Peluang Business Online Dengan Modal Yang Rendah

Dalam keadaan kegawatan ekonomi sekarang ini, tentu ramai yang sedang mencari pendapatan sampingan yang mampu menjamin masa depan kita. Sebagai orang Islam, kita percaya bahawa 9/10 daripada punca rezeki adalah melalui perniagaan.

Tetapi, perniagaan bagaimana yang mampu menjemput rezeki yang melimpah ruah ini? Semestinya perniagaan yang bertepatan dengan syarak dan tidak membebankan orang lain. Kalau kita buat perkara yang betul, insyaAllah kita akan dapat keberkatannya dan rezeki yang berpanjangan.

Image result for money from computer

1. Business yang mudah, di mana-mana

 
    Kalau anda masih tercari-cari perniagaan yang mudah, hanya di hujung jari, business Shaklee nitentunya yang terbaik untuk anda. Mana tidaknya, anda boleh menjalankan perniagaan anda di mana-mana sahaja! Asalkan ada internet.. Hatta jika anda pergi ke luar negara sekalipun, perniagaan anda masih boleh on. Itu yang saya suka sangat dengan business Shaklee ni. Memang kena dengan jiwa saya sebagai suri rumah ni.

   Saya boleh menjaga sendiri anak-anak di rumah, dalam masa yang sama boleh menjana income. Anak-anak tidak terabai, kewangan pun stabil alhamdulillah. Saya tertarik sangat dengan kisah rakan business Shaklee saya yang lain. Ada yang tengah get ready nak bersalin pun masih boleh close order Shaklee. Dalam pantang pun business masih berjalan. Punyalah nak kata rezeki tu memang di mana-mana sahaja.. Tapi, business Shaklee ni bukan hanya untuk suri rumah sahaja. Ramai juga rakan-rakan saya yang masih bekerja tetap di luar dan dalam masa yang sama buat business Shaklee ni secara sampingan. Tiada paksaan. 

2. Patuh syariah


  Seperti yang saya kata sebelum ini bahawa kita perlu mencari rezeki yang halal, sudah tentu saya pilih Shaklee setelah mengkaji dahulu bagaimana sistemnya. Ia menggunakan sistem Multilevel Marketing (MLM) yang patuh syariah.

   Siapa yang usaha lebih, dia yang akan dapat lebih. Downline boleh sahaja berada di kedudukan yang lebih tinggi daripada uplinenya, jika dia usaha lebih. Tiada istilah upline boleh goyang kaki dan orang bawah sahaja yang bertungkus lumus buat kerja. Siapa yang mahu berjaya, usaha lebih, dia pasti akan dapat habuan setimpal dengan usahanya. Semua orang mempunyai peluang yang sama. Adil bukan? 

3. Modal yang rendah, untung tanpa had


   Kalau kita selalu dengar untuk masuk ke dalam alam perniagaan, kita perlukan modal yang besar untuk dapat untung yang besar. Ada yang sehingga perlu buat pinjaman di bank beribu-ribu.

   Tetapi, dalam business Shaklee, semua itu tidak perlu! Dengan hanya modal serendah RM68.90, anda sudah boleh memulakan perniagaan anda.. Dan, yang menariknya, anda berpeluang untuk mendapat keuntungan tanpa had, selagi anda berusaha betul-betul. 

4. Kelas marketing percuma


    Apa yang penting dalam business Shaklee adalah anda belajar cara marketing. Tapi, jangan risau kerana jika anda join Shaklee dengan saya, anda akan dimasukkan ke dalam support group secara percuma.. Di sini, anda akan diajar cara-cara marketing dan apa yang anda perlu lakukan dalam perniagaan anda.

  Setiap hari, akan ada tiga kali sesi perkongsian daripada leader-leader yang berpengalaman. Dari motivasi pagi, tips marketing hinggalah ke kelas produk di malam hari. Semuanya diajarkan secara online. Kalau rasa tak cukup lagi, ada juga pihak Shaklee sendiri anjurkan kelas-kelas offline di kawasan terpilih seluruh Malaysia. Tinggal terserah sahaja pada kita sama ada nak ambil peluang tersebut atau tidak. Memang tiada paksaan. 

5. Syarikat bertaraf antarabangsa


  Tambahan lagi, produk Shaklee telah dikenali ramai. Memang ramai orang di luar sana yang mencari Shaklee kerana produknya bermutu tinggi. Shaklee merupakan satu-satunya syarikat suplemen yang mempunyai Landmark Study. Shaklee bukan sahaja menjalankan ujian klinikal ke atas produk-produknya, malah amat menitikberatkan pemuliharaan alam sekitar.

   Pada tahun 2000, Shaklee menjadi syarikat pertama di dunia yang memperolehi pensijilan Climate Neutral dan mengimbangi sepenuhnya pembebasan karbon dioksida, di mana ia menghasilkan impak sifar bersih pada alam persekitaran. Jadi, Shaklee bukanlah calang-calang syarikat suplemen. Ia mendapat pengiktirafan antarabangsa. Ini yang membuatkan saya bertambah yakin dengan syarikat business saya ini!


Nak tahu apa lagi yang business Shaklee boleh bagi? Boleh baca lebih di sini.

Kalau nak baca kisah saya dengan Shaklee, boleh baca di sini.

Mari kita tengok pula apa kata rakan Shaklee ini..


Anda nak jadi seperti kami??

Boleh klik di sini untuk mendaftar :


Atau hubungi saya untuk maklumat lanjut :

012-6830069
Bazilah