Set Penjagaan Kulit (Skincare) Bebas Paraben, Merkuri Dan 1500 Bahan Kimia Berbahaya

Tahun lepas negara kita digemparkan dengan senarai produk penjagaan kulit (skincare) yang berbahaya untuk kesihatan kerana mengandungi bahan kimia seperti merkuri, hyroquinone, trinition dan paraben. Bahan-bahan ini mungkin memberikan kesan pemutihan dan kelihatan cantik dengan cepat, namun sebenarnya menimbulkan pelbagai masalah di kemudian hari. 

 Youth skincare Shaklee

Jangan risau, anda yang mempunyai kulit wajah bermasalah masih ada harapan untuk memulihkan wajah dengan skincare yang bebas bahan kimia berbahaya dan dijamin selamat, semulajadi dan berkesan. Mana tidaknya, 8 tahun kajian dibuat untuk memastikan ia benar-benar selamat dan berkualiti sebelum dipasarkan. Bukan senang nak menghasilkannya. Sebelum saya pergi lebih lanjut, mari kita lihat kesan merkuri pada produk skincare kepadanya kesihatan kita.


Bahaya Merkuri Kepada Kesihatan


1. Boleh membawa maut

Selama berabad-abad, orang menggunakan kosmetik yang dicampur dengan merkuri untuk menghilangkan bintik-bintik dan kecacatan. Dalam Renaissance, sebagai contoh, logam cecair digunakan sebagai kulit muka untuk melicinkan parut parut kecil. "Masalahnya, pendedahan merkuri boleh menyebabkan masalah kesihatan yang boleh membawa maut," kata ketua penasihat perubatan terkemuka Marvin M. Lipman, MD. Pada tahun 1973, Pentadbiran Makanan dan Dadah mengharamkan kosmetik dengan lebih daripada satu jumlah logam: 1 bahagian per juta (ppm)

2. Penyakit usus dan buah pinggang

Pendedahan kepada merkuri boleh menyebabkan masalah usus dan kerosakan buah pinggang. "Merkuri juga boleh meresap ke otak dan menjejaskan sistem saraf pusat, termasuklah risiko gegaran, kehilangan ingatan, dan rasa lemah," kata Orly Avitzur, M.D., pakar perubatan neurologi.


3. Risiko kepada ibu hamil

"Kumpulan yang paling kita bimbang tentang pendedahan merkuri adalah wanita hamil," kata ahli toksik perubatan, Jeffrey Brent, M.D., Ph.D., seorang profesor perubatan klinikal di University of Colorado School of Medicine di Aurora. "Kami tahu bahawa janin jauh lebih sensitif terhadap merkuri berbanding orang dewasa, dan anda boleh mendapat kecederaan yang sangat teruk pada janin tanpa ibu menunjukkan apa-apa gejala sama sekali," kata Brent. Sebagai contoh, janin yang terdedah kepada merkuri boleh dilahirkan dengan pelbagai keabnormalan kongenital, termasuk kecacatan fizikal yang teruk, cerebral palsy, dan gangguan otak yang lain.

4. Meresap dalam kulit

Merkuri dalam kosmetik amat membimbangkan kerana kulit sangat berkesan menyerap bahan kimia, kata Lipman. Menurut kajian 2016 dalam Jurnal Kesihatan Kebersihan dan Alam Sekitar Antarabangsa, seorang dewasa boleh menyerap sehingga 450 mcg merkuri dari pemakaian produk yang mengandungi 10,000 ppm merkuri. Itulah 90 kali jumlah dalam stik ikan todak 4-oz Mediterranean. (Ketahui cara memilih ikan yang betul untuk mengurangkan pendedahan risiko merkuri.)

5. Meresap pada paru-paru

Berada dekat dengan krim yang tinggi merkuri atau sabun mungkin berbahaya, walaupun anda tidak menyapunya pada kulit anda. "Kajian menunjukkan bahawa produk yang mengandungi merkuri boleh mengeluarkan wap raksa yang boleh diserap melalui paru-paru," kata Michael Hansen, Ph.D., seorang saintis senior di Consumer Reports.


Adakah paraben berbahaya?


Paraben adalah pengawet kimia yang digunakan secara meluas dalam produk penjagaan diri, serta beberapa makanan dan farmaseutikal. Diperkenalkan pada tahun 1950-an, penggunaannya semakin berleluasa walaupun terdapat alternatif kerana paraben berkesan dan murah.

Kontroversi paraben bermula apabila kajian pada 2004 oleh Dr Philippa Darbre dari University of Reading menemui paraben dalam tumor kanser payudara. Walaupun ia tidak membuktikan bahawa paraben menyebabkan tumor, hubungan yang berpotensi antara keduanya membuka mata orang awam dan mencetuskan penyelidikan selanjutnya.

Kebimbangan utama adalah bahawa bahan kimia seperti paraben boleh mengganggu hormon badan, terutamanya hormon pembiakan. Risiko kesihatan mungkin termasuk gangguan perkembangan, masalah kesuburan dan kanser.

Penyelidikan menunjukkan bahawa paraben boleh menyerupai estrogen, dan estrogen boleh meningkatkan pertumbuhan sel-sel kanser payudara. Jadi, sesetengah saintis berpendapat bahawa paraben mungkin mempunyai risiko yang sama.

Walau bagaimanapun, tiada hubungan konklusif telah dijumpai dan ketidakpastian berlaku. Kajian sering dijalankan dalam sel kultur dan haiwan, jadi data mengenai kesan bahan kimia ini terhadap kesihatan manusia adalah terhad. Salah satu perkara yang menjadi persoalan ialah berapa banyak baru dianggap terlalu banyak? Kepekatan paraben dalam kosmetik adalah rendah, kurang daripada 1 peratus, tetapi sebenarnya tahap pendedahan yang menimbulkan risiko masih merupakan soalan yang tidak terjawab.

Kini, anda sudah tidak perlu risau untuk mencari produk skincare yang dijamin selamat, semulajadi dan berkesan. YOUTH jawapannya!

Keistimewaan Set Skincare Youth Shaklee

1. Kajian selama 8 tahun

Bukan senang nak hasilkan produk yang bermutu tinggi ini. 8 tahun diperlukan untuk menghasilkan rangkaian produk Youth ini bagi memastikan ia benar selamat dan berkesan. Produk lain ambil masa berapa lama untuk dihasilkan ye? Tambahan lagi, 8 paten sedang berusaha didapatkan menjadikan ia eksklusif hanya untuk Shaklee dan tiada syarikat lain yang boleh membuat produk seperti YOUTH.

2. Tanpa 2500 bahan kimia berbahaya

Siapa tak risau muka ditepek dengan macam-macam bahan kimia? Eh, ada je orang yang tak risau. Tapi kalau korang risau, YOUTH ni memang pilihan terbaik sebab confirm tak ada semua bahan kimia berbahaya ni. Shaklee dah jamin

3. 100% ujian klinikal membuktikan ia berkesan menjadikan kulit lebih muda.

Shaklee berikan jaminan sebanyak 100% berkesan buat kulit kita jadi lebih muda. Kenapa? Sebab kajian telah dibuat, dan hasilnya telah terbukti..

 Youth skincare Shaklee

4. 2/3 daripada mereka yang diuji mendapati kulit mereka 10 tahun lebih muda

Bermaksud, lebih daripada separuh merasakan mereka muda sedekad dari usia sebenarnya setelah menggunakan YOUTH.

5. Kaya dengan nutrien anti penuaan

6. Bebas gluten

7. 100% vegan

Ini bermaksud, ia diperbuat 100% daripada sumber tumbuhan. Langsung tiada unsur haiwan di dalamnya. Mari kita lihat apa yang terkandung di dalamnya.

 Youth skincare Shaklee


a) Anggur muscadine : anggur yang sama terdapat di dalam vivix. Kandungan antioksidannya yang tinggi menghalang kerosakan kolagen dan elastin, serta bertindak melindungi dan membaiki sel DNA.

b) Lotus Japonicus : Ia bertindak mengaktifkan protein yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih elastin, kolagen dan fibrilin.

c) Ekstrak Stem Sel Epal : Kajian menunjukkan bahawa ia membantu mengaktifkan pembaharuan sel kulit membuat kulit kelihatan lebih muda.

d) Ekstrak Buah Schisandra Chinensis : Ia bertindak melegakan dan mengurangkan kegatalan kulit membuatkan YOUTH sesuai digunakan oleh semua jenis kulit. Selain itu, ia menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan antioksida, serta menyokong penghasilan kulit yang lebih muda.

 Youth Skincare Shaklee


Kita dah tahu apa keistimewaan YOUTH ini, sekarang kita pergi pula kepada item yang terkandung di dalam rangkaian set YOUTH di Malaysia ini..

1. Luminous Gel Oil Cleanser
Bertindak membersihkan kulit, mencuci dengan halus dan bersih secara perlahan-lahan, dan menjadikan kulit lebih berseri dan lebih segar.

2. Perfecting Skin Toner
Melembapkan dan menjadikan kulit lebih berseri

3. Radiance C & E Capsule
Mencerahkan dan mengurangkan garis halus dan kedutan pada wajah. Mengurangkan bintik-bintik penuaan serta memperbaharui tekstur kulit dan keseluruhan tona kulit.

4. Youth Activating Serum
Membina dan menggantikan sel-sel kulit yang baru agar lebih berseri dan rejuvenasi.

5. Age Defense Mineral Moisturiser SPF 50
Melindungi kulit daripada sinaran UV dan melembapkan kulit untuk mendapatkan kulit yang lebih baik dan memperbaiki keseluruhan tona kulit wajah.

6. Advanced Renewal Night Cream (Rich/Light)
Menyokong proses pembaharuan sel kulit dan menjadikan kulit lebih lembut berseri.

Set skincare YOUTH ini memang direka khas untuk mereka yang ingin menjadi cantik secara semulajadi tanpa merosakkan kulit wajah apabila dipakai dalam jangka masa yang panjang. Ia dijamin selamat dan 100% bebas bahan kimia berbahaya kerana telah menjalani kajian yang mendalam selama 8 tahun.

Antara testimoni pengguna YOUTH..

 Youth Skincare Shaklee
Muka yang berlubang semakin pulih

 Skincare Youth Shaklee
Jerawat semakin pudar
 Skincare Youth Shaklee
Liang pori semakin mengecil

Jika ada option atau pilihan menggunakan skincare yang dijamin selamat, confirm tiada merkuri, paraben mahupun hydroquinon, kenapa perlu pilih yang belum confirm selamat atau tak pasti keselamatannya? Jangan gadaikan kulit anda, kesan kulit breakout lebih dahsyat daripada sebelum mencuba skincare biasa.

YOUTH is HOPE.  

Rasailah keterujaan menggunakannya dan hasil yang sangat memberangsangkan. Jangan biarkan kulit muka anda menjadi semakin teruk akibat kesan bahan kimia dari sembarangan produk!



Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan pembelian.


Bazilah

012-6830069
ID : 1251677

 Youth skincare Shaklee