Tips Untuk Kulit Glowing Semulajadi Dan Selamat

12:18 AM 0 Comments A+ a-

Kulit cantik glowing adalah idaman semua wanita, walaupun kadangkala hampir putus asa dengan masalah kulit yang dialami kerana telah mencuba pelbagai jenis produk dan teknik, tetapi masih belum berjaya mendapatkan kulit yang diidamkan. 


Nanti dahulu, anda mungkin berpeluang mendapatkan kulit yang glowing secara SEMULAJADI dan SELAMAT! Hanya ikuti tips yang saya kongsikan ini dan amalkan, insyaAllah berjaya.

Tips Untuk Kulit Glowing Semulajadi Dan Selamat


1. Minum air secukupnya.

Cuba dapatkan 6 - 8 gelas air sehari. Air akan membersihkan kulit dan menjadikannya lebih glowing kerana air bertindak menyingkirkan toksin dengan cepat. 

Caranya, bawalah botol air bersama sepanjang hari ke mana sahaja supaya anda akan terdorong untuk minum air. Selain air kosong, teh herba atau minuman lain tanpa gula juga boleh membantu untuk kekal hidrat.

2. Makan makanan yang sihat

Protein yang sihat dan buah-buahan dan sayur-sayuran berkhasiat boleh menjadikan kulit lebih glowing, terutamanya unsur-unsur ini : 
  • Omega 3 asid lemak - terdapat dalam ikan dan walnut ; sangat bagus untuk kesihatan kulit. 
  • Vitamin C - terdapat dalam buah citrus dan bayam ; membantu jerawat kecut dengan lebih cepat 
  • Makanan kaya serat - terdapat dalam sayuran segar, kekacang dan buah-buahan ; bantu kekalkan keseimbangan gastrointestinal dan kelihatan lebih ceria. Anda mungkin akan kelihatan lesu dan sakit jika sistem pencernaan tidak stabil dan ini menghalang kulit anda kelihatan glowing. 


3. Kurangkan makan gula dan garam.

Cuba untuk mengambil kurang daripada 45g gula setiap hari, dan hindari makanan yang terlalu masin. Muka akan kelihatan sedikit mengembung jika anda makan terlalu banyak garam.

4. Ambil vitamin

Jika anda bimbang tidak mendapat cukup vitamin dan mineral yang diperlukan, cubalah mengambil multivitamin, terutamanya vitamin untuk ibu hamil kerana ia sangat berkhasiat untuk kesihatan kulit dalam menjadikannya lebih glowing.

5. Bersenam

Kardio menjadikan kulit lebih glowing kerana ia merangsang aliran darah. Ia juga menyihatkan badan dan menjadikan anda lebih kuat.


Bagaimana Produk Shaklee Membantu Kulit Menjadi Lebih Glowing Semulajadi Dan Selamat?




Shaklee mempunyai rangkaian produk dari dalam yang membantu badan mendapatkan nutrisi yang terbaik, dan juga luaran bagi memastikan kulit menjadi glowing dengan lebih optimum secara semulajadi dan selamat.


A) Produk Dari Dalam

1. Shaklee Collagen Powder





Oleh kerana kekurangan kolagen dalam badan menjadikan kulit kelihatan lebih tua,  pengambilan Collagen Shaklee powder ini dapat membantu menambah kandungan kolagen dalam badan seterusnya memastikan kulit semakin glowing secara semulajadi. 

Diperbuat daripada khazanah alam semula jadi seperti ekstrak biji Camelia Japonica, Pfaffia, kekerang, kolagen ikan, Lactobacillus acidophilus, vitamin B dan C menjadikan Shaklee Collagen Powder lebih mudah diserap secara optimum oleh badan dan membantu melembapkan lagi kulit.

2. Vivix



Vivix yang kaya dengan polifenol merupakan antioksidan yang bertindak sehingga ke peringkat sellular DNA memperbaiki sel, menambah tenaga sel dan melambatkan penuaan sel. Baca dengan lebih lanjut mengenai khasiat vivix di sini.

Pengambilan vivix secara konsisten membantu menjadikan kulit lebih awet muda, lebih anjal dan lebih glowing. 

3. Sustained Release Vita C Plus




Mengandungi 500 mg kandungan vitamin C yang terkenal untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Vitamin C membantu mempercepatkan penghasilan kolagen dalam badan agar kulit lebih anjal dan glowing.


Formulasi sustained release pada Vita C Plus Shaklee ini memastikan vitamin C yang larut air dirembeskan secara perlahan-lahan secara optimum, sesuai dengan keperluan sistem badan. Apabila penyerapan yang optimum berlaku, kesan yang positif boleh didapati dengan lebih cepat.

4. Energizing Soy Protein (ESP)



ESP merupakan protein kacang soya yang bertindak membaiki tisu-tisu kulit yang rosak dan memperbaharuinya. Dengan itu, kulit kelihatan lebih glowing dan cantik.

Penggunaan keempat-empat produk untuk dalaman ini memastikan kulit lebih cantik dan glowing dalam masa yang singkat secara semulajadi.

B) Dari luar

Rangkaian Youth Skin Care



Istimewanya produk kecantikan kulit YOUTH ini berbanding lambakan produk di pasaran adalah ia mengambil masa selama 8 tahun untuk dikaji secara terperinci bagi memastikan ia betul-betul berkesan dengan cepat tetapi selamat. Ia sedang dalam usaha mendapatkan 8 paten, di mana tiada satu pun syarikat lain yang boleh membuat produk sepertinya.

Ia bebas 2500 bahan kimia berbahaya dan 1500 bahan cemar yang kebanyakannya terdapat dalam skincare produk lain. Tidak terdapat unsur haiwan di dalam produknya, bahkan 100% vegan dan bebas gluten.

100% ujian klinikal yang dijalankan mendapati ia berkesan menjadikan kulit lebih muda, malah 2/3 daripada mereka yang diuji mendapati kulit mereka 10 tahun kelihatan lebih muda. Ia juga kaya dengan nutrien anti penuaan yang berupaya menganjalkan kulit dan menghilangkan kedutan.

Kesimpulannya, penjagaan dalaman dan luaran amat penting bagi memastikan kulit sentiasa cantik dan glowing dengan cepat dan selamat. Yang paling penting adalah anda mendapatkan produk berkualiti tinggi yang terbukti benar-benar selamat, walaupun diambil dalam satu jangka masa yang panjang.

Hubungi saya segera untuk mendapatkan produk ini sekarang, atau ingin bertanya dengan lebih lanjut.

Bazilah
012-6830069
ID : 1251677