Cara Dapatkan Kulit Wajah Lebih Segar Dan Anjal Dengan Selamat

Kulit wajah yang lebih segar dan anjal memang sinonim dengan wanita, apatah lagi untuk mendapatkannya secara semulajadi dan selamat. Natural beauty orang kata. Lelaki pun tidak mustahil untuk mendapatkannya, asal sahaja tahu dan mahu menjaga kulit sebaiknya.


Dalam entri ini, saya akan berkongsi cara untuk mendapatkan kulit wajah yang kelihatan lebih segar dan anjal dengan selamat, dan rekomendasi produk yang terbaik untuk anda cuba dan amalkan.

Cara Dapatkan Kulit Wajah Lebih Segar Dan Anjal Dengan Selamat


1. Tingkatkan elastin dalam badan

Leslie Baumann, seorang dermatologi berkata, satu benda untuk membaiki kulit adalah elastin. Elastin mengekalkan elastisiti atau keanjalan kulit. Malangnya, seseorang akan berhenti menghasilkan elastin ketika mencapai usia akil baligh. 

Jadi, untuk menggantikan elastin yang berkurang ini, selain memakai krim atau serum yang mengandungi elastin, anda boleh makan banyak sayuran hijau dan buah seperti strawberry dan kiwi.

2. Tingkatkan kandungan kolagen badan

Kolagen adalah protein yang juga bertanggungjawab memastikan keanjalan kulit kerana ia membantu pembentukan struktur kulit. Malangnya, apabila mencapai usia 20 tahun, penghasilan kolagen setiap tahun berkurang sebanyak 1%. Jadi, kolagen ini perlu diganti untuk pastikan kulit kelihatan anjal dan lebih segar. 

Sumber kolagen boleh didapati daripada ikan, tomato, yogurt, kacang merah, biji bunga matahari, oat dan buah delima.

3. Lindungi kulit daripada sinaran matahari

Pendedahan kepada sinaran natahari dalam masa yang lama menyebabkan kolagen termusnah dan elastin berkurang. Pastikan anda memakai krim pelindung sekurang-kurangnya SPF 30.

4. Hindari radikal bebas

Antioksidan boleh melindungi kulit dari radikal bebas dan menghalang enzim elastase yang memusnahkan elastin. Vitamin A, C, E dan Coenzyme Q10 kaya dengan kandungan antioksidan.

5. Pastikan kulit sentiasa lembap

Pemakaian pelembap untuk memastikan kulit sentiasa lembap juga sebenarnya melindungi kulit daripada radikal bebas. Dehidrasi menyebabkan tekanan oksidasi yang menjana radikal bebas dan menghalang kulit daripada memperbaiki diri sendiri serta menyebabkan lebih kerosakan.

6. Jauhi rokok

Asap rokok akan memusnahkan kolagen dan elastin serta mengurangkan tahap estrogen dalam badan, yang memastikan kulit kekal anjal.

7. Kawal pemakanan

Mengawal makanan tertentu menentukan seseorang kelihatan lebih muda atau lebih tua dari usia. Kajian terbaru menunjukkan kekurangan vitamin C dan zink yang penting untuk beri nutrien kepada kulit akan menghalang kebolehan kulit membaiki diri sendiri. Makanlah lebih banyak ikan berlemak seperti ikan salmon,  badam, walnut dan sayuran hijau gelap seperti brokoli.

8. Kurangkan makanan manis

Sesetengah pakar percaya bahawa terlalu banyak gula boleh menyebabkan kulit tampak lebih tua. Gula di saluran darah akan membentuk molekul dipanggil Advanced Glycation End  (AGE) produk yang melemahkan kolagen dan elastin. Jadi, kulit wajah kelihatan kurang segar dan kurang anjal.

Apa Yang Shaklee Tawarkan Untuk Mendapatkan Kulit Wajah Lebih Segar Dan Anjal Dengan Selamat


Shaklee mempunyai rangkaian produk dari dalam yang membantu badan mendapatkan nutrisi yang terbaik, dan juga luaran bagi memastikan kulit wajah menjadi lebih segar dan anjal dengan lebih optimum.


A) Produk Dari Dalam

1. Shaklee Collagen Powder




Oleh kerana kekurangan kolagen dalam badan menjadi punca berlakunya kekenduran pada kulit, pengambilan Collagen Shaklee powder ini dapat membantu menambah kandungan kolagen dalam badan seterusnya memastikan kulit semakin anjal dan kelihatan lebih segar.

Diperbuat daripada khazanah alam semula jadi seperti ekstrak biji Camelia Japonica, Pfaffia, kekerang, kolagen ikan, Lactobacillus acidophilus, vitamin B dan C menjadikan Shaklee Collagen Powder lebih mudah diserap oleh badan dan membantu melembapkan lagi kulit.

2. Vivix



Vivix yang kaya dengan polifenol merupakan antioksidan yang bertindak sehingga ke peringkat sellular DNA memperbaiki sel, menambah tenaga sel dan melambatkan penuaan sel. Baca dengan lebih lanjut mengenai khasiat vivix di sini.

Pengambilan vivix secara konsisten membantu menjadikan kulit lebih awet muda, lebih anjal dan kelihatan lebih segar.

3. Sustained Release Vita C Plus




Mengandungi 500 mg kandungan vitamin C yang terkenal untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Vitamin C membantu mempercepatkan penghasilan kolagen dalam badan agar kulit lebih anjal dan tegang.

Formulasi sustained release pada Vita C Plus Shaklee ini memastikan vitamin C yang larut air dirembeskan secara perlahan-lahan secara optimum, sesuai dengan keperluan sistem badan. Apabila penyerapan yang optimum berlaku, kesan yang positif boleh didapati dengan lebih cepat.

4. Energizing Soy Protein (ESP)


ESP merupakan protein kacang soya yang bertindak membaiki tisu-tisu kulit yang rosak dan memperbaharuinya. Dengan itu, kulit wajah akan kelihatan lebih segar dan cantik.

Penggunaan keempat-empat produk untuk dalaman ini memastikan kulit wajah lebih segar dan anjal dalam masa yang singkat secara semulajadi dan selamat.

B) Dari luar

Rangkaian Youth Skin Care


Istimewanya produk kecantikan kulit YOUTH ini berbanding lambakan produk di pasaran adalah ia mengambil masa selama 8 tahun untuk dikaji secara terperinci bagi memastikan ia betul-betul berkesan dengan cepat tetapi selamat. Ia sedang dalam usaha mendapatkan 8 paten, di mana tiada satu pun syarikat lain yang boleh membuat produk sepertinya.

Ia bebas 2500 bahan kimia berbahaya dan 1500 bahan cemar yang kebanyakannya terdapat dalam skincare produk lain. Tidak terdapat unsur haiwan di dalam produknya, bahkan 100% vegan dan bebas gluten.

100% ujian klinikal yang dijalankan mendapati ia berkesan menjadikan kulit lebih muda, malah 2/3 daripada mereka yang diuji mendapati kulit mereka 10 tahun kelihatan lebih muda. Ia juga kaya dengan nutrien anti penuaan yang berupaya menganjalkan kulit dan menghilangkan kedutan.

Kesimpulannya, penjagaan dalaman dan luaran amat penting bagi memastikan kulit wajah lebih segar dan anjal dengan cepat dan selamat. Yang paling penting adalah anda mendapatkan produk berkualiti tinggi yang terbukti benar-benar selamat, walaupun diambil dalam satu jangka masa yang panjang.

Hubungi saya segera untuk mendapatkan produk ini sekarang, atau ingin bertanya dengan lebih lanjut.

Bazilah
012-6830069
ID : 1251677