Tips Untuk Kurus Tanpa Perlu Berlapar

Antara masalah utama seseorang untuk kurangkan berat badan atau kurus adalah kerana keinginan yang terlampau untuk makan. Tetapi, ada berita baik untuk anda yang ada masalah ini, kerana saya akan memperkenalkan kaedah untuk kurus tanpa perlu berlapar! Strategi yang terbaik adalah sangat  mudah, iaitu makan makanan yang penuh nutrisi sepanjang hari.


Daripada kita memberi tumpuan kepada berapa banyak yang dimakan, adalah lebih berkesan jika kita melihat apa yang dimakan. Ini kerana, hampir mustahil untuk kita makan lebih banyak jika di dalam pinggan kita dipenuhi dengan makanan berserat tinggi yang membekalkan nutrien. 


Bagaimana Memulakannya?


Perubahan yang drastik pada diet kadangkala sukar untuk dikekalkan dan tidak tahan lama. Jadi, pastikan anda mengambil langkah yang perlahan-perlahan tetapi berterusan, ambil satu langkah pada satu masa. Mulakan dengan satu pergantian makanan dan perlahan-lahan cuba yang lain pula. 

Seeloknya gantikan makanan berasaskan tumbuhan dalam makanan anda. Antara pergantian makanan yang boleh dibuat adalah :

Daripada : Susu haiwan
Perbanyakkan : Susu badam, beras, rami, soya atau santan (tanpa gula)

Daripada : Daging haiwan
Perbanyakkan : Kekacang, kacang tanah, tempe, atau tauhu non-GMO

Daripada : Keju
Perbanyakkan : Hummus, minyak zaitun dan balsamic (dengan sayuran)

Daripada : Telur 
Perbanyakkan : Protein shake berasaskan tumbuhan, mentega badam, oat


5 Tips Kurus Untuk Hasil Yang Berkekalan :



1. Sentiasa ambil sarapan pagi

Sarapan pagi menyediakan badan anda dengan tenaga untuk menstabilkan aktiviti fizikal sepanjang pagi. Selain itu, makanan yang sihat pada waktu pagi dapat membantu anda mengelakkan dari mengambil makanan ringan yang tidak berkhasiat. 

Cuba : Oatmeal untuk mendapatkan gabungan karbohidrat komplex, protein, serat, dan lemak yang sihat. Mulakan dengan setengah cawan bijirin panas pilihan anda ditambah dengan susu badam, walnut, beri dan madu. Untuklebih mudah, cubalah roti bakar dengan mentega badam dan pisang. 


2. Snek sihat

Makanan ringan yang terbaik untuk memastikan anda rasa bertenaga adalah gabungan protein dan karbohidrat. Sama seperti makan sarapan pagi, snek pada makanan berkhasiat sepanjang hari dapat membantu anda merasa terlalu lapar sehingga boleh mencapai apa sahaja untuk dimakan.

Cuba : Kunyah sedikit kekacang, buah segar, sayur-sayuran dan humus setiap 2 atau 3 jam.


3. Pilih Karbohidrat Kompleks

Elakkan karbohidrat yang diproses dan halus, sebaliknya pilih karbohidrat komplex seperti beras merah, gandum, dan kekacang. Karbohidrat kompleks memberikan serat makanan, vitamin dan mineral yang membantu melambatkan pencernaan dan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama. Karbohidrat halus biasanya diproses dan mempunyai gula tambahan. Makanan ini lebih mudah dipecahkan untuk membekalkan tenaga segera dalam bentuk glukosa. Namun, sebaiknya pilih makanan yang tidak diproses atau diproses secara minimum dan mengandungi gula semulajadi, seperti fruktosa di dalam buah.

Cuba : Makan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh sebagai snek harian. Antara karbohidrat halus yang perlu dihadkan adalah roti putih, pasta putih, dan makanan yang dibakar manis. 


4. Ambil Lemak Baik

Lemak baik seperti asid lemak Omega-3 terutamanya EPA dan DHA sangat bermanfaat untuk kesihatan kita. Kajian menunjukkan bukti kukuh bahawa EPA dan DHA Omega-3 dapat meningkatkan kesihatan jantung, otak, sendi, mata dan kulit. 

Cuba : Ikan berlemak seperti ikan salmon dan tuna. Minyak ikan adalah sumber asid lemak omega-3 yang paling mudah.


5. Minum Air Sepanjang Hari

Minum air adalah senjata kesihatan yang paling baik. Badan yang terhidrat bukan hanya meningkatkan tahap tenaga, malah membantu kita mendapatkan kulit yang sihat dan berseri. Selain itu, minum air juga membantu menguraikan toksin dan produk buangan di dalam badan. 

Cuba : Minum 2 gelas air sebelum setiap hidangan. Anda bukan sahaja dapat memastikan badan terhidrat, malah juga dapat mengelakkan diri daripada makan terlalu banyak. Cuba untuk minum air setiap kali rasa lapar. Apabila badan telah dipenuhi air, badan akan rasa lebih 'kenyang' dan tidak mahu makan. 


Bagaimana Suplemen Shaklee Boleh Membantu Untuk Kurus Tanpa Berlapar?


Selain tips di atas, anda boleh mengambil suplemen Shaklee bagi memastikan anda mendapat nutrisi yang lengkap sepanjang proses untuk kurus. Nutrisi yang lengkap memastikan anda kekal bertenaga walaupun di dalam tempoh untuk menguruskan badan. Jadi, kerja anda juga akan menjadi lebih produktif.



1. Lecithin


Ia diekstrak dari soya tanpa menggunakan sebarang pengawet, pewarna mahupun pemanis bagi membantu memecahkan lemak di dalam badan. Setiap kapsul Lecithin Shaklee mengandungi 520 mg lecithin soya termasuk 80 mg kolina dan 48 mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu. Lecithin adalah pengemulsi lemak semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah seterusnya mengapungkannya dan mengelak dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran. 


2. Omega Guard

Ia mengandungi asid lemak Omega-3 yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, sebaliknya perlu diperoleh melalui makanan dan suplemen. Ia berfungsi menyokong setiap sel, tisu dan organ dalam badan kita. Ia juga membantu proses memecahkan lemak lama dalam tubuh seperti di dalam hati, salur darah, kulit, lemak pada luar organ dan membantu membakar lemak untuk tenaga. Selain itu, Omega-3 terbukti meningkatkan metabolisme dan membakar 40% lebih banyak lemak apabila bersenam. 

Seperti dinyatakan di atas, asid lemak Omega 3 dikatakan boleh memberi kesan rasa kenyang kepada orang yang obesiti. Kajian tersebut dijalankan dan diterbitkan oleh D.Parra dan rakannya di dalam jurnal Appetite. Dalam kajian tersebut, golongan sasaran mempunyai kadar Omega 3 yang lebih tinggi dalam badan membuatkan badan lambat rasa lapar semula selepas makan. 

Kelebihan OmegaGuard Shaklee berbanding yang lain adalah ia menggunakan minyak ikan bergred farmaseutikal, melalui penyulingan molekul tiga peringkat, berkepekatan tinggi, mengandungi 7 spektrum lengkap asid lemak Omega-3 tulen, mempunyai bau dan rasa kesan hanyir yang minimum dan diiktiraf oleh Friends of the Sea. 


3. Herblax 

Ia adalah kombinasi tumbuhan herba yang boleh membantu masalah ketidakhadaman dan membantu pergerakan usus agar lebih sihat. Ia sangat bermanfaat untuk membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat pada dinding usus akan dikeluarkan melalui najis. Proses ini dipanggil detoks. Setelah dinding usus bersih, badan akan dapat menyerap nutrien dengan lebih optimum dan memastikan badan menjadi lebih sihat walaupun ingin kurus.


4. Alfalfa Complex

Alfalfa kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia yang berkhasiat sebagai agen detoksifikasi untuk mencuci hati, darah dan usus. Ia membantu menegmbalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari bdana, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot. 

Kajian klinikal membuktikan bahawa penggunaan alfalfa dalam jangka panjang akan menghapuskan lemak kerana mengandungi saponin yang bersifat seperti span yang menyerap kolesterol kerana bertindak seperti serat. 


5. Cinch Shake Mix

Ia diperbuat daripada protein soya yang membantu seseorang merasa lebih kenyang dan dapat meningkatkan metabolisme badan. Ia mengandungi leucin, sejenis asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dan merangsang sintesis protein otot. Cinch Shake Shaklee terbukti mampu mengekalkan 100% jisim otot tanpa lemak dan menghilangkan lemak, berat dan inci. Oleh kerana ia membantu mengekalkan otot, ia dapat mengelakkan badan menjadi menggeleber selepas proses penurunan berat badan.

Minuman yang kaya protein ini membuatkan anda rasa kenyang lebih lama dan membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan kerana kurang berasa lapar. Selain itu. ia mengekalkan tahap gula dalam darah pada tahap yang normal dan mengekalkan tenaga. Ia didatangkan dengan 3 perasa iaitu Vanila, Coklat dan Latte. 


6. Energizing Soy Protein

Ia merupakan sumber protein berasaskan kacang soya yang mempunyai rendah Indeks Glisemik. Bermakna, makanan akan diproses secara perlahan-lahan kepada tenaga dan ini membantu membuatkan kita rasa kenyang lebih lama. Ia membantu badan menjadi lebih bertenaga selain membantu mengurangkan berat badan. Soya yang digunakan adalah non-GMO, organik dan tidak mempunyai hormon tambahan. Jadi, ia dapat dikenali dan diserap oleh badan dengan lebih mudah. 


7. Vivix

Ia mengandungi polifenol yang membantu menaikkan metabolisma badan. Semakin tinggi metabolisma, semakin banyak kalori akan dibakar dan proses pembakaran lemak menjadi lebih cepat daripada biasa. Ia juga menghalang pengumpulan lemak dan memusnahkan deposit lemak dalam badan, sebaliknya lemak tersebut akan digunakan sebagai tenaga. Selain itu, ia membantu menghalang kenaikan paras hormon estrogen agar lemak tidak disimpan di dalam badan. 

Jangan biarkan keinginan anda terbantut, hanya sebab anda suka makan!
Bantu diri dapatkan supplemen Shaklee yang lengkap dengan klik di bawah :


Perlukah anda ambil kesemuanya?

Anda boleh dapatkan nasihat daripada saya secara percuma untuk ketahui dengan lebih lanjut manakah supplemen yang terbaik untuk anda ambil dalam proses untuk kurus tanpa berlapar ini. Saya akan syorkan anda mengikut keperluan masing-masing.

Selamat mencuba!

Hubungi saya, Bazilah (ID : 1251677) di :

WhatsApp/Call/SMS : 012-6830069
Instagram : towardsqualitylife
Fb : Towards Quality Life
Blog : www.towardsqualitylife.blogspot.my