Dah Tahu Rokok Bahaya, Tapi Tak Tahu Cara Berhenti Rokok?

Ramai yang telah ketahui bahawa merokok adalah penyebab utama penyakit dan membawa kepada kematian awal tetapi tidak tahu bagaimana cara yang paling efektif untuk berhenti merokok. Merokok menyumbang kepada 90% barah paru-paru dan beberapa barah lain, 75% penyakit pernafasan, 25% penyakit jantung koronari, komplikasi semasa mengandung dan penyakit pernafasan di kalangan kanak-kanak.

Mereka yang merokok lebih 20 batang sehari berisiko mendapat 10-15 kali lebih tinggi serangan jantung kerana merokok merendahkan tahap lipoprotein berkepadatan tinggi (lemak yang baik) di dalam darah. Jadi, adalah sangat penting untuk semua orang berhenti merokok. Di sini saya akan kongsikan langkah dan cara yang terbaik untuk berhenti merokok. 

https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=8954216173569133707#editor/target=post;postID=3545736789404017098;onPublishedMenu=allposts;onClosedMenu=allposts;postNum=1;src=link
[kredit]


Tetapi sebelum itu, eloklah kita kenal dengan lebih teliti apakah bahan kimia berbahaya yang terkandung di dalam rokok dan kesan bahan tersebut terhadap kesihatan.


Kandungan Bahan Kimia Berbahaya Rokok

1. Aseton (Penanggal cat)
2. Ammonia (Pencuci lantai) 
3. Metanol (Bahan api)
4. Naftalena (Ubat gegat)
5. Karbon monoksida (gas beracun dari ekzos kereta)
6. Vinil Klorida (Bahan PVC)
7. Hidrogen Sianida (Racun kebuk gas)
8. Arsenik (Racun anai-anai)
9. DDT (Racun makhluk perosak)
10. Toluena
11. Fenol
12. Butana
13. Nikotin
14. Tar
15. Naphthylamine
16. Kadmium (digunakan dalam bateri kereta)
17. Polonium-201
18. Toluidina
19. Uretana
20. Dibenzakridine
21. Benzopyrine


Kesan Bahaya Kandungan Rokok

https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=8954216173569133707#editor/target=post;postID=3545736789404017098;onPublishedMenu=allposts;onClosedMenu=allposts;postNum=1;src=link
[kredit]


1. Nikotin

- Menyempitkan saluran darah
- Meningkatkan kadar denyutan jantung dan membuatkan jantung bekerja lebih kuat
- Meningkatkan jumlah oksigen yang diperlukan jantung
- Ketagihan
- Meninggikan tekanan darah
- Menyebabkan darah membeku dengan mudah
- Cenderung mendapat serangan jantung, strok dan ulser usus dan perut


2. Tar

- Nafas berbau
- Gigi menjadi kuning
- Pakaian, rumah dan tempat kerja berbau asap
- Barah paru-paru
- Emfisima (kesukaran bernafas)
- Lain-lain penyakit barah


3. Karbon Monoksida

- Mengurangkan oksigen dalam darah
- Kekurangan oksigen dalam badan, membuatkan nafas menjadi pendek
- Kurang stamina
- Kurang oksigen untuk janin
- Meningkatkan peluang mendapat atherosclerosis (mengecilkan dan menyekat saluran darah)
- Memusnahkan saluran darah dan membawa kepada penyakit saluran darah, penyakit jantung koronari dan penyakit paru-paru


Bukan hanya perokok yang berisiko mendapat penyakit, malah orang tersayang di sekeliling perokok juga terdedah kepada bahaya.

Wanita :

  1. - Lebih terdedah kepada kanser
  2. - Kurang kesuburan
  3. - Putus haid awal
  4. - Kelahiran bayi yang kurang berat dan tidak cukup bulan
  5. - Kematian dan keguguran bayi dalam kandungan

  6. Kanak-kanak :

  7. - Mudah mendapat asma atau lelah
  8. - Mendapat jangkitan paru-paru
  9. - Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
  10. - Orang dewasa merokok menjadi contoh tauladan yang buruk kepada kanak-kanak


Langkah-langkah Dan Cara Mengatasi Keinginan Merokok


1. Berazam dan bertekad untuk berhenti merokok
2. Tentukan hari dan tarikh untuk berhenti merokok
3. Minta sokongan ahli keluarga dan rakan
4. Dapatkan nasihat doktor jika perlu
5. Amalkan petua mengatasi keinginan merokok :

a) Melengahkan nyalakan api rokok
b) Menarik nafas panjang
c) Minum air
d) Membuat sesuatu perkara lain yang berfaedah
e) Mengunyah sesuatu (tetapi elakkan yang manis)
f) Mandi dan basuh tangan
g) Melakukan senaman atau regangan
h) Memohon doa


6. Mengamalkan makanan tambahan :

Vivix
Kaya dengan polifenol, iaitu kumpulan fitokimia yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Rasanya yang masam-masam anggur membuatkan lidah perokok rasa pahit apabila ingin merokok dan bertindak berhenti merokok.

Selain itu, perokok boleh juga mengamalkan Vitamin C, B-complex dan Vita-Lea sebagai sumber makanan tambahan untuk menambahkan nutrien dalam badan kerana apabila seseorang merokok, banyak nutrien akan termusnah.


Testimoni pengguna Vivix










Telah ramai yang rasai kesan positif vivix dan suplemen Shaklee yang lain. Jangan biarkan rokok mengancam nyawa anda atau orang tersayang anda. Beli vivix sekarang dan berhenti merokok segera!

Boleh hubungi saya, Bazilah,
Pengedar Sah Shaklee Anda di :

WhatsApp/Call/SMS : 012-6830069
Instagram : towardsqualitylife
Fb Page : Towards Quality Life
Blog : towardsqualitylife.blogspot.com