Tips Kurangkan Rasa Sakit Bersalin

Bila cakap mengenai bersalin atau dengar kisah bersalin orang lain, pastinya kita merasa gerun dan takut untuk bersalin, kan? Walaupun dah beberapa kali bersalin, pengalaman bersalin setiap anak pasti berbeza. 

Tapi, tahukah anda bahawa ada cara atau tips yang boleh anda amalkan untuk mengurangkan sakit kontraksi ketika bersalin?

Berikut merupakan beberapa cara untuk mengurangkan rasa sakit kontraksi yang boleh para ibu amalkan sebagai persediaan untuk menghadapi kelahiran.

1. Mencari sebanyak mungkin informasi mengenai kelahiran. Lebih banyak yang kita tahu, insyaAllah kita akan rasa lebih relax sebab kita lebih bersedia.

2. Belajar mengenai pernafasan berirama.

3. Memeluk pasangan untuk mendapatkan semangat daripadanya dan ia dapat membantu mengurangkan kesakitan.

4. Minum sedikit minuman isotonik atau air, antara sela masa contraction.

5. Makan makanan yang kaya dengan karbohidrat, sedikit tetapi lebih kerap apabila lapar.

6. Kipas diri dengan kipas kecil elektrik.

7. Mengerang atau merintih, tetapi bukan secara keterlaluan.

8. Memegang tangan pasangan kita.

9. Gambarkan dalam fikiran kita, bayi bergerak ke bawah melalui pelvis dalam setiap kontraksi.

10. Bergurau dengan dengan pasangan, jururawat, bidan mahupun doktor. Jangan terlalu serius.

11. Dapatkan kucupan dari pasangan atau dari orang tersayang.

12. Mendengar muzik atau ayat-ayat Quran bagi yang Muslim.

13. Berjalan-jalan di sekitar bilik untuk mengurangkan rasa sakit dan lenguh.

14. Berehat dengan selesa di atas longgokan bantal.

15. Buka pelvis selebar yang mungkin, contohnya melultut pada sebelah kaki, dan sebelah kaki lagi keluar ke tepi.

16. Berfikiran positif selalu.

17. Mengeluh lembut dengan setiap nafas.

18. Kerap berulang ke tandas. Pundi kencing yang penuh melambatkan proses kelahiran.

19. Mempercayai badan kita sendiri.

20. Lelap sebentar antara kontraksi. 

21. Meminta maaf daripada pasangan dan orang terdekat.

Selain daripada tips2 yang saya berikan di atas, Shaklee juga ada produk2 yang boleh membantu mengurangkan sakit ketika bersalin.

1. Ostematrix Membantu Dalam Proses Kelahiran Bayi


Bagaimana Ostematrix boleh membantu proses kelahiran bayi dan membantu mengurangkan rasa sakit?

Kalsium dan magnesium membantu dalam proses melahirkan bayi. Jika seseorang ibu tidak mempunyai cukup magnesium dan kalsium, kekejangan boleh berlaku. Pada masa yang sama, gabungan kalsium dan magnesium dapat membantu dalam mengecutkan rahim dan menolak bayi untuk keluar dengan lebih cepat tanpa membuatkan si ibu merasai kesakitan yang amat sangat. Ini kerana, seluruh saraf badan berada dalam keadaan tenang dan tidak stress.

Magnesium pula boleh bertindak sebagai natural inducer. Kalsium diperlukan dalam setiap otot tubuh untuk membantu pergerakan. Ketika ibu hamil sedang dalam keadaan stress semasa fasa kesakitan, digalakkan untuk mengambil Ostematrix untuk relief muscle contraction dan membuatkan sedikit mengantuk. 

Sekiranya paras kalsium dan magnesium rendah semasa hampir bersalin melahirkan anak, proses kelahiran akan menjadi lebih panjang. Ibu akan mudah mengalami tekanan dan boleh menimbulkan rasa sakit yang keterlaluan. Ibu akan rasa kepenatan, dan jika tidak mampu meneruskan, kemungkinan untuk melakukan kelahiran dengan pembedahan secara kecemasan adalah besar.

Jadi, Ostematrix ini adalah suplemen yang sangat digalakkan untuk diamalkan semasa hamil dan semasa hampir kepada proses kelahiran.

Selain Ostematrix, ESP (Energizing Soy Protein) juga boleh membantu memberikan tenaga kepada si ibu semasa hendak bersalin. Para ibu perlu mempunyai tenaga yang cukup kerana proses kelahiran amat memenatkan! 

Seeloknya para ibu makan dahulu sebelum bersalin. Paling tidak pun, makanlah beberapa biji kurma ketika telah datang rasa kontraksi tersebut.

Selamat mencuba! Semoga Allah permudahkan urusan bersalin ibu-ibu sekalian.

Kalau nak beli, klik sahaja di sini :



Kalau nak beli dengan harga yang jimat, daftar sekarang! :


Atau, hubungi saya untuk dapatkan konsultasi percuma !

012-6830069
Bazilah