Punca Masalah Kulit Kendur @ Saggy Dan Cara Atasinya Dengan Cepat Dan Selamat

Masalah kulit kendur @ saggy adalah perkara biasa yang dihadapi oleh semua orang seiring dengan pertambahan usia. Namun, tidak dinafikan ada segelintir daripada mereka yang menghadapinya walaupun masih muda. Kulit mereka kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. Jangan risau, kerana saya akan berkongsi cara untuk mengatasi kulit kendur @ saggy ini dari dalam dan luaran untuk kesan yang lebih cepat tetapi selamat.



Sebelum itu, eloklah kita ketahui punca kepada masalah kulit kendur @ saggy ini supaya kita boleh mengelakkannya menjadi lebih teruk dan lebih mudah untuk mengatasinya.


Punca Kulit Kendur @ Saggy



1. Faktor usia

Seperti yang semua ketahui, semakin meningkat usia seseorang, semakin tinggi keberangkalian seseorang mendapat kulit kendur @ saggy. 

Menurut Assistant Professor Dermatology dari University of Pittsburgh dan Pengarah Cosmetic Surgery & Skin Health Center, selepas umur 20 tahun, badan kita menghasilkan 1% lebih kurang kolagen dari tahun sebelumnya. 

Kolagen inilah yang berfungsi menganjalkan kulit kita dan mengekalkan elastisiti kulit kita.  Apabila penghasilan kolagen semakin berkurang, kulit akan menjadi lebih kendur dari sebelumnya.


2. Terdedah kepada pencemaran alam sekitar

Pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran udara menyebabkan kerosakan kepada kolagen badan dan badan kurang elastisiti. Akibatnya, kulit menjadi semakin kendur.


3. Terdedah kepada pancaran matahari

Sinaran UV daripada pancaran matahari juga menjadi antara punca kolagen menjadi rosak dan mengurangkan elastisiti kulit. Oleh itu, kulit menjadi semakin kendur @ saggy.


4. Kesan bahan kimia

Penggunaan produk kecantikan kulit yang mempunyai bahan kimia berbahaya seperti merkuri dan hydroquinone walaupun dalam jangka masa pendek kelihatan seperti mencantikkan kulit, tetapi ia secara tidak langsung merosakkan kolagen dalam badan dan menyebabkan kulit semakin kendur.


Cara Atasi Masalah Kulit Kendur @ Saggy Dengan Cepat Dan Selamat


A) Cara Atasi Dari Dalam

1. Shaklee Collagen Powder




Oleh kerana kekurangan kolagen dalam badan menjadi punca berlakunya kulit kendur, pengambilan Collagen Shaklee powder ini dapat membantu menambah kandungan kolagen dalam badan seterusnya memastikan kulit semakin anjal dan tidak lagi kendur. 

Diperbuat daripada khazanah alam semula jadi seperti ekstrak biji Camelia Japonica, Pfaffia, kekerang, kolagen ikan, Lactobacillus acidophilus, vitamin B dan C menjadikan Shaklee Collagen Powder lebih mudah diserap oleh badan dan membantu melembapkan lagi kulit.

2. Vivix



Vivix yang kaya dengan polifenol merupakan antioksidan yang bertindak sehingga ke peringkat sellular DNA memperbaiki sel, menambah tenaga sel dan melambatkan penuaan sel. Baca dengan lebih lanjut mengenai khasiat vivix di sini.

Pengambilan vivix secara konsisten membantu menjadikan kulit lebih awet muda, lebih anjal dan mengelakkan dari kulit kendur atau saggy.

3. Sustained Release Vita C Plus




Mengandungi 500 mg kandungan vitamin C yang terkenal untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Vitamin C membantu mempercepatkan penghasilan kolagen dalam badan agar kulit lebih anjal dan tegang.

Formulasi sustained release pada Vita C Plus Shaklee ini memastikan vitamin C yang larut air dirembeskan secara perlahan-lahan secara optimum, sesuai dengan keperluan sistem badan. Apabila penyerapan yang optimum berlaku, kesan yang positif boleh didapati dengan lebih cepat.

Penggunaan ketiga-tiga produk untuk dalaman ini memastikan masalah kulit kendur @ saggy boleh diatasi dalam masa yang singkat secara semulajadi.

B) Dari luar

Rangkaian Youth Skin Care


Istimewanya produk kecantikan kulit YOUTH ini berbanding lambakan produk di pasaran adalah ia mengambil masa selama 8 tahun untuk dikaji secara terperinci bagi memastikan ia betul-betul berkesan dengan cepat tetapi selamat. Ia sedang dalam usaha mendapatkan 8 paten, di mana tiada satu pun syarikat lain yang boleh membuat produk sepertinya.

Ia bebas 2500 bahan kimia berbahaya dan 1500 bahan cemar yang kebanyakannya terdapat dalam skincare produk lain. Tidak terdapat unsur haiwan di dalam produknya, bahkan 100% vegan dan bebas gluten.

100% ujian klinikal yang dijalankan mendapati ia berkesan menjadikan kulit lebih muda, malah 2/3 daripada mereka yang diuji mendapati kulit mereka 10 tahun kelihatan lebih muda. Ia juga kaya dengan nutrien anti penuaan yang berupaya menganjalkan kulit dan mengelakkan dari kulit kendur.


Kesimpulannya, penjagaan dalaman dan luaran amat penting bagi memastikan masalah kulit kendur @ saggy dapat dirawat dengan cepat dan selamat. Yang paling penting adalah anda mendapatkan produk berkualiti yang terbukti benar-benar selamat, walaupun diambil dalam satu jangka masa yang panjang.

Hubungi saya segera untuk mendapatkan produk ini sekarang, atau ingin bertanya dengan lebih lanjut.

Bazilah
012-6830069
ID : 1251677