Petua Dan Tips Jaga Kulit Muka Lebih Muda 10 Tahun Dengan Selamat

Nak dapatkan kulit muka lebih muda 10 tahun? Zaman sekarang ini tak ada apa yang mustahil. Tinggal kita nak pilih yang mana terbaik sahaja. Kriteria untuk buat pilihan tu bukan sahaja yang cepat dan murah, tapi yang penting selamat dan berkesan.

 Youth Shaklee

Di akhir entri ini saya akan memperkenalkan produk yang boleh membantu anda mendapatkan kulit muka yang lebih muda 10 tahun dengan selamat, bagi memudahkan anda. Tapi sebelum itu, ada baiknya saya berkongsi petua ringkas yang boleh diamalkan setiap hari agar kelihatan awet muda sentiasa.

Petua Awet Muda 10 Tahun

1. Minum air suam setiap pagi

Setiap pagi, pastikan anda mempunyai rutin yang sihat. Biasakan berselawat 3 kali kemudian minum air suam setiap pagi sejurus selepas bangun tidur agar kulit muka kekal cantik dan kelihatan awet muda. 

Anda boleh juga biasakan mengurut wajah  anda setiap pagi dengan menggunakan jari telunjuk dan buat putaran kecil dari dagu ke hidung, seterusnya ke dahi. Ia akan membantu melancarkan lagi darah dan menjadikan kulit awet muda.

2. Makan banyak serat

Serat boleh membantu melancarkan sistem pencernaan dan menjadikan kulit kelihatan lebih awet muda. Saranan pakar kesihatan adalah mengambil 25g serat setiap hari. Makanan yang mempunyai banyak serat adalah buah-buahan, sayur-sayuran dan gandum.

3. Amalkan makan ulam

Ulaman bukan hanya mengandungi serat, malah membantu melancarkan peredaran oksigen dalam darah. Apabila kita mendapat cukup oksigen, kulit akan menjadi lebih tegang dan kelihatan awet muda.

4. Makan makanan yang kaya antioksidan

Dr Mehmet C. Oz, M.D. di dalam bukunya 'Staying Young : The Owner's Manual for Extending Your Warranty' membuktikan bahawa antioksidan adalah makanan anti penuaan. Contoh makanan yang kaya antioksidan adalah yang berwarna gelap seperti blueberi, anggur, tomato dan brokoli.


Apa Yang Shaklee Tawarkan Untuk Mendapatkan Kulit Muka Lebih Muda 10 Tahun Dengan Selamat


Shaklee mempunyai rangkaian produk dari dalam yang membantu badan mendapatkan nutrisi yang terbaik, dan juga luaran bagi memastikan kulit wajah menjadi lebih muda 10 tahun dengan selamat dan lebih optimum.


A) Produk Dari Dalam

1. Shaklee Collagen Powder

Collagen Shaklee



Oleh kerana kekurangan kolagen dalam badan menjadi punca berlakunya kekenduran pada kulit, pengambilan Collagen Shaklee powder ini dapat membantu menambah kandungan kolagen dalam badan seterusnya memastikan kulit semakin anjal dan kelihatan lebih segar. Oleh itu, anda akan kelihatan lebih awet muda.

Diperbuat daripada khazanah alam semula jadi seperti ekstrak biji Camelia Japonica, Pfaffia, kekerang, kolagen ikan, Lactobacillus acidophilus, vitamin B dan C menjadikan Shaklee Collagen Powder lebih mudah diserap oleh badan dan membantu melembapkan lagi kulit.

2. Vivix

 Vivix Shaklee


Vivix yang kaya dengan polifenol merupakan antioksidan yang bertindak sehingga ke peringkat sellular DNA memperbaiki sel, menambah tenaga sel dan melambatkan penuaan sel. Baca dengan lebih lanjut mengenai khasiat vivix di sini.

Pengambilan vivix secara konsisten membantu menjadikan kulit lebih awet muda, lebih anjal dan kelihatan lebih segar.

3. Sustained Release Vita C Plus

 Vitamin C Shaklee


Mengandungi 500 mg kandungan vitamin C yang terkenal untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Vitamin C membantu mempercepatkan penghasilan kolagen dalam badan agar kulit lebih anjal dan tegang serta kelihatan awet muda.

Formulasi sustained release pada Vita C Plus Shaklee ini memastikan vitamin C yang larut air dirembeskan secara perlahan-lahan secara optimum, sesuai dengan keperluan sistem badan. Apabila penyerapan yang optimum berlaku, kesan yang positif boleh didapati dengan lebih cepat.

4. Energizing Soy Protein (ESP)

 ESP Shaklee

ESP merupakan protein kacang soya yang bertindak membaiki tisu-tisu kulit yang rosak dan memperbaharuinya. Dengan itu, kulit wajah akan kelihatan lebih segar dan cantik.

Penggunaan keempat-empat produk untuk dalaman ini memastikan kulit wajah lebih segar dan anjal dalam masa yang singkat secara semulajadi dan selamat.

B) Dari luar

Rangkaian Youth Skin Care

 Youth Shaklee

Istimewanya produk kecantikan kulit YOUTH ini berbanding lambakan produk di pasaran adalah ia mengambil masa selama 8 tahun untuk dikaji secara terperinci bagi memastikan ia betul-betul berkesan dengan cepat tetapi selamat. Ia sedang dalam usaha mendapatkan 8 paten, di mana tiada satu pun syarikat lain yang boleh membuat produk sepertinya.

Ia bebas 2500 bahan kimia berbahaya dan 1500 bahan cemar yang kebanyakannya terdapat dalam skincare produk lain. Tidak terdapat unsur haiwan di dalam produknya, bahkan 100% vegan dan bebas gluten.

100% ujian klinikal yang dijalankan mendapati ia berkesan menjadikan kulit lebih muda, malah 2/3 daripada mereka yang diuji mendapati kulit mereka 10 tahun kelihatan lebih muda. Ia juga kaya dengan nutrien anti penuaan yang berupaya menganjalkan kulit dan menghilangkan kedutan.

Antara testimoni pengguna YOUTH..

 Youth Skincare Shaklee
Muka yang berlubang semakin pulih

 Skincare Youth Shaklee
Jerawat semakin pudar
 Skincare Youth Shaklee
Liang pori semakin mengecil
Kesimpulannya, penjagaan dalaman dan luaran amat penting bagi memastikan kulit wajah lebih seganjal dengan cepat dan selamat. Yang paling penting adalah anda mendapatkan produk berkualiti tinggi yang terbukti benar-benar selamat, walaupun diambil dalam satu jangka masa yang panjang.

Hubungi saya segera untuk mendapatkan produk ini sekarang, atau ingin bertanya dengan lebih lanjut.

Bazilah
012-6830069
ID : 1251677

 Pengedar Shaklee