Anak Kerap Demam? Apa Nak Buat?

8:03 AM 0 Comments A+ a-

Anak-anak yang tidak sihat membuatkan ibu bapa tidak keruan dibuatnya. Lebih-lebih lagi pada musim yang ramai orang sakit ini. Sistem imun badan si kecil yang belum sempurna atau matang seperti orang dewasa menjadikan mereka lebih terdedah kepada penyakit. Oleh itu, langkah tertentu perlu diambil bagi memastikan kesihatan anak-anak terpelihara.


Antara penyakit yang kerap melanda anak-anak adalah demam. Si anak dikatakan sedang demam sekiranya suhu badannya melebihi 37℃. Walaupun kedengaran seperti sakit yang biasa-biasa sahaja, tetapi ibu bapa tidak boleh mengambil ringan sekiranya anak diserang demam. Ini kerana demam panas yang tidak dikawal boleh menyebabkan sawan sehingga merosakkan sistem saraf si anak. Lebih teruk lagi, sekiranya kerosakan tersebut bersifat kekal hingga ke besar. Jadi, berhati-hati sekiranya anak anda diserang demam.

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan si anak demam. Selalunya, ia berlaku kerana jangkitan kuman atau penyakit. Bagi kanak-kanak, faktor berikut boleh menyumbang kepada demam:

1. Batuk dan selsema kerana virus.

2. Jangkitan pada tekak dan telinga.

3. Jangkitan paru-paru.

4. Jangkitan saluran kencing.

5. Demam denggi.

6. Demam campak.

7. Radang otak.

8. Penyakit tidak berjangkit seperti Systemic Lupus Erythematosus, Juvenile Idiopathic Arthritis.

Namun, suhu badan anak-anak boleh juga meningkat walaupun tanpa sebarang penyakit. Contohnya apabila seorang bayi baru sahaja mendapat immunisasi, ataupun ketika bayi baru tumbuh gigi. Namun, biasanya suhu badannya tidak  akan melebihi 37.8°C. Suhu badan anak juga boleh meningkat sekiranya dia dikenakan terlalu banyak pakaian dan balutan selimut, terutamanya bagi bayi yang kecil.

Apa yang boleh dilakukan sekiranya anak kerap demam?

1. 'Kawal' suhu badan

Tindakan pertama yang perlu dilakukan oleh ibubapa atau penjaga kepada anak yang demam adalah pastikan suhu badannya terkawal. 

Antara cara untuk mengawal suhu badan anak agar tidak terlalu tinggi adalah dengan meletakkan tuala basah (yang telah diperah) pada badan dan kepala si kecil. Lap-lapkan tuala tersebut di keseluruhan badannya. Tanggalkan pakaian dari badan si kecil supaya suhu badannya makin turun.

2. Penggunaan paracetamol (sekiranya perlu)

Sekiranya suhu badan si kecil masih tidak turun dan makin naik, berilah anak anda ubat paracetamol untuk meredakan suhunya. Sila dapatkan rawatan doktor sekiranya masih tidak terkawal, lebih-lebih lagi sekiranya melebihi 3 hari, apatah lagi seminggu. Dikhuatiri jangkitan kuman atau virus telah merebak ke seluruh badan si kecil. Ujian darah akan dijalankan untuk memastikan keadaan ini.

3. Pengambilan makanan yang seimbang

Anak yang demam kebiasaannya mempunyai selera makan yang berkurang. Walaupun demikian, ibubapa tidak seharusnya membiarkan perkara ini berlarutan. Cuba sedaya upaya untuk 'memaksa' mereka untuk makan makanan yang seimbang.

Contohnya dengan memberikan bubur nasi yang dicampur bersama ayam atau ikan sebagai sumber protein dan juga sayur. Lebih baik sekiranya ibubapa boleh 'memaksa' anak makan lebih banyak buah-buahan seperti oren yang kaya dengan vitamin C untuk meningkatkan imun sistemnya. 

4. Minum banyak air


Minum air dengan kerap juga mampu untuk menurunkan suhu badan yang tinggi. Pastikan anak anda minum air secukupnya. Antara tanda yang boleh diketahui sekiranya anak mengambil kurang air adalah bibirnya kering. 

5. Pengambilan supplemen untuk jangka masa panjang

Bagi memastikan anak mempunyai daya tahan yang lebih kuat, disarankan supaya mereka mengambil supplemen daripada bahan semulajadi yang dijamin selamat.

Kajian terbaru menunjukkan 25% sumber kalori kebanyakan anak-anak ialah dari makanan ringan. Kentang goreng merupakan sumber sayuran no 1 mereka.

Kajian tersebut turut menyatakan kekurangan nutrisi yang berpunca dari pemakanan yang tidak sihat menjejaskan prestasi anak-anak di sekolah, mempengaruhi sistem imun, tumbesaran tulang dan perkembangan fizikal mereka. Apabila sistem imun anak lemah, mereka lebih kerap mendapat penyakit, termasuklah kerap demam.

Di negara kita sendiri, 9/10 kanak membesar dengan kekurangan nutrisi penting seperti vitamin A, D, kalsium dan zat besi. 


Shaklee ada menawarkan supplemen yang semulajadi untuk kanak-kanak yang terdiri daripada Vitalea For Children, Meal Shake, Nutriferon dan vitamin C. Kesemua ini adalah bertujuan untuk meningkatkan sistem imuniti si anak untuk melawan penyakit agar tidak mudah diserang.

Vita lea For Children merupakan multivitamin semulajadi yang mengandungi 18 jenis mineral dan mineral yang diperlukan badan. Ia menggunakan pemanis semulajadi xylitol yang tidak akan menyebabkan kerosakan gigi serta tidak mengandungi sebarang perasa, pemanis, mahupun pengawet tiruan. Ia bebas gluten, dan didatangkan dengan perisa anggur semulajadi yang sedap dalam bentuk tablet boleh kunyah. Kanak-kanak cenderung untuk menggemarinya kerana bentuknya yang seakan gula-gula.

Sekiranya anak kurang berselera  untuk makan disebabkan demam, anda bolehlah mencampurkan Meal Shake ke dalam susu anak bagi memastikan kesemua nutrien yang diperlukannya mencukupi.

Nutriferon juga boleh dicampurkan ke dalam air dan diberikan kepada anak untuk diminum untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan. Nutriferon menggalakkan inteferon semulajadi badan diaktifkan bagi melawan penyakit. Dengan itu, badan anak akan lebih cepat kembali kepada normal.





Bagi memastikan badan anak tidak terhidrasi akibat kurang minum air, anda juga boleh memberikan Performance Drink kepadanya. Performance Drink membantu mengekalkan elektrolit dalam badan seterusnya mengelakkan dehidrasi.



Pengambilan supplemen di kalangan kanak-kanak sudah menjadi satu keperluan terutamanya bagi mereka yang agak memilih dalam pemakanan dan seringkali demam atau mudah diserang penyakit.

Pemakanan yang tidak seimbang, ditambah pula dengan pengambilan makanan ringan atau makanan yang diproses menyebabkan si anak tidak mendapat nutrien yang sepatutnya diperlukan oleh anak-anak yang sedang membesar. Keadaan persekitaran yang terdedah dengan asap rokok, habuk atau lain-lain pencemaran udara juga meningkatkan risiko si kecil terkena demam atau penyakit lain.

Jadi, anda beruntung sekiranya anda mampu memberikan jaminan kesihatan kepada anak anda dengan memastikan mereka mendapat nutrien yang lengkap. Sudah tentu pelaburan yang anda lakukan sekarang untuk memberikan supplemen kepada anak anda lebih menjamin mereka untuk hidup lebih sihat dan anda juga tidak perlu risau lagi akan kesihatan mereka.

Anak sihat, anda bahagia.
Untuk mendapatkan supplemen anak anda,

Hubungi Bazilah :
WhatsApp/Call/SMS : 012-6830069
Instagram : towardsqualitylife
Fb Page : Towards Quality Life
Blog : towardsqualitylife.blogspot.com