Kenali Osteoarthritis dan Cara Mengatasinya Dengan Shaklee

Apa itu Osteoarthritis?

Dikenali juga sebagai penyakit sendi degeneratif, atau degeneratif arthritis, osteoarthritis (OA) adalah keadaan sendi yang kronik yang boleh berlaku pada mana-mana sendi, terutamanya pada lutut, pinggang, tumit, dan jari. Sendi yang normal mempunyai cartilage atau tulang rawan yang meliputi setiap pengakhiran tulang. Cartilage menyediakan permukaan yang licin untuk pergerakan sendi dan bertindak sebagai kusyen antara tulang. 


Pesakit yang mengalami OA mempunyai tulang rawan yang rosak, dan menyebabkan penderita merasa sakit akibat pembengkakan dan kesukaran untuk sendi bergerak. Kandungan glucosamine yang bertindak sebagai pelincir sendi-sendi juga berkurang. Jika dibiarkan berlarutan, akan berlakunya keradangan. Protein cytokines dan enzim akan berkembang dan ini akan merosakkan lagi tulang rawan. Lama kelamaan, cartilage akan semakin menipis, tulang-tulang berlaga tanpa pelincir dan mengakibatkan kerosakan sendi yang teruk dan kesakitan yang bertambah. 

Siapa yang berisiko?

Walaupun OA boleh berlaku kepada semua orang di semua peringkat umur, namun ia kerap berlaku di kalangan mereka yang berusia 65 tahun ke atas. Antara sebab berlakunya OA termasuklah faktor usia, mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, pernah mempunyai sakit sendi, penggunaan sendi yang berlebihan akibat kerja keras seperti para buruh, wanita yang hampir menopause, mereka yang mempunyai otot peha yang lemah, dan faktor genetik. 

Apakah simptom-simptomnya?

Walaupun gejala OA berbeza-beza bergantung kepada sendi mana yang terjejas dan seteruk mana ia terjejas, namun simptom yang paling biasa berlaku ialah kekakuan, terutamanya pada awal pagi atau selepas berehat. Sendi yang terjejas mungkin membengkak, terutamanya selepas melakukan sesuatu kerja dalam masa yang lama. Antara gejala yang biasa berlaku adalah :

1) Pergerakan yang terbatas

2) Bunyi "Crack" atau "Klik" ketika sendi bersentuhan

3) Bengkak di sekitar sendi

4) Kesakitan yang berpanjangan setelah beraktiviti atau di penghujung hari

Bagaimana Shaklee boleh mengatasinya?

1) Vivix - Membaiki penuaan selular dengan 4 mekanisma utamanya. Ia mengandungi adunan fitonutrien propreiteri, yang memanfaatkan kuasa anggur muscadine yang jarang ditemui dan resveratrol, menghasilkan ramuan yang 10x lebih efektif dari hanya resveratrol sahaja dalam melambatkan mekanisme utama penuaan selular sekali gus menggalakkan pembentukan sendi. Vivix juga menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel. Maka, sel-sel yang membentuk sendi akan diperbaharui. 

2) Collagen powder - Mempertingkatkan kesihatan sendi dengan membantu pembentukan kolagen dan mengurangkan kesakitan dan geseran pada sendi-sendi. Ia membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinannya menjadi rapuh. Antara ramuan utamanya adalah kolagen dari sisik ikan merah, ekstrak biji Camellia japonica, ekstrak pfaffia, ekstrak elastin daripada kolagen ikan, vitamin C dan B, Lactobacillus acidophilus dan ekstrak kekerang. 

Di dalam ekstrak kekerang, terdapat glucosamine yang sangat penting dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi. Apabila sendi mengandungi cukup pelincir, pergerakan akan menjadi lebih lancar dan kesakitan berkurangan. Apa yang lebih istimewanya mengenai Collagen Powder Shaklee ini adalah kerana ia mempunyai berat molekular sekitar 1000 Dalton, di mana ia amat mudah diserap oleh tubuh badan dan membantu meningkatkan sintesis kolagen dengan optima. 

3) Ostematrix - Menghalang tulang daripada reput kerana mengandungi kalsium dan nutrien-nutrien lain yang perlu diambil bersama bagi memastikan penyerapan yang optima bagi tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Nutrien yang terlibat adalah vitamin D, magnesium, kuprum, zink, fosforus, manganes dan boron. Dengan itu, ketumpatan tulang akan menjadi lebih padat, tulang rawan akan terbentuk dengan baik, pengecutan saraf dan otot akan berlaku dengan lancar lantas mengurangkan rasa sakit pada sendi-sendi.

4) Omega Guard - Mengawal inflamasi dan kesakitan serta menangani kekakuan kerana ia mengandungi asid lemak omega-3 yang larut dalam tisu rawan. Dengan itu, ia membantu mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan dan membantu memelihara fungsi-fungsi sendi dengan berkesan. 

Ramai yang telah mencuba Shaklee dan mendapat kesan yang positif daripadanya, termasuklah ayah kepada akak ini.. Mari kita lihat video mengenainya..



Anda atau orang tersayang mempunyai sakit seperti ayah akak ni? Jangan biarkan sakit ini berpanjangan.. Bertindak segera!

Hubungi saya, Bazilah di 012-6830069
Instagram : towardsqualitylife