Kenapa kita perlu ambil protein?

9:11 PM 0 Comments A+ a-

Mungkin ramai yang telah tahu bahawa Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee membekalkan protein kepada tubuh badan kita. Jadi, tahukah anda mengapa badan kita memerlukan protein?

Pengambilan protein membantu menghasilkan sel baru. Maka, sel lama dapat disingkirkan meninggalkan hanya sel yang baru. 

Image result for protein

Apa kelebihan dan kebaikan protein sebenarnya?

Keperluan Protein Dalam Diet Harian


Hakikatnya, protein boleh didapati dalam makanan seharian kita seperti ikan, daging, ayam, kekacang dan banyak lagi. Walaubagaimanapun, protein in mudah musnah apabila dikenakan dengan suhu masakan yang tinggi. Sekiranya ini berlaku, tubuh badan kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ayam goreng, ikan goreng atau apa jua masakan terutamanya yang bergoreng.


Kita perlu faham yang badan kita semua terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein adalah makanan kepada sel. Jika sel mendapat protein yang cukup, apatah lagi protein yang bagus, maka sel yang sihat akan mudah terbentuk untuk menggantikan sel yang lama dan mati. 

Image result for protein

Pentingkah protein?

Our body need protein to grow! It's a basic material of all living cells and organ-building block of the body.
Seperti yang kita telah ketahui, struktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH DAN KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum, kerana protein diperlukan untuk menghasilkan hormon, enzim, antibodi dan neurotransmitter.

Tahukah anda?

Sebanyak 25% daripada badan kita 'berasal' daripada protein. Contohnya seperti kuku, kulit, rambut dan otot-otot, semua adalah protein. Malah, Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan bahawa kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) yang membawa erti 'the first' dan badan kita terdiri daripada :

- 66% air
- 25% protein
- 8% lemak
- 1% kombinasi mineral dan vitamin

human_composition

Risiko Kekurangan Protein (secara umum) :


1. Kurang darah atau kurang oksigen dalam darah (Anemia)

2. Penyakit buah pinggang (kidney disease)

3. Penyakit hati (liver)

4. Kolesterol tinggi (high cholesterol)

5. Tekanan darah rendah (low blood pressure)

6. Rendah paras gula dalam darah (low blood pressure)

7. Fungsi saraf tidak stabil (Nerve instability)

8. Ulser perut dan usus (peptic ulser)

9. Luka lambat sembuh (poor wound healing)

10. Pengaliran darah yang tidak lancar (poor blood circulation)

11. Penglihatan kurang baik (poor vision)

12. Badan menggeletar (irritability)

13. Letih lesu (fatigue)

14. Lemah (weakness)

15. Tinggi kandungan air dalam tisu badan (water retention)

16. Terencat akal (prolonged period of time mental retardation)

17. Rendah ketahanan badan terhadap jangkitan (lack of resistance to infection)


FAKTA BERKAITAN PROTEIN


Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang. 


ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) SHAKLEE



ESP adalah makanan utama dalam program Shaklee dan amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber protein lengkap secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan daripada kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak. 

ESP membekalkan 14g protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Ia diproses menggunakan air dan bukannya bahan kimia bagi mengekalkan sumber semulajadi isoflavones seperti genistein dan daidzein. 

Soy protein ini tidak mengandungi laktosa dan kolesterol. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan tubuh bagi mengekalkan tisu-tisu yang sihat, termasuklah 9 amino asid penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan kita dengan sendirinya. Produk protein soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu, ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet. 


Kenapa ESP Shaklee Terbaik?


1. Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organik

Kenapa? 

Kerana, kajian penanaman secara kimia (bukan organik) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan. Dari segi kajian, telah terbukti bahawa terdapat hubungkait antara kanser dengan nitrats. Jadi, amatlah penting untuk sebarang pestisid, fungisid dan herbisid tidak digunakan sepanjang proses pembesaran kacang soya ini. 


2. Kacang soya tersebut mestilah non-GMO (tidak dihasilkan secara genetik)

Kenapa?

Secara umumnya, kacang soya dari jenis genetik ini adalah murah untuk dihasilkan dan kebanyakan syarikat akan mencari cara untuk menjimatkan kos, lantas menggunakan kacang soya yang dihasilkan secara genetik. Dr. Louis J. Pribyl, seorang saintis kerajaan Brazil menekankan berdasarkan kajian bahawa toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan di dalam sel tumbuhan, 


3. Kacang soya itu mestilah mengandungi 9 asid amino perlu

Ini adalah ciri yang amat penting kerana badan kita memerlukan kesemua 9 asid amino ini untuk menghasilkan hormon, antibodi, jus penghadaman dan enzim. Jika salah satu asid amino ini tidak mencukupi, sistem imun badan kita akan direncatkan sebanyak 30% dan kebanyakan fungsi badan akan menjadi lambat atau terhenti. 


4. Dalam proses pembuatan soy isolates, soyflakes mesti dibersihkan dengan air dan bukannya alkohol.

Ini kerana alkohol akan memusnahkan kandungan isoflavone sehingga 88%, sedangkan isoflavone sangat diperlukan untuk mengurangkan risiko kanser paru-paru dan lain-lain. Isoflavone juga bermanfaat dalam menyeimbangkan hormon dan menaikkan berat tulang. 


5. Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan. 

Kacang soya yang mentah mengandungi 'anti -growth', 'anti-thyrosine' substance. Ia boleh mengakibatkan tekanan darah rendah, suhu badan rendah dan restless leg syndrome. Carilah jenama yang menggunakan proses mengekstrak yang menyingkirkan substance ini tetapi masih mengekalkan kacang soya dalam keadaan mentah yang mengekalkan kandungan asid amino dan isoflavones yang tinggi di mana ia sangat sensitif terhadap suhu yang tinggi. 


6. Proses pembuatan kacang soya sebaiknya tanpa pemanasan

Asid amino sangat sensitif terhadap suhu yang tinggi. Dalam satu kajian mendapati bahawa protein yang dimasak telah memusnahkan sebanyak 50% daripada sebahagian amino asid. Jika seseorang individu mengamalkan diet yang kurang kandungan kesemua sid amino perlu ini, ia boleh mengakibatkan masalah dalam pembesaran otak, hormon mahupun tisu badan. 


7. Soy isolate itu mesti ditambah dengan unsur kalsium

Kenapa?

Satu kajian telah melaporkan bahawa serbuk soya adalah sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Jadi, unsur kalsium yang mencukupi mesti ditambah dalam protein soya tersebut untuk meneutralkan kembali serbuk soya tersebut. Kebanyakan pengusaha atau pengeluar protein tidak menambah kalsium ini dengan mencukupi.


KELEBIHAN ESP :


1. Membantu membina dan memperbaiki tisu-tisu badan, dari sel yang akan membentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.


2. Menyediakan 14g protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk menyihatkan jantung

3. Setiap hidangan membekalkan 50% daripada nilai harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat

4. Kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat, payudara dan menopause

5. Indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah. 


Apa yang anda akan dapat setelah minum ESP ini?


1. Pelajar atau pekerja atau individu dewasa : Sebagai energy booster (jika diminum di awal pagi akan membuatkan seseorang rasa bertenaga dan lambat lapar. Ia satu bonus untuk mengawal berat badan).

2. Lelaki : Melindungi daripada penyakit seperti penyakit hati dan kanser

3. Ibu mengandung : Untuk kandungan yang lebih sihat - fetus yang sihat membesar, mengurangkan ketidakselesaan di peringkat akhir kandungan

4. Wanita : Keanjalan kulit (protein penting kepada mereka yang inginkan kulit yang cantik dan tona warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protein untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).


 Nak beli ESP?

 Klik di bawah :

Atau hubungi saya di 012-6830069