Yang Berjaya

Setiap ibu hamil tentu ingin menyusukan anak sendiri setelah bayi lahir. Untuk memastikan sesi penyusuan anak berjaya sehingga 2 tahun, suami atau bapa bayi juga memainkan peranan yang sangat penting. Pengambilan makanan tambahan atau suplemen seperti set menyusu Shaklee tidak dinafikan kepentingannya bagi menjayakan matlamat ini. Sebelum berkongsi dengan lebih lanjut mengenai penyusuan, eloklah kita ketahui apakah rahsia di sebalik penyusuan yang berjaya.

Rahsia Penyusuan Yang Berjaya
1. Berkemahuan dan berkeyakinan untuk menyusui bayi anda:
Sekiranya kita merasa ragu, malu, resah atau cemas, pengeluaran 'oxitosin' boleh terhalang dan ini akan menghalang pengeluaran susu ibu.
2. Memulakan penyusuan secepat mungkin.
Reflex 'rooting' dan sucking (menghisap) bayi lebih kuat dalam masa 1 jam pertama selepas kelahiran. Ini akan merangsang pengeluaran prolaktin dan oxitosin yang menyebabkan pembentukan dan pengeluaran kolesterol. Pengeluargan oxitosin semasa hisapan akan mengecutkan rahim dengan cepat dan ini mengurangkan kejadian pendarahan.
3. Bersama bayi setiap masa (24 jam) "Rooming in"
Kenapa penting ?
Dalam 3 hari pertama, kolestrum akan dikeluarkan. Jumlah kolestrum yang dihasilkan adalah sedikit (20-30 ml) setiap susuan. Tetapi jangan bimbang kerana ia mencukupi untuk keperluan bayi puan. Ia sangat kaya dengan zat makanan dan antibodi.
Dalam tempoh ini, bayi perlu menghisap susu puan sekerap mungkin dan bila-bila masa ia menghendaki  serta selama mana bayi puan mahu. Sekiranya bayi tidur terlalu lama, kejutkan dan susui. Pastikan bayi puan melekap dengan betul dan menyusu di waktu malam. Bayi dan puan akan cepat mengenalpasti kedudukan yang paling selesa (posisi yang baik).
4. Demand feeding. Kolestrum berubah kepada susu matang selepas dua minggu kelahiran. Susu ibu matang berubah dari masa ke semasa dari hari ke hari dan dari satu susuan ke satu susuan. Bayi yang diberi susu ibu mengikut kemahuan (demand feeding) tidak memerlukan sebarang minuman lain walaupun air bagi 6 bulan pertama. Semakin kerap bayi menyusu, semakin bertambah penghasilan susu. Puan juga perlu menyusukan bayi puan pada bila-bila masa terasa penuh untuk mengelakkan bengkak buah dada.
5. Teknik terbaik penyusuan susu. Menyusui bayi sambil duduk atau berbaring adalah pilihan puan. Syarat penting, puan dan bayi pun selesa.
5.1 Bagi memastikan bayi selesa kedudukan bayi mestilah:

- Bayi tenang tidak menangis
- Badan bayi mengadap rapat pada ibu.
- Perut bayi bertemu perut ibu.
- Kepala, leher dan belakang bayi dalam keadaan lurus.
- Muka bayi berhadapan buah dada ibu.
- Punggung bayi diampu.
5.2 Pelekapan yang berkesan; tanda-tandanya.

- Mulut bayi terbuka luas.
- Dagu bayi menyentuh buah dada.
- Bibir bawah bayi dijulurkan keluar.
- Bayi menghisap, berhenti dan menghisap lagi dengan dalam dan perlahan.
- Ibu mungkin mendengar bayi menelan.
5.3 Sekiranya bayi tidak melekap dengan betul.

- Ibu merasa sakit puting semasa dan selepas menyusu.
-  Buah dada ibu mungkin bengkak kerana susu tidak dikeluarkan secukupnya. 
6. Bagaimana cara meningkatkan penghasilan susu:
-  Bayi perlu melekap dengan betul.
- Tidak memberi puting tiruan atau botol susu.
- Tidak memberi apa jua minuman atau makanan selain dari susu ibu sebelum bayi berumur 6 bulan.
- Beri bayi menyusu sekerap yang bayi mahu (demand feeding).
- Beri bayi menyusu sebanyak yang bayi mahu.
-  Beri bayi menyusu di waktu malam
- SUPPLEMENT SHAKLEE YANG DISARANKAN: Set Berpantang & Penyusuan/ Set Post-Natal Shaklee (Vitalea, Bcomplex, Vitamin C, Ostematrix, ESP, Alfalfa & Omega)

Punca dan Sebab Susu Merudum. Apa yang Perlu Dilakukan?


Ada beberapa sebab yang menjadikan susu kita mula kurang atau merudum. Antaranya ialah :

- Haid
- Pengambilan pil perancang (ibu menyusu hanya boleh ambil Noriday sahaja)
- Stress
- Puasa
- Sakit
- Mengandung
- Kurang minum air masak tetapi kuat minum ais dan berkafein
- Letih dan kurang tidur
- Anak dah mula meningkat usia (hampir 2 tahun)
Sekiranya senarai di atas memang ada dengan anda, so apa yang perlu anda lakukan?
1) POWER PUMPING
Power pumping adalah salah satu kaedah sangat membantu untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu ibu dengan meniru gaya ‘cluster feeder’ di kalangan bayi menyusu. Boleh buat dalam 2 atau 3 kali sehari, InsyaAllah.
Cara membuat power pumping ialah: (dalam masa 1 jam)
(double pumping)
10 minit pam, 10 minit rehat,
10 minit pam, 10 minit rehat
(single pumping)
5 minit pam kanan, 5 minit pam kiri, 5 minit rehat
5 minit pam kanan, 5 minit pam kiri, 5 minit rehat
2) KERAPKAN PAM DI WAKTU MALAM
Hormon prolaktin meningkat secara natural pada waktu malam. Jadi anda digalakkan untuk mengepam pada waktu malam agar penghasilan susu dapat dihasilkan dengan lebih banyak.
3) KERAPKAN LAGI SESI MENGEPAM DI PEJABAT / RUMAH
Kalau sebelum ni hanya 2 kali sahaja pam di pejabat, cuba lebihkan menjadi 3 kali pula. Jangan biar susu "tinggal lama" dalam payudara. Ini kerana susu mengandungi FIL – feedback inhibitor of lactation (faktor menghalang penyusuan).
- Bila payudara dipenuhi susu, FIL akan memperlahankan pengeluaran susu.
- Bila payudara kosong, FIL berkurangan – penghasilan susu lebih cepat.
So jangan biar lama - lama atau biar betul - betul bengkak baru nak pam. Kesimpulannya bila payudara kosong, maka lebih cepatlah susu dapat dihasilkan.
4) PAM DENGAN LEBIH LAMA
Kalau biasa pam 10 minit, cuba tambah lagi 10 minit. Mungkin dalam tempoh mengepam yang extra tu boleh dapat letdown berkali-kali. Biar je corong pam tersebut berada di payudara walaupun susu masih belum keluar. Nanti bila "letdown sudah datang" jeng..jeng..banyaklah susu tu akan keluar.
5) RANSANG PUTING PAYUDARA
Sebelum pam, cuba anda sentuh puting selama 5 minit. Bila susu dah mula nak keluar baru letakkan corong pam. Sambil - sambil tu anda juga boleh mengurut payudara iaitu dengan cara dari dada ke puting, cuba bayangkan anda menolak susu tu keluar. Kadang - kadang minda bawah sedar sangatlah powerful InsyaAllah.
6) AMBIL MAKANAN BERKHASIAT
Untuk membantu bagi meningkatkan lagi penghasilan susu ibu, anda bolehlah mengambil apa - apa milk booster atau galactagogue sebagai conton makanan yang tinggi protin, serat dan kalsium.

Cadangan Set Menyusu Shaklee :



Fungsi Setiap Supplemen dalam Set Menyusu Shaklee secara ringkas :


ESP : Merupakan protin yang boleh dibancuh sebagai minuman yang membantu memberi tenaga untuk ibu. ESP juga membantu menggalakkan penghasilan susu ibu dengan lebih cepat dan berkualiti. Kebanyakkan pengguna menyatakan dengan pengambilan ESP, susu mereka lebih cepat terhasil untuk sesi berikutnya.

Ostematrix : Merupakan kalsium yang dapat melengkapkan keperluan buat ibu dan bayi. Kalsium membantu mengurangkan sakit pinggang dan membantu ibu mendapat rehat yang lebih baik walaupun kurang tidur.

Vitalea : Multivitamin yang membantu menampung kekurangan nutrisi dalam diet harian ibu yang bekerja atau masih berpantang yang semakin sibuk. Keperluan nutrisi sangat penting untuk penghasilan susu ibu yang bernutrisi tinggi yang kaya anti bodi.

B Complex : Lengkap dengan asid folik dan kesemua vitamin B membantu menukarkan makanan kepada tenaga. Ibu juga menjadi lebih fokus dan tenang kerana vitamin B membantu mengawal stress dan mengelak kemurungan.

Vitamin C : Membantu menguatkan antibodi ibu dan khasiatnya turut dikongsi dengan bayi. Membantu menyokong kesihatan tulang, gigi dan gusi yang sihat.

Alfalfa : Merupakan galactagogue atau herba penggalak susu ibu a.k.a milk booster. Alfalfa juga membantu masalah keputihan ibu dan mengurangkan angin dalam badan.


Mari kita tengok pula testimoni pengguna Set Menyusu Shaklee..






Ramai yang telah merasai kesan positif selepas mengamalkan set menyusu Shaklee ini. Pelaburan hari ini menentukan kejayaan hari esok. Dapatkannya sekarang!

Hubungi saya,
012-6830069
Bazilah