Atasi Masalah Buasir Ketika Hamil Dan Berpantang Tanpa Menyakitkan

Semasa hamil, perubahan hormon berlaku dan badan mengalami lebih tekanan dari keadaan biasa menyebabkan pelbagai ketidakselesaan berlaku semasa mengandung, termasuklah buasir. Ibu akan merasa gatal, sakit atau mungkin berlaku pendarahan ketika membuang air besar. Perkara pertama yang perlu ibu elakkan adalah sembelit kerana pembuangan air besar yang keras dan kering akan memburukkan lagi keadaan. Buasir akan menjadi lebih teruk selepas bersalin sekiranya tidak diatasi segera.

Image result for hemorrhoid after birth


Sudahlah semasa mengandung ibu mengalami macam-macam kesakitan dan ketidakselesaan, proses bersalin pun dah menyakitkan, ditambah pula dengan masalah buasir ini. Memang pedih dan sangat sakit. Sungguh besar pengorbanan seorang insan bergelar ibu ini. Suami dan keluarga terdekat wajar memahami kesakitan yang dialami dan membantu para ibu yang mempunyai masalah ini untuk mengelakkan terjadinya keadaan yang lebih teruk seperti post-partum depression atau meroyan selepas bersalin.



Punca Terjadinya Buasir Semasa Mengandung Dan Selepas Bersalin


Semasa sedang hamil, tekanan kepala bayi menyebabkan vena di sekeliling anus membengkak. Keadaan ini akan menjadi lebih teruk jika ibu memaksa diri untuk membuang air besar. Buasir juga boleh terjadi akibat sembelit, lebih-lebih lagi jika ibu tidak menjaga pemakanan yang bersumberkan serat tinggi dan tidak minum air yang banyak. Pengambilan zat besi tanpa minum air yang banyak mungkin menjadi antara punca sembelit. Selain itu, kehadiran hormon kehamilan progesterone akan mengendurkan otot usus dan menyebabkan usus ibu diperlahankan. Keadaan ini menyebabkan ibu lebih cenderung mendapat sembelit, dan seterusnya buasir.

Selepas bersalin, proses meneran untuk mengeluarkan bayi menyebabkan tekanan pada bahagian dubur yang menjadi punca berlakunya buasir. Ibu dalam pantang yang kurang minum air dan tidak mengambil makanan yang berserat tinggi juga menyebabkan sembelit bertambah teruk dan mengakibatkan buasir.

Oleh itu, sangat penting untuk para ibu melengkapkan diri dengan ilmu sebelum dan selepas bersalin untuk mengelakkan kesakitan dan penderitaan yang berpanjangan.


Tips Mengatasi Buasir Semasa Hamil Dan Selepas Bersalin


1. Makan makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin.

2. Minum air dengan banyak dan mencukupi.

3. Elakkan berdiri atau duduk terlalu lama untuk mengelakkan tekanan pada kawasan buasir.

4. Lakukan senaman ringan untuk ibu hamil dan berpantang seperti senaman kegel untuk menguatkan otot di sekeliling anus.

5. Elakkan menangguh untuk ke tandas dan cuba kurangkan meneran ketika membuang air besar.

6. Elakkan menggaru di kawasan yang gatal.

7. Tekapkan bahagian yang sakit dengan ketulan ais yang diletakkan di dalam tuala.

8. Mandi dengan air suam untuk mengelakkan kegatalan dan kesakitan.

9. Amalkan supplemen untuk ibu mengandung dan berpantang supaya ibu mendapat cukup nutrisi dan mengelakkan sembelit.




Saksikan Video Pengguna Yang Mengalami Masalah Buasir Semasa Hamil & Berpantang Kemudian Pulih Setelah Mengambil Set Shaklee Ini..






 Masalah buasir yang tidak dirawat boleh menyebabkan si ibu menderita kesakitan dan menyukarkan ibu untuk menguruskan diri sendiri dan bayi. Lebih teruk lagi, ia mungkin boleh menyebabkan stress dan post-partum depression yang akan membahayakan ibu dan anak. Jangan biarkan ia berlarutan. Bertindaklah sekarang!

Hanya satu klik sahaja untuk anda membeli :




Perlukah anda ambil kesemuanya?
 Hubungi saya untuk Bazilah nasihat percuma di :