10 Sebab Kenapa Perlu Detox Cara Shaklee Untuk Kuruskan Badan

2:21 AM 0 Comments A+ a-

Detoksifikasi (detox) secara umumnya adalah suatu proses atau tempoh masa di mana seseorang menahan diri atau berhenti mengambil makanan, minuman, atau dadah yang tidak sihat atau berbahaya ke dalam badan untuk jangka masa tertentu untuk meningkatkan kesihatan seseorang. 


Image result for shaklee detox program


Dalam pemakanan, detox adalah satu keperluan dalam proses membersihkan usus kita dari sebarang toksin, lemak dan lendir yang melekat pada dinding usus bagi memudahkan penyerapan nutrien secara optimum. Untuk mendapatkan berat badan yang ideal, detox adalah satu kemestian bagi memastikan berat badan tidak naik semula dengan cepat. Di sini saya nyatakan 10 sebab kenapa anda perlu detox cara Shaklee untuk kuruskan badan.


1. Buang Toksin Dari Badan

Terdapat banyak pencemaran yang berlaku dewasa ini yang menyebabkan badan kita dimasuki dengan pelbagai unsur yang berbahaya untuk kesihatan. Pengambilan makanan yang tidak sihat seperti makanan berlemak, berminyak, tinggi kandungan gula, makanan yang diproses dan mempunyai bahan pengawet adalah antara bahan yang perlu disingkirkan dari tubuh. 

Dengan detox cara Shaklee yang menggunakan produk yang diuji secara klinikal, toksin dari badan akan dapat disingkirkan secara efektif dan menyebabkan badan menjadi lebih ringan. Oleh itu, lebih mudah berat badan dapat dikurangkan.

2. Menghindari Penyakit Kronik

Toksin yang berlebihan dari pemakanan yang tidak seimbang juga antara penyebab berlakunya penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, strok, mahupun kanser. 

Antara produk detox Shaklee adalah vivix yang mengandungi kandungan antioksida yang sangat tinggi. Antioksida ini akan memastikan sel-sel badan terselamat daripada dioksidakan oleh radikal bebas. Bila badan sihat, lebih mudah melakukan proses penurunan berat badan.

3. Mengukuhkan Sistem Imunisasi Badan

Sistem imun badan menjadi semakin lemah jika tubuh sering terdedah kepada pencemaran tadi. Amalan detox yang kerap dan konsisten mampu meningkatkan semula sistem imunisasi badan dalam melawan penyakit.

Detox cara Shaklee bukannya memaksa diri untuk berlapar tanpa mengendahkan keperluan nutrien dalam badan untuk menyokong sistem ketahanan badan. Sebaliknya, penyerapan nutrien yang optimum dari pengambilan set detox Shaklee mampu mengukuhkan sistem badan melawan penyakit. Apabila badan sihat daripada jangkitan penyakit, lebih mudah untuk seseorang meneruskan program penurunan berat badannya.

4. Menurunkan Berat Badan

Badan yang penuh dengan toksin mempunyai kurang keupayaan untuk membakar lemak, lantas menyebabkan kesukaran untuk menurunkan berat badan dan menguruskan badan.

Shaklee menawarkan set detox yang akan mencuci sistem penghadaman, usus dan juga hati bagi membantu seseorang mengurangkan berat badannya dengan efektif. 

5. Menjadi Lebih Awet Muda

Seperti dinyatakan di atas, penyerapan nutrien oleh badan akan terganggu dengan adanya toksin dalam badan. Jadi, detox membantu badan mendapat cukup nutrien, vitamin dan antioksida bagi mengelakkan sel-sel tubuh mudah rosak atau teroksidasi. Dengan itu, tubuh badan akan kelihatan lebih awet muda kerana kesan penuaan menjadi lebih lambat. 

Vivix di dalam set detox Shaklee mengandungi kandungan antioksida yang sangat tinggi bagi melindungi sel tubuh daripada radikal bebas. Apabila kesan penuaan dapat diperlambatkan, badan akan lebih bertenaga untuk meneruskan program menguruskan badan. 

6. Kualiti Hidup Bertambah

Apabila kita membuat detox, badan akan menjadi lebih cergas dan cerdas. Kualiti hidup akan  menjadi bertambah baik kerana tekanan pada tubuh badan semakin berkurang. 

Detox cara Shaklee adalah dengan memakan makanan yang sihat mengikut keperluan nutrisi tubuh. Ini dapat memastikan kehidupan yang lebih selesa biarpun perlu menjalani program menurunkan berat badan. 

7. Tenaga Bertambah

Toksin menyebabkan seseorang mengalami stress. Jadi, dengan detox, kadar stress dapat dikurangkan. Seseorang akan menjadi bertambah bertenaga kerana mendapat tidur yang berkualiti dan badan dapat menyerap nutrien dengan baik.

Vivix di dalam set detox Shaklee bertindak memberikan tenaga kepada sel lantas menjadikan tubuh kekal bertenaga biarpun ingin mendapatkan berat badan yang ideal.

8. Kesihatan Kulit Lebih Baik

Toksin adalah antara punca terjadinya jerawat dan kulit yang kusam. Proses detox mampu mengembalikan keremajaan kulit dan membantu seseorang mendapatkan kesihatan kulit yang lebih baik.

Set detox Shaklee bukan hanya mementingkan penurunan berat badan, malah kulit menjadi bertambah berseri kerana kandungan antioksidanya yang tinggi.

9. Sistem Tubuh Yang Lebih Baik

Apabila toksin dalam tubuh disingkirkan daripada badan, sistem badan akan menjadi lebih baik kerana badan tidak mudah mendapat penyakit dan dapat menjalankan fungsinya dengan efektif.

Detox cara Shaklee menggalakkan kesihatan tubuh badan yang menyeluruh. Apabila badan sihat, seseorang akan lebih mudah meneruskan keinginan untuk menurunkan berat badannya.

10. Emosi Dan Minda Lebih Stabil

Apabila semua sistem badan dapat berjalan dengan baik, sudah tentu emosi dan minda akan menjadi lebih stabil. Semua tugasan dapat dijalankan dengan lebih baik kerana otak dapat berfungsi dengan sempurna.

Detox cara Shaklee yang menggalakkan ketenangan fikiran membuatkan sesorang lebih positif dan tidak mudah putus asa untuk meneruskan hajat mendapatkan berat badan yang diingini. 


Kita Lihat Dan Dengar Pula Testimoni Dari Pengguna Program Detox Shaklee





Dalam usaha untuk mengurangkan berat badan, perkara yang paling penting untuk dititikberatkan adalah kesihatan. Jangan mudah terpengaruh dengan pelbagai produk kurus di pasaran yang belum terbukti selamat dalam jangka masa panjang. Jangan pertaruhkan kesihatan anda. Pilihlah kurus cara sihat dengan Shaklee!

Hanya satu klik untuk order sekarang..


Atau, hubungi saya, Bazilah di :

WhatsApps/Call/SMS : 012-6830069
Instagram : towardsqualitylife
Fb Page : Towards Quality Life
Blog : www.towardsqualitylife.blogspot.my