Set Ibu Mengandung Shaklee : Keperluan Nutrisi Yang Lengkap

Anak merupakan anugerah Allah yang tidak terhingga. Tahniah diucapkan kepada anda yang bakal menimang cahaya mata! Sebagai ibu atau bakal ibu, tentunya kita mahukan hanya yang terbaik untuk anak kita. Jadi, kita perlu menjaga kesihatan kita sebagai ibu dari sebelum mengandung lagi, apatah lagi ketika sedang hamil. Untuk itu, para suami juga harus memberikan sokongan kepada isteri anda supaya proses mengandung berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang besar. Sebab itulah, setiap ibu yang hamil perlu dihadiahkan Set Ibu Mengandung Shaklee! 😊


Sebelum saya kupas lebih lanjut mengenai Set Mengandung Shaklee, eloklah rasanya saya senaraikan di sini simptom-simptom yang biasa dialami oleh ibu hamil :

Simptom Ibu Hamil

1) Morning sickness, iaitu rasa mual atau pening2, sakit kepala pada pagi hari
2) Anemia, iaitu kurang sel darah merah
3) Emosi mudah terganggu, sama ada mudah marah atau menangis
4) Alahan yang teruk
5) Kurang selera makan
6) Mudah penat dan rasa malas
7) Kelihatan lemah dan pucat
8) Kerap rasa loya dan kerap muntah-muntah
9) Kejang kaki atau kebas-kebas kaki terutamanya pada waktu malam

Jika anda mengalami salah satu daripada masalah di atas, anda berada dalam track yang betul! Anda memang memerlukan suplemen ibu mengandung agar nutrisi badan anda sebagai ibu dan nutrisi anak dalam kandungan dapat dipenuhi. 

Ok, sekarang kita tengok pula apa yang ada dalam Set Ibu Mengandung Shaklee ni..

1. Energizing Soy Protein (ESP)

ESP ni penting bagi memastikan si ibu kekal bertenaga dan tidak mudah letih. Ia merupakan satu-satunya produk di pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita. Oleh kerana ia mempunyai kadar glisemik indeks yang rendah (hanya 39), ia sangat sesuai diambil oleh ibu hamil yang mempunyai kencing manis. Ibu hamil yang normal apatah lagi, memang sangat digalakkan ambil sebagai pelengkap nutrisi seharian. Seeloknya para ibu makan makanan dalam kuantiti yang sedikit, tetapi kerap. Ini untuk mengelakkan perut si ibu kosong, di mana perut yg kosong akan mendorong si ibu untuk muntah-muntah apabila berlaku alahan. ESP yang dalam bentuk serbuk ini sangatlah membantu si ibu dari berlapar.

2. B-Complex
B-Complex sangat penting bagi ibu hamil dalam mengelakkan spina bifida pada bayi. Antara kandungan dalam B-Complex Shaklee adalah asid folik yang dapat mencegah daripada berlakunya perkara tersebut. B-Complex membantu tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi. Ia membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru dan mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang. 

Selain itu, B-Complex membantu badan menukarkan makanan kepada tenaga. Jadi, pengambilannya boleh mengurangkan masalah keletihan atau kelesuan. Ia juga membantu mencegah anemia, sakit kepala, pening-pening, migrain, muntah-muntah dan mabuk-mabuk. Oleh kerana simptom inilah yang selalu dialami oleh para ibu mengandung, itulah sebabnya mereka disarankan untuk mengambil B-Complex.

3) Vitamin C

Manfaat utama vitamin C adalah untuk membentuk kolagen, di mana ia adalah sebatian asas otot, rangka, gusi, tisu dan tulang. Ini sangat penting agar bayi dapat terbentuk dengan normal tanpa memudaratkan si ibu. Vitamin C juga membantu badan menyerap vitamin-vitamin lain, di samping membantu meningkatkan sistem imun si ibu dan bayi. Bonus tambahan, si ibu dan bayi akan mendapat kulit yang cantik dan cerah.

4) Vita-lea Iron Formula
Vita-Lea Shaklee merupakan multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia yang asalnya dikenali sebagai "Vitalize-Mineral", kemudian disingkatkan kepada "Vita-min". Ia mengandungi 30 nutrisi harian lengkap bagi memenuhi keperluan nutrisi setiap orang, terutamanya ibu mengandung. Jadi, si ibu tidak perlu risau sekiranya kurang selera makan kerana Vita-Lea boleh membantu si ibu tadi melengkapkan lompong-lompong nutrisi daripada makanan yang si ibu makan.

5) Ostematrix
Di dalam Ostematrix, terdapat bukan hanya kalsium, malah vitamin D dan magnesium yang membantu penyerapan kalsium dalam badan. Kalsium sangat diperlukan oleh ibu mengandung untuk membentuk pembentukan tulang bayi, juga menguatkan tulang si ibu. Ia juga membantu mengelakkan kekejangan dan kekebasan kaki si ibu, terutamanya pada sebelah malam. Selain itu, Ostematrix boleh membantu si ibu mendapatkan tidur yang lebih lena dan mengelakkan si ibu mengalami sembelit, mahupun buasir.

6) OmegaGuard
OmegaGuard mempunyai kandungan minyak ikan tulen yang lengkap dengan 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA dan DHA yang sangat membantu perkembangan otak dan mata si bayi. Kajian terbaru mendapati pengambilan Omega 3 pada bulan-bulan terakhir kehamilan membantu meningkatkan perkembangan sensori, kognitif dan motor bayi. 

Mari kita lihat video ini.. Pengalaman akak yang pernah amalkan Set Hamil Shaklee..




Menarik bukan? 

Tidak dinafikan lagi bahawa ibu mengandung sangat memerlukan suplemen bagi menampung kekurangan nutrisi daripada makanan biasa. Mana tidaknya, nak makan pun tak lalu kan? Kalau dibiarkan berlarutan, risau memudaratkan ibu dan bayi dalam kandungan tu. Kadang, kita tak rasa sekarang kesannya tu. Nanti dah lanjut usia baru lah nak menyesal tak amalkan suplemen. Jangan jadi macam ni tau.. Melaburlah hari ini untuk kesihatan dan kebahagiaan hari esok!

Kalau nak beli, klik di sini :

Atau inginkan harga yang lebih murah dengan menjadi ahli? Klik sini :

Atau hubungi saya untuk dapatkan konsultasi percuma!

Bazilah
WhatsApp : 012-6830069
Fb : Towards Quality Life
Ig : towardsqualitylife