Petua Kulit Cantik Dan Lebih Awet Muda

Inginkan kulit yang kelihatan sentiasa cantik dan awet muda walaupun tanpa mekap dengan cara yang selamat dan berkesan? Mungkin ada yang rasakan ia mustahil, tetapi sebenarnya tidak.



Penuaan memang dapat mengubah penampilan kulit anda, bergantung kepada bagaimana anda menjaganya sama ada dari dalaman atau luaran. Kedua-duanya amat penting. Ikuti petua ini untuk ketahui dengan lebih lanjut.


Petua Kulit Cantik Dan Lebih Awet Muda


1. Senyum

Terdapat satu kaji selidik yang dijalankan untuk meneka umur model berlainan usia dengan pelbagai ekspresi muka. Kebanyakan responden meneka dengan hampir tepat pada model yang berekspresi neutral, meneka lebih tua pada model yang bermuka masam, dan meneka lebih muda pada reaksi muka yang tersenyum ceria. Jadi, maniskan wajahmu dengan senyuman.. 😊


2. Banyak makan anggur

Anggur, buah beri, plum dan pear mengandungi sorbitol yang memberi rasa manis. Ia adalah sejenis humectant, iaitu bahan yang menarik air apabila digunakan pada kulit. Ia membantu menyerap dan mengekalkan kelembapan kulit, menjadikan kulit lebih cantik dan awet muda.


3. Bersihkan dan lembapkan kulit

Pembersihan kulit dan memakai pelembab membantu melindungi kulit dan menjadikannya sihat; tetapi penggunaan sabun biasa boleh mengeringkan kulit dan menjadikannya kelihatan lebih tua. Sebaliknya, gunakan pembersih yang mencuci dengan perlahan-lahan tanpa menghilangkan kelembapan kulit. Elakkan toner yang mempunyai alkohol. Gunakan pelembap siang dan malam yang semulajadi.


4. Makan lebih sayuran hijau dan merah

Sayuran hijau mengandungi vitamin K yang membantu pembekuan darah dan mengurangkan kesan lebam. Sayuran merah seperti tomato mengandungi lycopene yang memberikan kulit perlindungan terhadap sinaran uv. Oleh itu, kulit kelihatan lebih awet muda.


5. Makan ikan yang berminyak

Salmon dan ikan berminyak lain kaya dengan DMAE (dimethylaminoethanol), sebatian yang meningkatkan tona otot dan merupakan salah satu ramuan yang terdapat dalam krim penjagaan kulit.


6. Bersenam 

Bersenam 4 kali atau lebih dalam seminggu akan mengurangkan kehilangan otot dan membantu mendapatkan tidur yang lebih baik. Adalah lebih baik sekiranya anda boleh menggabungkan senaman-senaman berikut :


Bagaimana Shaklee Membantu Mendapatkan Kulit Cantik Dan Lebih Awet Muda?


Shaklee mempunyai rangkaian produk dari dalam yang membantu badan mendapatkan nutrisi yang terbaik, dan juga luaran bagi memastikan kulit menjadi cantik dan lebih awet muda dengan lebih optimum.


A) Produk Dari Dalam

1. Shaklee Collagen Powder




Oleh kerana kekurangan kolagen dalam badan menjadi punca berlakunya kedutan pada kulit, pengambilan Collagen Shaklee powder ini dapat membantu menambah kandungan kolagen dalam badan seterusnya memastikan kulit semakin anjal dan kelihatan awet muda.

Diperbuat daripada khazanah alam semula jadi seperti ekstrak biji Camelia Japonica, Pfaffia, kekerang, kolagen ikan, Lactobacillus acidophilus, vitamin B dan C menjadikan Shaklee Collagen Powder lebih mudah diserap oleh badan dan membantu melembapkan lagi kulit.

2. Vivix



Vivix yang kaya dengan polifenol merupakan antioksidan yang bertindak sehingga ke peringkat sellular DNA memperbaiki sel, menambah tenaga sel dan melambatkan penuaan sel. Baca dengan lebih lanjut mengenai khasiat vivix di sini.

Pengambilan vivix secara konsisten membantu menjadikan kulit lebih awet muda, lebih anjal dan dapat mengelakkan dari kedutan di muka.

3. Sustained Release Vita C Plus




Mengandungi 500 mg kandungan vitamin C yang terkenal untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Vitamin C membantu mempercepatkan penghasilan kolagen dalam badan agar kulit lebih anjal dan tegang.

Formulasi sustained release pada Vita C Plus Shaklee ini memastikan vitamin C yang larut air dirembeskan secara perlahan-lahan secara optimum, sesuai dengan keperluan sistem badan. Apabila penyerapan yang optimum berlaku, kesan yang positif boleh didapati dengan lebih cepat.

4. Energizing Soy Protein (ESP)


ESP merupakan protein kacang soya yang bertindak membaiki tisu-tisu kulit yang rosak dan memperbaharuinya. Dengan itu, kulit kelihatan lebih awet muda dan cantik.

Penggunaan keempat-empat produk untuk dalaman ini memastikan kulit lebih cantik dan awet muda dalam masa yang singkat secara semulajadi.

B) Dari luar

Rangkaian Youth Skin Care


Istimewanya produk kecantikan kulit YOUTH ini berbanding lambakan produk di pasaran adalah ia mengambil masa selama 8 tahun untuk dikaji secara terperinci bagi memastikan ia betul-betul berkesan dengan cepat tetapi selamat. Ia sedang dalam usaha mendapatkan 8 paten, di mana tiada satu pun syarikat lain yang boleh membuat produk sepertinya.

Ia bebas 2500 bahan kimia berbahaya dan 1500 bahan cemar yang kebanyakannya terdapat dalam skincare produk lain. Tidak terdapat unsur haiwan di dalam produknya, bahkan 100% vegan dan bebas gluten.

100% ujian klinikal yang dijalankan mendapati ia berkesan menjadikan kulit lebih muda, malah 2/3 daripada mereka yang diuji mendapati kulit mereka 10 tahun kelihatan lebih muda. Ia juga kaya dengan nutrien anti penuaan yang berupaya menganjalkan kulit dan menghilangkan kedutan.

Kesimpulannya, penjagaan dalaman dan luaran amat penting bagi memastikan kulit sentiasa cantik dan awet muda dengan cepat dan selamat. Yang paling penting adalah anda mendapatkan produk berkualiti yang terbukti benar-benar selamat, walaupun diambil dalam satu jangka masa yang panjang.

Hubungi saya segera untuk mendapatkan produk ini sekarang, atau ingin bertanya dengan lebih lanjut.

Bazilah
012-6830069
ID : 1251677