Slip Disc : Kenali Punca Dan Cara Mengatasinya

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SLIP DISC?

Slip disc juga dikenali sebagai 'herniated dics' atau 'prolapsed disc'. Ia adalah keadaan di mana cakera yang terletak di antara tulang belakang tergelincir atau terkeluar daripada kedudukan asalnya. Jadi, seseorang yang mempunyai slip disc akan merasa kesakitan dan ketidakselesaan pada bahagian tulang belakangnya atau di sepanjang saraf yang terjejas.

Image result for healthy vs slipped disc
[kredit]

BAGAIMANA SLIP DISC BOLEH TERJADI DAN TANDA-TANDA AWALNYA

Manusia dikategorikan sebagai vertebra kerana mempunyai tulang belakang. Tulang belakang kita terdiri daripada lapisan tulang-tulang atau vertebra yang tersusun di atas satu sama lain. Di setiap lapisan vertebra ini, terdapat lapisan bulat yang bertindak sebagai pelindung kepada tulang belakang kita. Lapisan yang menjadi tisu perantara ini dipanggil cakera, di mana sifatnya yang bergentian lembut pada tengahnya tetapi keras pada dindingnya mampu menyerap hentakan yang berlaku di antara tulang belakang apabila seseorang bergerak. Ia bertindak seolah-olah seperti pad kusyen yang menyerap kejutan pada tulang belakang dan membantu mengekalkan kedudukan tulang belakang.

Di bahagian tengah ruangan tulang belakang terdapat saraf tunjang yang sangat sensitif terhadap sentuhan. Di sinilah sel-sel saraf dihubungkan dari otak ke seluruh anggota badan.

Slip disc atau cakera tergelincir boleh berlaku apabila bahagian tengah cakera tergelincir keluar daripada landasannya melalui keretakan pada dinding cakera. Ini menyebabkan bahan kimia dilepaskan keluar dan boleh mengganggu saraf. Cakera yang terkeluar ini juga berkemungkinan menekan saraf yang menyebabkan kesakitan yang amat sangat. Walaupun slip disc sering berlaku di bahagian tulang belakang, namun ia juga boleh berlaku pada tulang leher. 


Punca Slip Disc

Semakin meningkat usia seseorang, semakin merosot fungsi cakeranya dan lebih cenderung mendapat slip disc. Namun, ia juga boleh terjadi di usia yang muda, lebih-lebih lagi bagi mereka yang :

1. Sering mengangkat beban yang terlalu berat

2- Kerap membongkokkan badan terlalu lama

3- Menggunakan postur badan yang salah ketika mengangkat beban

4- Mempunyai kecederaan lama akibat bersukan atau kemalangan

https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=8954216173569133707#editor/target=post;postID=3332842247766587766;onPublishedMenu=allposts;onClosedMenu=allposts;postNum=3;src=link
Postur yang betul ketika mengangkat beban [kredit]


Tanda-tanda Slip Disc

1. Sakit pada bahagian bawah belakang, punggung, paha, betis dan kaki.
Keadaan ini juga sering dikaitkan dengan sciatica kerana kesakitan dirasai di sepanjang saraf sciatic.

2. Sakit pada bahu dan lengan, sekiranya slip disc berlaku pada bahagian tulang leher.

3. Rasa kebas pada bahagian badan yang sarafnya terjejas.

4. Kesukaran untuk berjalan akibat lemah otot sekiranya otot saraf terjejas.

https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=8954216173569133707#editor/target=post;postID=3332842247766587766;onPublishedMenu=allposts;onClosedMenu=allposts;postNum=3;src=link
Antara kawasan yang akan terasa sakit [kredit]


KAEDAH RAWATAN DAN CARA MENGATASINYA

Kaedah rawatan yang disarankan oleh doktor kepada pesakit slip disc bergantung kepada tahap keseriusannya. Antara kaedahnya adalah :

1. Pengambilan Steroid - suntikan untuk menguatkan otot dan mengurangkan kesakitan

2. Rawatan Thermal - contohnya bersauna bagi mengurangkan kesakitan

3. Fisioterapi - bermula dengan penggunaan cold pack dan hot pack di kawasan yang sakit, diikuti  dengan senaman yang dijalankan bersama pakar

4. Pembedahan - kaedah terakhir jika melihat situasi pesakit sudah tidak dapat dikawal


PERANAN SUPPLEMEN SHAKLEE DALAM MEMBANTU PESAKIT SLIP DISC


Vivix 

Kandungan resveratrol yang tinggi di dalam vivix boleh membantu membaiki hingga ke peringkat sel DNA seseorang. Ia juga membantu mengurangkan risiko sakit akibat slip disc kerana ia membantu membaiki keanjalan struktur cakera vertebra di samping membantu menyokong kesihatan tulang dan bahagian dalaman badan manusia.


Collagen Powder Shaklee

Kolagen amat diperlukan dalam membantu membina tulang rawan dan meningkatkan fleksibiliti pergerakan sendi. Di dalam Collagen Powder Shaklee, terdapat juga kandungan vitamin B dan C yang penting untuk membantu penghasilan kolagen semulajadi. Selain itu, ia mengandungi glucosamine yang membantu membekalkan pelincir untuk pergerakan sendi.


Omega Guard

Kajian Journal of Neuroscience membuktikan bahawa Omega-3 berperanan sangat besar dalam memulihkan kecederaan saraf. Jadi, pesakit slip disc dinasihatkan mengambil asid lemak Omega-3 bagi memelihara saraf daripada kecederaan.

Kandungan Omega-3 yang tinggi di dalam Omega Guard juga boleh bertindak sebagai anti radang bagi mengurangkan rasa sakit terutamanya pada sendi-sendi. Selain itu, proses degradasi tulang rawan boleh dilambatkan dan keradangan di antara sendi dapat dikurangkan. Hasilnya, pesakit slip disc akan kurang merasa sakit atau tidak lagi merasa sakit pada bahagian yang terjejas.


Ostematrix

Merupakan sumber kalsium, vitamin D dan magnesium. Kalsium amat diperlukan dalam pembentukan tulang dan akan menambahkan lagi kepadatan tulang. Pesakit slip disc memerlukan lebih kalsium bagi menggantikan kalsium yang telah hilang dan untuk menguatkan tulangnya. Namun, kalsium memerlukan vitamin D dan magnesium bagi membantu badan menyerap kalsium secara maksimum.

Magnesium juga membantu dalam mengurangkan rasa tegang pada sistem saraf mengurangkan gangguan pada sistem transmisi saraf. Selain itu, magnesium boleh membantu mengelakkan kekejangan otot, seterusnya mengurangkan rasa sakit yang diakibatkan olehnya.


B-Complex

Ia berfungsi dalam melancarkan peredaran darah seseorang. Dengan itu, darah yang tersumbat di dalam urat saraf  yang menjadi punca rasa sakit juga akan dapat dikawal. Selain itu, B-complex sangat berguna dalam mengawal stress seseorang, lebih-lebih kepada pesakit slip disc yang stress dengan sakit yang dialaminya.


Testimoni pengguna supplemen Shaklee


"Akak ambil set ni.. ubat doc bagi pun makan.. akak buat jugak rawatan thermal dan fisioterapi.. alhamdulillah.. 2 minggu back to normal.. kawan2  pelik sbb cepat sangat sihat.. ada member sebulan mc..😰"
(Puan Nur Hidayah)





Awas! Jangan biarkan masalah ini berlarutan, kerana masalah slip disc yang tidak terkawal juga boleh menyebabkan seseorang mengalami lumpuh! Bertindaklah segera dengan mengambil nutrisi yang lengkap kerana ia bukan hanya membantu sakit akibat slip disc, tetapi membantu meningkatkan tahap kesihatan anda..


Boleh hubungi saya, Bazilah di :

WhatsApp/Call/SMS : 012-6830069
Instagram : towardsqualitylife
Fb Page : Towards Quality Life
Blog : towardsqualitylife.blogspot.my