Bantu Anak Hiperaktif dengan Omega Guard Shaklee

Anak korang aktif tak? Kalau aktif baguslah.. Tapi kalau terlebih aktif, susah jugak kan? Tau tak, ada satu 'penyakit' anak2 yang hiperaktif ni yang dipanggil Attention Deficit Hyperactivity Disorder, atau singkatannya ADHD. ADHD ni sebenarnya gangguan yang biasa ditemui di kalangan kanak-kanak dan boleh berterusan sehingga usia remaja dan dewasa. Kanak-kanak yang mempunyai gejala ADHD biasanya sukar untuk memberi perhatian, bersifat terlampau aktif (hiperaktif) dan sukar mengawal tingkah laku.


Mengikut satu kajian yang dijalankan ke atas kanak-kanak di Malaysia yang berumur antara 5-15 tahun, seramai 4.3 peratus dari golongan tersebut mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebiasaannya, kanak-kanak lelaki lebih berisiko untuk mengalami simptom ADHD berbanding kanak-kanak perempuan. 


Punca kanak-kanak tersebut mendapat ADHD tidak diketahui, tetapi ia dikaitkan dengan :

Penyakit ini bukanlah berpunca daripada pemakanan, pengambilan gula berlebihan, alahan atau terpengaruh dengan televisyen.


Gejala utama ADHD

1. Hiperaktif, dan boleh kelihatan seperti :

- tidak duduk diam dan lasak di kerusi
- tak henti-henti bercakap
- suka berlari ke sana-sini
- tidak boleh duduk tetap semasa makan
- sentiasa bergerak
- sukar membuat tugasan dalam keadaan senyap
- menyentuh atau bermain apa sahaja benda yang dapat dicapai


2. Tiada tumpuan. Gejala ini biasanya terlepas pandang dan paling sukar untuk dikesan. Ciri-cirinya :

- sukar memberi perhatian atau menyusun atur atau menyiapkan tugas atau mempelajari perkara baru
- mudah hilang fokus, terlepas perincian, lupa tentang sesuatu perkara dan kerap bertukar-tukar aktiviti
- sukar fokus pada sesuatu perkara melainkan perkara yang dinikmati
- cepat bosan dengan satu tugasan hanya selepas beberapa minit
- sering kehilangan benda yang perlu untuk menyiapkan atau menghantar kerja sekolah
- sukar memproses maklumat sepantas kanak-kanak lain dan payah menurut arahan
- selalu berangan, mudah keliru dan bergerak lambat-lambat
- mengalami masalah menyiapkan atau menhantar kerja sekolah
- tidak memberi perhatian ketika kita bercakap dengannya


3. Impulsif. Iaitu sifat keburuan yang mempunyai ciri-ciri seperti :

- menjawab soalan dengan gelojoh
- sangat tidak sabar
- komen tidak sopan
- menunjukkan emosi tanpa tapisan
- sukar menunggu perkara yang dihajati
- sering menyampuk perbualan atau aktiviti lain
- melakukan sebarang tindakan tanpa memikirkan akibat


Dalam kebanyakan kes, rawatan ADHD melibatkan kombinasi beberapa ubat yang bertindak mengawal simptom dan perilaku terapi.

Bagaimana Omega Guard boleh membantu pesakit ADHD ini?


Omegaguard membekalkan asid lemak Omega 3 yang sangat banyak didapati di membran sel otak kita.

Seperti yang dinyatakan di atas, ADHD boleh jadi disebabkan oleh ketidakseimbangan bahan kimia dalam otak. Kekurangan dopamine, iaitu sejenis neurotransmitter yang bertanggungjawab menghantar isyarat antara sel saraf otak dikatakan punca kepada gejala ADHD. Dopamine ialah bahan kimia otak yang mempunyai hubung kait yang kuat dengan gejala ADHD.

Dopamine memberi kesan kepada keupayaan kita untuk:
-     fokus
-     memberi perhatian
-     bermotivasi
- menurut arahan dan menjalankan tugasan

Apabila dopamine tak cukup dalam otak, maka seseorang itu cenderung untuk mengalami gejala ADHD.

Jadi, cara terbaik untuk mengurangkan gejala ADHD adalah dengan meningkatkan paras dopamine dalam otak.


Terdapat banyak cara untuk meningkatkan paras dopamine dalam otak, dan salah satunya adalah dengan pengambilan lemak Omega 3.

Ini antara kajian yang menyokong kesan pengambilan suplemen Omega 3 ke atas pesakit ADHD :

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/25790022

Dalam kajian ni, sekumpulan kanak-kanak lelaki, dengan masalah ADHD dan tidak mempunyai ADHD yang berusia antara 8-14 tahun, diberikan sama ada placebo atau 10 gram marjerin (mengandungi 650mg DHA/EPA) selama 16 minggu.

Hasil dari kajian ini mendapati, kanak-kanak lelaki yang mengambil supplemen Omega 3 menunjukkan pengurangan dalam gejala ADHD. Menurut kajian itu, peningkatan dalam tumpuan dilihat pada kedua-dua kanak-kanak dengan ADHD dan tanpa ADHD, tetapi kesannya adalah yang paling ketara pada kanak-kanak yang mempunyai masalah ADHD.


Sekarang, kita tengok pula apa kata ibu kepada pengguna Omega Guard Shaklee, yang mengandungi kandungan Omega 3 yang tinggi..





Untuk maklumat lanjut, hubungi saya
012-6830069
Bazilah
Pengedar Shaklee Banting